Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 10 Disember 2014

Terima Kasih Staf TNB


Sebermula pada suatu ketika kami bercuti panjang. Bila balik ke rumah pasang elektrik. Lampu jadi macam kelab malam. Gedik-gedik tak mahu nak hidup. Terang gelap & bunyi ketik-ketik di kebanyakan plug.

2. Aku matikan suiz utama. Padan semua suis. Lampu plug tv peti ais semuanya aku tutup. Buka lampu. Dari berkelip-kelip lama-lama stabil. Kipasokey semua semua okey. Maka taklah aku jadi nak buat aduan.

3. Selang beberapa hari aku tertembung pembaca meter tanyakan masalah yang sama apakah pelanggan lain pernah komplen. Katanya biasa sebab ada ketika karan tak cukup stabil masuk ke rumah.

3a. Ada beberapa kali masalah yang sama. Sampai pernah satu hari tu jiran baruku si Ajal panggil aku dari luar. Dia dengar suis utama luar rumah bunyi ketik-ketik. Aku kata dia biasa berlaku nanti akan hilang sendiri.

5. Tapi semalam dah kira berbeda. Dah luar biasa. Lampu berkelip-kelip langsung tak lagi menyala terang. Aku cuba berkali-kali padam & tutup suis utama dalam rumah. Alahai hanya lampu LED untuk tidur aku saja yang nyala. Kipas angin pun tak mahu bergerak. Mila membebel bila aku suruh dia & Azim telefon TNB bahagian aduan. Dia kan lama jadi setiausaha sulit. Pandai berkomunikasi dengan manusia sejagat. Aku ni jika staf tu banyak soal jawab cepat barannya. Selalu kes mereka kata alatan atau pendawaian dalam rumah yang ada masalah. Aku yakin agihan dari luar rumah dari ibu sawat yang punca angkara.

6. Lama aku bergelap tunggu bantuan dengan berlampukan lilin. Sekitar jam 11:30 malam baru dua staf dari TNB datang. Firasat aku betul memang suis utama dari luar sebelah meter TNB yang sudah bermasalah. Fiusnya dah terbakar sebab itu tiada agihan karan ke dalam rumah. Payah nak meramal apa punca masalah tenaga elektrik ini. Nak usik memang tak berani. Tak sampai 15 minit dah usai masalah. Tukar fius utama kini semuanya dah sempurna. Terima kasih staf TNB datang ke rumah larut malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan