Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2013

Tiket final habis dijual dalam 50 minit

Oleh Wan Fakhrul Bakar dan Rizar Mohd Noor 
Johor Bahru: Tiket final Piala FA yang dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam habis dalam tempoh hanya 50 minit selepas kaunter dibuka mulai jam 8.20 pagi - sekali gus mengecewakan kira-kira 2,000 daripada 3,000 penyokong Johor Darul Takzim (DT) yang beratur panjang sehingga ke jalan raya utama.

Difahamkan hanya antara 1,500 hingga 2,000 tiket dijual semalam kerana sebilangan besar daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah ditempah secara berkumpulan terutama membabitkan kelab penyokong.

Selepas pihak polis mengumumkan tiket habis pada jam 9.10 pagi, penyokong enggan beredar sebelum suasana menjadi kecoh 20 minit kemudian tetapi masih mampu dikawal 30 anggota polis dan 20 RELA diketuai Ketua Balai Polis Larkin, Yusoff Abu.


Tutup selepas 20 minit

Kesabaran segelintir penyokong yang terus beratur akhirnya berbaloi apabila kaunter tiket dibuka semula jam 9.55 pagi tetapi ditutup 10 minit kemudian selepas tiket yang dijual habis sekali lagi.

Buat kali ketiga, kaunter dibuka semula pada jam 10.35 pagi dan hanya selepas 20 minit penjualan, ia ditutup kerana sekali lagi kehabisan tiket.

Ternyata tiket final Piala FA ketika ini cukup berharga sehingga memerlukan pengorbanan dan kesabaran penyokong seperti apa dilakukan sekumpulan 15 pemuda dari Benut diketuai Bahari Ngadiman, 28, yang beratur seawal jam 12 tengah malam.
Kami tiba di sini jam 12 tengah malam dan tidur bergilir-gilir hanya beralaskan surat khabar. Sekitar jam 4 pagi, sudah ramai yang mula beratur dan keadaan menjadi lebih ramai menjelang jam 7 pagi. katanya.

Jualan tiket final Piala FA di Bukit Jalil lancar

SEBAHAGIAN penyokong bertindak memanjat bumbung kaunter jualan tiket setelah berjaya mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
ORANG ramai sanggup bermalam di pintu kaunter seawal 1 pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang hanya berbaki 20,000 tiket sahaja ketika tinjauan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini awal pagi ini. Tinjauan mendapati rata-rata penyokong sanggup datang dari Johor dan Kelantan setelah gagal mendapatkan tiket final itu di negeri masing-masing. Kaunter mula dibuka 9 pagi dan hanya empat tiket dijual kepada setiap seorang pembeli. - BERNAMA
 
KUALA LUMPUR 28 Jun - Proses penjualan tiket bagi perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan esok di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini berjalan lancar.

Tinjauan Bernama sejak 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari mendapati keadaan tempat penjualan tiket dengan kehadiran kira-kira 15,000 peminat bola sepak yang beratur sejak awal pagi kelihatan terkawal dengan pemantauan polis.

Kaunter yang dibuka pada pukul 9 pagi menjual tiket sebanyak 20,000 menggunakan konsep "siapa cepat, dia dapat".

Ketua Polis Balai Bukit Jalil, Inspektor Mohd Hafiza Mohd Razali berkata polis menjalankan pemantauan sejak 7 pagi dan tidak menerima laporan mengenai sebarang insiden kekecohan.
"Setakat ini proses penjualan tiket berjalan lancar dan saya harap keadaan terkawal sehingga selesai perlawanan esok.

"Saya minta orang ramai bersabar dan elakkan ejek mengejek yang boleh menyebabkan pergaduhan," katanya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
 Larkin kecoh
SEORANG wanita pengsan akibat berasak-asak untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Larkin, Johor Bahru semalam. 
 
JOHOR BAHRU - Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam kecoh apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) berasak-asak sehingga menyebabkan seorang wanita cedera akibat dirempuh.

Kira-kira 3,000 penyokong mula membanjiri pekarangan stadium tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan.
Bagaimanapun, terdapat juga penyokong yang pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 8.20 pagi.

Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah tiket yang dikatakan tidak mencukupi.

Seorang penyokong, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal dari Pontian tiba di stadium pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk memastikan dapat membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara JDT dan Kelantan, esok.

"Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga yang tidur di sini.

"Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya.

Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping setiap seorang,kehabisan.

"Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok (hari ini) untuk beli tiket di sana pula," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd
 

Ahad, 2 Jun 2013

Kenyataan saya ikhlas - Khairy

Khairy Jamaluddin
REMBAU - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan yang dibuatnya terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) adalah pandangan ikhlas selaku menteri.

''Kenyataan yang dibuat merupakan pandangan ikhlas selaku menteri yang bertanggungjawab mengenai sukan di negara ini yang berdasarkan laporan dan pandangan daripada pelbagai pihak yang melihat insiden kekecohan di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu.
''Saya tidak mahu komen dengan lebih lanjut sebab saya tidak mahu panjangkan cerita ini. Cuma saya bagi pandangan yang ikhlas. Kalau mereka (FAM) terima ok, jika sebaliknya tidak apa.

''Saya cuma mewakili Kementerian Belia dan Sukan menyampaikan pandangan berdasarkan laporan pandangan orang awam tetapi kalau itu tidak dapat terima apa yang boleh saya buat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hasan Haji Sail Pedas dekat sini, semalam.

Kelmarin, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung kenyataan Khairy yang menyoal ketelusan badan induk bola sepak itu.

Jelas baginda, keputusan mengadakan semula aksi separuh akhir kedua Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil dibuat mengikut peraturan.
Khairy sebelum itu menegur FAM dan PBNP dengan menyalahkan kedua-dua persatuan itu.
FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60 ribu tiket kepada PBNP dan 20,000 tiket kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas dibatalkan di Stadium Darul makmur, Kuantan gara-gara kekecohan penonton.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 17 Mei 2013

Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti



PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan negara ASEAN lain untuk membuat bidaan bersama selaku tuan rumah Piala Dunia 2034 harus dibuat dengan perancangan yang teliti.

Sambil menyokong usaha itu, beliau berkata, cadangan bidaan itu merupakan idea asal badan induk bola sepak kebangsaan berkenaan ketika beliau memegang jawatan Timbalan Presiden II FAM dari 2007 hingga 2010.

“Saya lihat bidaan (bersama) ini akan menjadi lebih serius dan saya fikir ia merupakan satu idea yang baik,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai KBS, di sini hari ini.

Khairy yang memulakan tugas rasmi selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu hari ini, berkata beliau akan menghadap Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam tempoh terdekat bagi membincangkan lebih lanjut berhubung bidaan itu.

“Secara dasarnya, saya melihat ia (bidaan) idea yang baik dan kita seharusnya membuat perancangan yang teliti. Walaupun bidaan dibuat oleh persatuan (FAM), kerajaan yang akan mengendalikan kemudahan dan sebagainya,” kata beliau.

Dua hari lepas, Tengku Abdullah yang juga anggota Jawatankuasa Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF), menyifatkan 2034 sebagai tahun paling sesuai buat rantau ini khususnya Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Tengku Abdullah membayangkan pada 2034, Malaysia mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama sebuah negara Asia Tenggara, seperti yang dilakukan Jepun-Korea Selatan pada 2002.

Media juga melaporkan bahawa baginda turut diminta mempengerusikan sebuah jawatankuasa peringkat Asean bagi tujuan membida kejohanan bola sepak dunia itu dan ia dijangka diumumkan selepas mesyuarat bersama wakil negara Asean pada 16 Jun.

Khairy dan timbalannya, Datuk M. Saravanan memulakan tugas rasmi masing-masing hari ini, selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, semalam.

Sumber: Bernama

iDAN:

Wah 10 tahun lagi sempatkah aku menyaksikannya?

Sabtu, 15 Disember 2012

Harimau Malaya TAK Mengaum Lagi

Kalau aku jadi pengadil malam tadi aku tabur kad banyak-banyak; biar separuh pemain hilang jadikan perlawanan 7 sebelah; dah main tak bagus mana Harimau Malaya nampaknya kena bulu Gajag Putih... emm asyik bertahan saja macam dah dapat 3 jaringan; asyik nak nyiku dan bersilat lagi; aku hanya suka Mat Yo & Apek; eloklah Apek bermoney moon... Mat Yo pula dia nampak putih jadi merah padam tapi tetap ligat menyerlah; tak apalah tak dapat masukkan gol sebab sentiasa dihimpit 5 main lawan. Aku memang tabit dengan Mat Yo

