Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 22 Disember 2011

Bagaimana hendak bertaqlid, masanya dll.


Nama penuh: Abdul Aziz Ahmad
E-emel: teratai12@yahoo.com

Assalamualikum ustaz,
Bolehkah ustaz memberi penerangan dan penjelasan bagaimana sesaorang itu untuk mengikut pendapat mazhab yang lain saperti hanafi dan lain lain. Soalannya

a) BAGAIMANA HENDAK BERTAKLID

b) BILAKAH MASA BERTAKLID

c) Di Malaysia kebanyakan mengikut imam Syafie, tetapi bila kita bertaklid mengikut imam Hambali atau yang lain, sampai bilakah taklid kita itu berkuatkuasa, dan adakah kita perlu bertaklid semula untuk kembali ke mazhab Syafie.

d) Apakah hukumnya pada lazimnya saya tak pernah bertaklid mengikut mana mana imam semasa berwuduk atau sembahyang, kerana orang-orang Malaysia khususnya orang Melayu adalah pengikut iman Syafie. Adakah ini secara langsung (otomatik) kita orang orang Melayu adalah pengikut mazhab Syafie?

Harap dapat ustaz terangkan dan juga keterangan keterangan yang bersangkutan dengan soalan di atas.

Sekian terima kasih.

Jawab

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Persoalan taqlid mazhab adalah satu lagi isu konstroversi dalam masyarakat kita. Dan bila kita melihat kepada dasar yang dipegang oleh aL-AHKAM online sendiri, iaitu:

1. Bebas mazhab, dengan ertikata tidak terikat dengan mana-mana mazhab fikah. Namun dalam masalah ibadah khusus, aL-AHKAM online akan menekankan mazhab Syafie
2. Selainnya adalah berbentuk feqhul muqaran (perbandingan mazhab).
3. Menolak fahaman anti mazhab.
4. Menolak fahaman taasub mazhab.

Kami tidak mengikat diri dengan mazhab-mazhab khusus. Kami juga menolak fahaman anti mazhab. Juga menolak fahaman taksub mazhab. Sebab itu dalam jawapan yang kami berikan, kami memberikan pandangan dari beberapa mazhab. Terpulang kepada pembaca untuk menerimanya. Jika dia mahu Syafie silakan. Mahukan Hanafi, Maliki, Hanbali atau Daud Zahiri juga silakan.Dan, adakalanya kami memberi saranan agar memilih mazhab-mazhab tertentu dalam satu-satu masalah. Ia kami pilih dari tarjih ulamak-ulamak tertentu. Ini juga kami tidak paksakan kepada pembaca untuk mengambilnya. Kami tidak akan mengatakan bahawa orang yang tidak mahu mengikut apa yang kami pilih sebagai ahli bid'ah. Iaitu selagi ia masih diperselisihkan oleh para ulamak di dalam masalah-masalah ijtihadi. Namun, jika masalah itu ada nash yang qath'i dilalahnya atau yang telah diijma'kan oleh para ulamak, maka kami terpaksa berkeras dan bertegas.

Antara dasar aL-AHKAM online juga ialah:
Majalah yang memfokuskan tentang hukum-hakam fikah sahaja. Di dalamnya mencakupi pembahasan, perbincangan dan pembentangan idea-idea mengenai Feqh Islami. Oleh itu ia tidak tertumpu kepada satu-satu mazhab sahaja. aL-AHKAM online juga tidak menumpukan soal pro dan kontra terhadap mazhab-mazhab berkenaan. Dan setiap fakta yang terdapat di dalamnya dapat dipertanggungjawabkan melalui bahan rujukan yang diberikan.


Masalah:

Pihak aL-AHKAM online juga pernah diserang kerana, kononnya mahu bersikap pertengahan. Mereka kata kami ahli bid'ah dsbnya. Biasanya pihak aL-AHKAM online tidak akan melayan `serangan' begitu. Malah ada yang mengirimkan artikel berjela-jela panjangnya untuk membuktikan bahawa kami ini adalah ahli bid'ah.

Kami tidak mahu bertegang leher kerana mahu mempertahankan pendapat masing-masing dalam masalah khilafiyah. Ia hanya akan membuang masa sahaja. Lagipun dalam masalah begini, kami tidak ada apa yang perlu dipertahankan. Contoh: Qunut subuh. Tidak ada apa yang kami mahu pertahankan. Kami hanya akan mengemukakan pendapat mazhab-mazhab yang ada, kemudian dalil-dalil masing-masing. Mahu ikut yang mana. Itu terpulang kepada pembaca. Mahu buat qunut pun boleh, tak buatpun boleh. Cuma, yang sering kami ingatkan ialah agar jangan berkelahi hanya kerana soal qunut.


Kembali kepada soalan:
Soal a: BAGAIMANA HENDAK BERTAKLID
Soal b: BILAKAH MASA BERTAKLID

Jawab: Jika seseorang itu tidak tahu tentang hukum-hakam syarak serta tidak mempunyai kemampuan untuk berijtihad, maka dia hendaklah bertanya kepada mujtahid atau kitab-kitab mereka. Nanti dia akan memberi fatwa tentang hukum-hakam. Ikutlah apa yang diberikan. Itulah masanya untuk bertaqlid.