Bagulslah Apek tak main kalau tak jadi bahan kritikan si Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy kita tu lagi; bila Harimau Malaya kalah mesti Apek yang salah; 10 pemain lagi okey ajer. Cer fikirkan bila Harimau Malaya kalah malam tadi siapa pula yang salah?; mesti pengadil pula yang SALAH. atau padang macam bendang.
Kalau aku jadi pengadil malam tadi aku tabur kad banyak-banyak; biar separuh pemain hilang jadikan perlawanan 7 sebelah;  dah main tak bagus mana Harimau Malaya nampaknya kena bulu Gajag Putih... emm asyik bertahan saja macam dah dapat 3 jaringan; asyik nak nyiku dan bersilat lagi; aku hanya suka Mat Yo & Apek; eloklah Apek bermoney moon...  Mat Yo pula dia nampak putih & ligat menyerlah; tak apalah tak dapat masukkan gol sebab sentiasa dihimpit 5 main lawan..

Bagulslah Apek tak main kalau tak jadi kritikan si Datuk Rajagopal a/l Krishnasamy kita tu; bila Harimau Malaya kalah mesti Apek yang salah; 10 pemain lagi okey ajer. Cer fikirkan bila Harimau Malaya kalah malam tadi siapa pula yang salah?; mesti pengadil pula yang SALAH.


  • Catatan Idanradzi bagi sy tenguk bola ni mmg kita mahukan pasukan kita MESTI menang tapi kes Harimau Malaya ada beberapa pemain yang sy suka tak turun ke padang termasuk Apek pun Wan Zack yang cedera... tiada pemain idola tentu kita nak nonton pun rasa hambar; samalah kes seperti Safee Sali yang hanya bermain beberapa minit akhir (taraf kecergasan kurabg kut) ianya amat membosankan. (Safee Sali pun satu hal bila bermain hampir sepenuh masa banyak sangat melepaskan peluang yang tersaji).
  • Imran Salleh yg buat kalah smlm strategi king out...takder masalah masa main 10 org tu...tp dia still tak masukkan defen tgh CB ganti fadhli shas...just letak pemain kesayangannye amar rohidan DM utk bekap defen...dah kena dua bijik daghi nak masuk defen CB...mn nak tahan serangan thai klo 3 pure defen je tggl...sib baik keeper cemerlang...semua gol berpunca dr defen yg lemah...dan midfield yg tak membantu pertahanan dan serangan...sapiq rahim kapten dan amar rohidan baik tak payoh main...penumpang dlm team je
  • Catatan Idanradzi keeper cemerlang... tak dapat dinafikan banyak bola bahaya di tolong selamatkan kalau tak kita lagi diaibkan.. alahai nak tunggu piala ni tak silap dua tahun lagi... tak sempat abg ni tenguk entah abg pun tak ada...
  • Imran Salleh klo msia main jgn harap le nak mng abg idan oi...yg mng kap sblm nih nasib je pasey team lain...thailand...indon...singapore...vietnam tgh merudum...ms tu msia n mynmar naik..klo ikut prestasi dan rengking fifa thailand..singapore jauh tarafnya dr msia...tgk keputusan frenly sblm AFF pun dah tau pasukan msia tak ke mana...ngan bangla pun seghi lwn indon aghi tu nasib je pasey dpt gol awal...klo idok awey2 dah bungkuih...hehehe
  • Catatan Idanradzi malaysia dengan filipina akan berlawan atau kira mata saja untuk tempat ketiga...? tenguk raking fifa tu mmg kita sekitar 10 tangga di bawah thailand... ada negara miskin kecik pula tu jauh lebih hebat dari malaysia rakingnya...
  • Imran Salleh mn de lwn dah..buat bazir duit je nak main home dan away...hehehe
  • Catatan Idanradzi malawi penduduk cuma sekitar 15 juta... kita tak masuk PATI sekitar 28 juta hampir separuh ganda .. malawi boleh tempat ke 101 mungkin bangsa mereka beso-beso banyak negro kut... kita patutnya makan jamu sbb org brazil tak beso mana pun hebat main bola..
  • Catatan Idanradzi tenguk bola ni mmg sedap kalau pasukan kita sokong tu hebat... menang lagi... ini perak pun dah jatuh tak tahu nak sokong mana...
  • Imran Salleh brazil jiwa diorg bola...termasuk aprika...klo demer main bola bgs bleh buat income beso kalohkan gaji org kaya sn...msia nih main bola suka2...ari nih main bgs...esok main out mcm tak gheti main bola...fitness tak jaga...mcmana nak maju
  • Catatan Idanradzi si safee pun sy tenguk asyik buang bola bayangkan dari 5 peluang belum tentu satu pun gol...
  • Imran Salleh safi tu dah lemau lepas ke indon...ader le tu yg tak kena..padahal ms main liga msia bkn main gerunnye
    kata bantu :
    sy = saya
    ader = ada
    klo demer = kalau mereka
    ari nih = hari ini
    sbb= sebab
    idok awey2 = tidak awal-awal
    payoh = payah

Khamis, 13 Disember 2012

Malang di Supachalasai

BANGKOK - Langkah Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012 menemui titik noktah pada separuh akhir kedua dengan pengadil dari Korea Selatan, Lee Minhu menjadi watak penting kepada kemenangan 2-0 Thailand di Stadium Supachalasai, malam tadi.

Kedua-dua jaringan Thailand diperoleh pada separuh masa kedua melalui penyerang berbisa Teerasil Dangda pada minit ke-59 sebelum Theerathon Bunmathan menambah luka Harimau Malaya pada minit ke-63.

Thailand layak ke perlawanan akhir berdepan Singapura melalui kemenangan secara agregat 3-1.
Di hadapan 20,000 penonton, Minhu jelas berat sebelah dengan memihak tuan rumah apabila tanpa disangka melayangkan kad kuning kedua kepada Mohd. Fadhli Shas pada minit ke-43 tanpa kesalahan yang munasabah.

Ini menyebabkan Harimau Malaya tempang apabila terpaksa berjuang dengan 10 pemain pada babak kedua.

Tindakan pengadil Korea itu sama sekali tidak dapat diterima kerana insiden sebenarnya Fadhli menjadi mangsa keadaan akibat provokasi Datsakorn Thonglao.

Apa yang menghairankan pembantu pengadil yang berada berdekatan dengan insiden Fadhli dan Thonglao, langsung tidak memberikan penjelasan kepada Minhu, yang terus melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain itu.

Sikap berat sebelah pengadil Korea, Lee Minhu mula terserlah pada minit ketujuh lagi apabila dengan mudah melayangkan kad kuning tanpa memberikan sebarang amaran lisan kepada pemain negara dan Mohd. Fadhli Shas menjadi mangsa pertama.

Tujuh minit kemudian, giliran Mahalli Jasuli pula mengutip kad kuning sedangkan dua pemain negara, Amar Rohidan dan Norshahrul Idlan Talaha jelas disiku oleh pemain Thailand sebaliknya pemain lawan langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.

Tuan rumah hampir berada di hadapan pada minit ke-30 apabila penjaring terbanyak mereka setakat ini, Teerasil Dangda berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Harimau Malaya tetapi mujur sepakan penyerang Muanthong United itu tersasar keluar.

Peluang terbaik negara mendapatkan jaringan di babak pertama hanyalah melalui sepakan percuma Safiq Rahim pada penghujung perlawanan, yang mudah diselamatkan oleh Kawin Thamsatchanan.

Tanpa Fadhli, persembahan skuad negara ternyata terjejas dan lebih banyak bertahan pada babak kedua.
Keputusan Datuk K. Rajagobal yang meletakkan Amar pada bahagian pertahanan tengah menggantikan tempat Fadhli juga dilihat satu kesilapan apabila dia menjadi punca kepada gol pertama Thailand.

Kesilapan Amar yang gagal mengawal bola dengan baik membuka laluan kepada Teerasil berlari secara solo sebelum mudah menewaskan Farizal.

Empat minit kemudian, akibat keadaan kelam kabut di depan pintu gol, Theerathon menyepak masuk bagi jaringan kedua tuan rumah.