Contoh: Dalam masalah sembahyang. Kita tidak tahu tentang cara-caranya perlaksaanan, rukun-rukun, syarat-syarat dan yang membatalkannya. Maka kita belajar tentang itu pada orang yang tahu / ulamak. Jika ulamak itu bertaraf mujtahid, dia akan menggali hukum-hakam mengenainya dari al-Quran dan Sunnah. Jika tidak sampai ke taraf itu, dia akan menukilkannya dari fatwa-fatwa mujtahid.

Kita di Malaysia, telah tersebar fatwa-fatwa dari mazhab Syafie, maka itulah yang kita ikut. Ke mana sahaja kita pergi bertanya dan belajar, maka fatwa dari mazhab Syafielah yang akan diberikan. Hanafi, Hanbali dan Maliki bagaimana? Ia tidak tersebar di sini. Rujukannya seperti kitab-kitab dan ulamak-ulamaknya juga jarang kita perolehi.

Soal: Bila masa kita bertaqlid?
Jawab: Bila kita tidak sampai ke taraf mujtahid.

Soal: Bila masa kita tidak boleh bertaqlid?
Jawab: Bila kita berkemampuan untuk berijtihad.


Soal c: Di Malaysia kebanyakan mengikut imam Syafie, tetapi bila kita bertaklid mengikut imam Hambali atau yang lain, sampai bilakah taklid kita itu berkuatkuasa, dan adakah kita perlu bertaklid semula untuk kembali ke mazhab Syafie.

Jawab:

Masalah: Bilakah kita perlu mengikut Syafie?
Jawab: Bila kita belajar dan tahu satu-satu hukum berdasarkan mazhab Syafie.

Masalah: Bilakah kita perlu mengikut Hanbali, Hanafi atau Maliki?
Jawab: Bila kita tahu mengenai satu-satu hukum berdasarkan mazhab-mazhab berkenaan.

Masalah: Bila kita bertaklid mengikut imam Hambali atau yang lain, sampai bilakah taklid kita itu berkuatkuasa, dan adakah kita perlu bertaklid semula untuk kembali ke mazhab Syafie.

Jawab: Tidak ada masa penguatkuasaan untuk bertaqlid kepada mazhab-mazhab tertentu bagi orang awam. Inilah pendapat yang kami pilih.

Namun, ada juga sebahagian ulamak yang mengatakan tidak boleh bertaqlid kepada mazhab lain dalam satu masalah setelah kita beramal dengan fatwa mazhab tertentu dalam masalah itu.

Contoh: Masalah sentuh perempuan membatalkan wuduk ataupun tidak.. Jika seseorang itu telah beramal dengan mazhab Syafie dalam masalah ini, maka dia tidak dibenarkan mengikut mazhab lain.

Dan, ada lagi ulamak yang tidak membenarkan berpindah mazhab. Jika kita berpegang kepada satu-satu mazhab, maka itulah yang kita kena pegang sampai bila-bila.


Soal d: Apakah hukumnya pada lazimnya saya tak pernah bertaklid mengikut mana mana imam semasa berwuduk atau sembahayang, kerana oeang orang Malaysia kususnya orang Melayu adalah pengikut iman Syafie. Adakah ini secara langsung (otomatik) kita orang orang melayu adalah pengikut mazhab Syafie?

Jawab:
Jika saudara belajar cara berwuduk di Malaysia, kemudian saudara amalkan apa yang dipelajari itu, bermakna saudara telah bertaqlid dengan mazhab Syafie. Samada saudara sedar ataupun tidak. Kerana lazimnya, apa yang diajarkan di Malaysia adalah berdasarkan mazhab Syafie. Amat berkurangan sekali mazhab-mazhab lain diajarkan dan difatwakan di Malaysia. Jika saudara bertanya seorang ustaz, amat jarang sekali yang akan memberikan fatwa dari mazhab-mazhab lain.

Nasihat
1. Tidak perlulah pening kepala dan bimbang tentang masalah taqlid. Kerana bagi orang awam, bolehlah terus mengikut mazhab Syafie sebagai asas mazhab. Dan, dalam masalah-masalah tertentu bolehlah taqlid kepada mazhab lain jika mahu, terutama jika ada keperluan-keperluan yang mendesak.