Pujian harus diberikan kepada Farizal Marlias kerana jika tidak disebabkan ketangkasannya, Malaysia sudah pasti menjadi mangsa dibelasah Thailand apabila menafikan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya tuan rumah. - UTUSAN

Ultras Malaya tabik penyokong Thailand

BANGKOK - Suasana di luar Stadium Supachalasai sebelum perlawanan Thailand dan Malaysia petang semalam, cukup meriah dan harmoni tanpa sebarang kekecohan di antara penyokong kedua-dua pasukan.
Berbeza dengan perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Rajamangala yang sunyi tanpa kehadiran ramai penyokong, Supachalasai yang pernah menjadi stadium nasional negara itu satu ketika dahulu, dipenuhi oleh majoritinya penyokong Thailand.

Kira-kira satu jam sebelum perlawanan bermula pukul 7.00 petang waktu tempatan, sorakan dan kibaran bendera gergasi daripada penonton Thailand memeriahkan suasana sambil turut diikuti penyokong Malaysia yang hadir.

Kehadiran kira-kira 800 peminat setia Harimau Malaya di luar stadium langsung tidak diganggu oleh rakyat Thailand malahan sempat bergambar, membuktikan semangat setiakawan dua buah negara yang berjiran itu cukup utuh.

Wakil Ultras Malaya yang sempat ditemui, Redzuan Ahmad, berkata, sikap penyokong Thailand wajar dipuji kerana tidak melakukan sebarang provokasi dan ramai penyokong Malaysia berasa selamat berada di sini.
"Kami penyokong Malaysia yang kebanyakannya baru tiba semalam dan hari ini. Sejak berada di Bangkok tidak wujud sebarang masalah dan kebanyakan mereka menyambut dengan baik.

"Berbanding dengan penyokong Indonesia dan Singapura, rakyat di sini nampak lebih sporting dan menganggap kami seperti sahabat.


"Kami bebas berada di luar stadium dan ramai juga yang berbual-bual dengan kami di samping sempat bersalaman sesama sendiri," katanya.

Harimau Malaya 10 bertempur 11 Gajah Putih

Fadhli meninggalkan padang selepas dilayang kad merah oleh Lee Min Hu, semalam.  
 
Fadhli meninggalkan padang selepas dilayang kad merah oleh Lee Min Hu, semalam.
Saya kesal kerana jadi punca kekalahan pasukan; Maafkan saya: Fadhli

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada saya," kata pemain pertahanan Harimau Malaya, Fadhli Shas.

Dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-44 selepas berlaku pergeseran dengan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao susulan kekasaran ketika perebutan bola 50-50 di udara.
Fadhli, 21, dikatakan tidak beraksi secara kasar, namun pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu dilihat begitu 'baik hati' melayangkan kad kepada pemain negara.


"Pada mulanya saya cuba mencabar bola di udara tetapi disiku pemain nombor 7 (Datsakorn). Selepas itu, saya cuba bertanya kepadanya dan saya tak tahu kenapa pengadil beri kad kuning buat kedua-dua pemain.

"Memang sangat kecewa kerana dibuang padang dan saya cukup kesal kerana menjadi punca kekalahan pasukan," kata Fadhli ketika ditemui selepas perlawanan.

Saya tak tahu

Ditanya kemungkinan pengadil berkenaan 'terlupa' yang dia sudah menerima kad kuning pertama pada minit ke-7 dan sepatutnya hanya memberi amaran lisan kepadanya dan Datsakorn pada insiden itu, Fadhli berkata: "Saya pun tak tahu nak kata apa. Cukup kecewa dengan keputusan pengadil."
Selepas ketiadaan Fadhli, Thailand akhirnya berjaya merobek gawang Malaysia sebanyak dua kali menerusi Teerasil Dangda minit ke-60 dan Theerathon Bunmathan, empat minit kemudian.

"Saya yakin jika 11 lawan 11, kita masih mampu untuk menyaingi Thailand, tapi apabila main 10 orang, memang susah. Saya minta maaf sekali lagi kepada rakan sepasukan dan rakyat Malaysia," katanya.

iDAN: Main bola kena bersabar jangan pula nak gaduh-gaduh. Jika telah berlaku pergeseran jangan tunjuk panas baran. Pengadil punyai hak mutlak nak kasi berapa banyak kad; apa dia hairan.

Ahad, 9 Disember 2012

Harimau Malaya Jangan JINAK Lagi.

Malaysia di tangga ke 163  Manakala Thailand 152  dalam penilaian FIFA taklah sejauh mana hebatnya mutu pasukan Gajah Putih berbandang Harimau Malaya. Tadi aku lihat kita boleh main & hampir mengalahkan Thailand. Cumanya kita tak ambil peluang yang banyak tersaji. Penat mahu bawa bola ke kawasan penalti tetapi tiada penyudah.

2. Separuh masa pertama kita boleh kata seimbang dalam bab serangan ke pintu gol Thailand & dapat menyumbat satu gol pendahuluan. Tetapi rentak permaian pasukan Harimau Malaya bagaikan gerun & takut dengan tarian Gajah Putih di separuh masa kedua. Asyik bertahan tak mungkin boleh menyelamatkan pintu gol kita. Terlalu bertahan di depan pintu gol musibahnya silap sedikit sahaja Thailand dapat sasaran mereka. 1-1 tentunya akan memberikan lebih peluang ke akhir sebab Khamis nanti kita akan bertandang ke negara Thailand.

3. Kita perlukan kekuatan mental & jangan sesekali melepaskan peluang yang ada. Ketika bermain di negara orang tanpa tumpuan penuh pastinya kita kecundang. Jika kita bertahan & penyudahnya mengecewakan pastilah matlamat mahu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki ini akan hanya menjadi kenangan.

4. Harimau Malaya nampaknya kena lebih mengaum mengendap mangsa tanpa belas kasihan. Dari minit awal hinggalah ke akhir kena terus menyerang sampai habis tenaga. Jangan lagi diulangi bila dapat gol sebiji bak dapat 5 gol pendahuluan. Tak guna bertahan sebagai pasukan yang gagah jika cuma memiliki gol pertama. Membosankan. Lemas.

5. Kena ingat bola itu bulat lagi bergolek; takkan mungkin lawan akan memboloskan pintu gol sendiri; udah tu kenapa mesti menunggu lawan memberi bola mudah untuk kita menjaringkan gol. Cara menghantar bola pendek oleh pasukan Thailand nampaknya membuatkan mereka nampak lebih teratur permainannya. Kita berharapkan larian laju & sepakan jarak jauh terpaksa asyik mengejar bayang bola sahaja. Tanpa kesudahan.

Harimau Malaya jangan berlakon jinak lagi.

Khamis, 15 November 2012

Harimau Malaya Hambar



SHAH ALAM - Hanya 10 hari lagi menjelang Piala Suzuki AFF, prestasi Harimau Malaya terus mencetuskan kebimbangan apabila hanya mampu sekadar seri 1-1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Duka kekalahan kepada Vietnam dan Thailand sebelum ini nampaknya belum cukup menyedarkan anak-anak buah Datuk K.Rajagobal, sebaliknya terus terkial-kial untuk mencari rentak menyakinkan yang begitu ketara dalam aksi malam tadi.

Lebih kecewa Harimau Malaya mempersia-siakan peluang untuk memenangi perlawanan di hadapan 5,000 penonton walaupun pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Lee Chi Ho mendapat kad merah lapan minit sebelum permainan tamat, apabila Hong Kong mencuri gol penyamaan pada minit ke-88 melalui Lam Hok Hei.

Jaringan penyamaan Hong Kong gara-gara kesilapan Mohd. Aidil Zafuan yang menyepak lemah kepada Khairul Fahmi Che Mat lalu disambar Hok Hei, yang bersahaja membawa bola ke dalam pintu gol bagi perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Sebelum itu, Safee Sali meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-58 apabila memanfaatkan hantaran silang Amar Rohidan dengan menanduk kemas ke arah penjuru kanan pintu gol Hong Kong.

Corak hantaran Harimau Malaya ternyata tidak tersusun di samping kegagalan bahagian tengah yang dikemudi Safiq Rahim dan Amar mengawal permainan sehingga membuka ruang kepada Hong Kong mengatur beberapa percubaan berbahaya.

Hanya persembahan Safee dan Norshahrul Idlan Talaha memberikan sedikit kegembiraan kepada penyokong apabila beberapa kali melancarkan percubaan yang hampir menemui sasaran.

Sepakan gunting menarik Safee yang menerima umpanan Norshahrul pada minit ke-16 sedikit tersasar sebelum penyerang Pelita Jaya itu melepaskan sekali lagi peluang keemasan 15 minit kemudian apabila rembatan leret pemain itu dari sebelah kiri mudah ditangkap Yapp Hung Fai.