2. Yang paling baik ialah ittiba', iaitu mengikut satu-satu pendapat dengan mengetahui dalil dan hujahnya.

3. Jangan terpengaruh dengan seruan-seruan yang mengatakan haram bertaqlid dsbnya. Memang benar, ada pendapat dari sebahagian ulamak terbilang yang mengharamkan taqlid, namun ia bukanlah satu pendapat yang mutlak. Kami juga tidak menentang seruan itu, namun apa yang kami kurang bersetuju ialah sikap yang tidak menghormati pegangan dan pendapat orang lain dalam masalah khilafiyah seperti ini. Mereka ini sebahagiannya dengan mudah membid'ahkan orang lain serta memaksa-maksa mereka agar menerima pendapat mereka. Mereka ini adalah golongan yang tidak boleh dilayan samasekali.

aL-AHKAMonline

iDAN: Mungkin pengikut mazhab yang lain tak suka dengan pendapat di blog ini; padahal saya tak pernah memandang rendah pada mazhab yang lain. Kes batal wuduk ini seharusnya janganlah diperdebatkan. Jika anda pemegang mazhab Shafie ianya tetap batal jika tersentuh suami/isteri anda. Masalah di Mekah itu terpulanglah. Memang pengalaman saya amat mudah tersentuh atau tak sengaja tersentuh dengan kalangan lelaki perempuan ketika di sana. Terutama ketika tawaf & sa'i. Hatta ada pendapat membolehkan anda bertaqlid ke lain mazhab. Tak perlu diperdebatkan.

Tapi jika telah berada di Malaysia apa masalahnya; air kita mewah kita tak terikat dengan masa dan sebagainya.

Isnin, 19 Disember 2011

Jemaah bercampur


Jika kita di Mekah batas ruang solat tak pun diasingkan jemaah wanita & lelaki, cuma taklah satu saf. Di Madinah memang diasingkan antara jemaah wanita & lelaki;

Jika begini pastinya Mazhab Syafie: Imam Syafie... tidak membolehkan kut tersentuh antara lelaki perempuan yang bukan mahram akan terbatal wuduknya...

Respon

Mohd Salleh Mohd Tahir :

Kat Masjidilharam Mekah,.. kalau tersentuh antara lelaki perempuan tanpa menaikkan syahwat tak terbatal wuduk,..pendapat Imam Syafie yg kedua sepertimana yg dikeluarkan dalam buku Haji baru ni.Tapi... kalau di Masjid Nabawi Madinah tersentuh lelaki perempuan akan terbatal wuduknya.....!
pada 16hb Disember pukul 3.40 ptg ·

Idan Radzi: kira dalam suasana padat atau kita anggap daruratlah eh... jangan pulak kat m'sia ada yg tersentuh tangan dengan isteri kita tak batal sembahyang... sy tahu ada golongan sebegini di negara kita...
pada 16hb Disember pukul 3.43 ptg

Mohd Salleh Mohd Tahir: Imam Syafie tegas Idan... tapi ada ke kita kat M'sia ni patuh mengikut Mazhab Syafie? Sebelum ini kalau di Mekah pun batal wuduk kalau bersentuhan lelaki/perempuan.La ni,..dah ada pendapat kedua pulak!
pada 16hb Disember pukul 4.25 ptg .

Idan Radzi: golongan ini ramai pengikutnya Salleh... sy pernah hantar artikel dalam kumpulan mereka ini; ianya sekarang dah jadi kumpulan NGO, dulu pernah masuk politik... ahli mereka golongan bijak pandai...
hari Sabtu, masa 1.20 pagi ·

Ahad, 18 Disember 2011

al-Fatihah


10 KESILAPAN BERKAITAN AL-FATIHAH

Antara kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku atau perkara yang mesti di ambil berat ketika membaca surah al-Fatihah terutama di dalam solat antaranya ialah:

1. Hendaklah membaca keseluruhan surah al-Fatihah dengan jelas sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri dan tidak dibaca dalam keadaan senyap atau tidak keluar suara (tidak berbunyi).

2. Menyatakan, menjelaskan atau menzahirkan setiap bunyi dan huruf tanpa ada yang terkuat atau yang tenggelam serta memelihara setiap baris dan tanda.

3. Membaca keseluruhan surah al-Fatihah dari awal hingga akhir dalam keadaan sedang berdiri atau semasa berdiri betul bagi mereka yang mampu berdiri.

4. Mempastikan ‘waqaf’ (berhenti) pada tiap-tiap hujung ayat sekurang-kurangnya dengan kadar 2 harakat terutama semasa solat ‘sir’ (waktu siang).

5. Mempastikan ‘waqaf’ (berhenti) pada tiap-tiap hujung ayat dalam surah Al Fatihah dibaca dengan seragam.

6. Waqaf (berhenti) dengan sempurna pada tiap-tiap hujung ayat dengan mengambil nafas yang lain sebelum meneruskan bacaan ayat berikutnya.

7. Tidak membaca dengan ‘saktah’ (memberhentikan suara tanpa memutuskan nafas) pada ayat-ayat tertentu atau keseluruhannya.

8. Membaca keseluruhan surah al-Fatihah dalam satu ‘tariq’ (jalan atau wajah) bacaan tanpa mencampur aduk dengan ‘turuk’ (wajah-wajah) bacaan qiraat lain.

9. Memelihara ‘wazan’ (tempo kecepatan dan kelambatan) bacaan supaya seragam daripada awal sehingga ke akhir surah.

10. Tempoh berhenti dan menyambungkan semula bacaan hendaklah sekata tanpa kecacatan ketara yang merosakkan bacaan.