Sementara itu, Rajagobal ternyata kecewa dengan keputusan semalam ketika hasratnya mahu mencari kemenangan semangat menjelang Piala Suzuki AFF, hampir bertukar menjadi bencana.

“Saya amat kecewa dengan keputusan ini. Selepas Safee menjaringkan gol, kita sepatutnya meningkatkan permainan.

“Namun kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi menyebabkan keadaan menjadi sukar meraih kemenangan.

“Saya juga kecewa kerana beberapa pemain beraksi di bawah tahap sebenar mereka. Namun Hong Kong beraksi dengan corak permainan yang berbeza berbanding perlawanan sebelum ini," katanya.

- UTUSAN

 iDAN:

Tak ramai peminat bola datang memberi sokongan kenapa?... apakah faktor harga tiket RM20 itu agak mahal. Atau tak kena masa sebab ramai cuti dan balik kampung. Atau tak sanggup melihat pemain kebangsaan kita tewas & tewas lagi. Alahai dah dapat satu gol nampak leka; malahan gol penyamaan amat mengecewakan peminat bola sepak tanah air.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton Olimpik London 2012



on 3 August 2012
Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton Olimpik London 2012 | Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara yang juga merupakan pemain nombor dua dunia layak ke final badmnton olimpik London 2012 setelah menewaskan Chen Long dari China 21-12, 21-14.
Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton Olimpik London
Harapan untuk memperoleh ganjaran lumayan yang berupa jongkong emas seberat 12.5kg yang bernilai lebih dari RM2 juta bakal tercapai jika Datuk Lee Chong Wei dapat mengalahkan lawannya di final badminton Olimpik London 2012.
Jongkong Emas
Baru sahaja tadi, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long, rakan senegara musuh tradisinya, Lin Dan. Beliau menang kedua-dua perlawanan dengan mata 21-12 dan 21-14. Beliau bakal berhadapan dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua iaitu Lin Dan yang juga merupakan musuh tradisinya. Lin Dan berjaya menundukkan Lee Hyun Il  dalam kedua-dua perlawanan 21-12 dan 21-10.
Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau menempa nama ke final sukan Olimpik London 2012. Semoga Lee Chong Wei dapat membalas kekecewaan beliau sebelum ini setelah gagal di arena Piala Thomas dan All England. - Lee Chong Wei Layak Ke Final Olimpik

Khamis, 2 Ogos 2012

Beregu negara ke separuh akhir

KIEN KEAT (depan) Boon Heong melangkah ke peringkat separuh akhir acara badminton semalam.


HANYA selangkah lagi buat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke final acara badminton Sukan Olimpik 2012 di London.

Chong Wei (gambar kecil) mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Kashyap Parupalli dari India 21-19, 21-11 pada aksi suku akhir di Arena Wembley awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tugas getir dijangka menanti pemain No. 2 dunia itu apabila berdepan bintang muda China, Chen Long yang turut mara ke kelompok empat pemain terbaik selepas menundukkan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-16, 21-13.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei yang berjaya mencatat enam kemenangan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Chong Wei diletakkan sebagai sandaran utama bagi membawa pulang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.

Terdahulu, beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi cemerlang apabila turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menewaskan Bodin Isara- Maneepong Jongjit dari Thailand 21-16, 21-18.
Skrip yang sama turut akan diharungi oleh Kien Keat-Boon Heong apabila mereka dijadual menentang beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng pada separuh akhir esok.

Pasangan China itu mara selepas menundukkan beregu senegara mereka, Chai Biao-Guo Zhendong 21-15, 21-19 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Penjaga gol kebangsaan tidak hadir tuduhan khalwat





PETALING JAYA – Penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias (gambar) yang sepatutnya dituduh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tidak muncul di mahkamah semalam kerana kurang sihat.
Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berkata, penjamin Mohd. Farizal, 26, iaitu Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin hadir untuk menyerahkan salinan sijil sakit kepada mahkamah sejurus prosiding berakhir.
Terdahulu, semasa kes khalwat Mohd. Farizal yang masih bujang disebut di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, tertuduh yang juga penjaga gol utama skuad bola sepak Negeri Sembilan tidak kelihatan begitu juga dengan pasangannya, Zaiton Othman, 29.