Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 6 Mei 2008

Internet Terlampau Lembab di UPM


Birus terlalu banyak, Abg Azmi baru sahaja format PCnya. Katanya tetiba datang dari server. Nak salahkan siapa. Pepandailah menjaga PC sendiri

Rasanya anti birus yang paling baik buat masa ini ialah KasperSky

Cubalah muat turun birus ini. Jika berduit beli saja di LowYat dalam sekitar RM90.

Aku pula demam sejak balik dari Melaka, punyalah keras demamnya. Nak tulis puisi pun beku segala ilham. Dua minggu lebih tidur tak tentuan, batu pula tak henti-henti. Tak sempat nak habiskan kisah Mambang Masjid Kristal. Terlampau sakitnya.

Harap-harap aku cepat sembuh. 14 hb nanti akan buat ujian darah lagi. di PK UPM.

Isnin, 5 Mei 2008

Kiamat dah dekat ni ?


Jika ada keraguan ttg email dbwh ini, eloklah brmuzakarah ngan org yg arif ttg ilmu agama ni.

fikir2kanlah :-

Nabi Isa hidup slama 40 thn sblum kiamat?

Planet melanggar bumi?

Israel kemuncak kuasa 2007?

Tazqirah Jumaat [Takutnya sempat ke kita ni]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun...
sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah...
daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau
ini benar,


bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi

yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu
akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk
menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga

telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan
planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan
musnah pada tahun 2065...

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun
2007...


>> Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,


>> disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith
>> mengatakan


>> bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan
>> kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat
>> pada tahun 2062...


>> Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

>> Wallahu'alam...


>> Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah
>> hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500

>> tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
>> Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam
sekalian...


Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda... Semoga


Saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

Ahad, 4 Mei 2008

Makanan pedas lawan

Penyelidik dapati komponen aktif cili hapus ketumbuhan barah pankreas

LONDON: Makanan pedas bercili bukan sekadar memberi keenakan tersendiri, tetapi kini didakwa sebagai ramuan utama generasi baru ubat antibarah yang boleh membunuh sel ketumbuhan tanpa sebarang kesan sampingan.

Akhbar The Independent memetik saintis terkenal Britain, Dr Timothy Bates yang juga penyelidik Universiti Nottingham, mendakwa Capsaicin – komponen aktif cili didapati menghasilkan keputusan menakjubkan apabila dapat menghapuskan sejenis sel ketumbuhan barah pankreas – antara barah yang sukar dirawati.

Berikutan hasil itu, Bates berkata, mereka dapat menemui apa disifatkan sebagai ‘pembunuh’ semua jenis barah kerana bahan Capsaicin itu mensasarkan pusat penghasilan sel ketumbuhan berkenaan.

“Penemuan itu sememangnya menarik dan menjelaskan bagaimana penduduk di negara seperti Mexico dan India yang gemar makanan pedas, kurang menghidap barah yang sebaliknya ketara di dunia Barat.

“Apa yang kita temui adalah sesuatu yang dapat melemahkan semua sel barah. Capsaicin, misalnya, secara khususnya tertumpu kepada sel barah yang memungkinkan penghasilan ubat yang membunuh barah, tetapi pada masa sama, tiada kesan sampingan,” katanya.

Penemuan itu sekali gus boleh menyaksikan pengeluaran ubat yang dapat merawat pelbagai barah pada anggaran cuma £410 juta (RM2.8 bilion) daripada kos keseluruhan menghasilkan ubat konvensional yang membabitkan kajian sekurang-kurangnya 10 tahun.

Ia disebabkan Capsaicin sememangnya dimakan hampir setiap hari oleh berjuta-juta penduduk dunia.

Malah, Capsaicin banyak dijadikan bahan aktif dalam krim sapuan urat dan rawatan penyakit psoriasis.

Penyelidik Nottingham itu mendapati, tindakan Capsaicin membunuh sel barah berkenaan berlaku tanpa menjejaskan sel lain yang sihat.

Dalam kajian itu, penyelidik meletakkan Capsaicin ke dalam sel barah dalam paru-paru manusia yang disifatkan permulaan baik dan penting dalam ujian ubat antibarah yang seterusnya menyaksikan sel barah terbabit, mati.

Bates juga berkata, berikutan Capsaicin yang menjadi sebahagian unsur dalam makanan dikenali ‘vanilloids’ dan banyak dimakan di kebanyakan negara secara langsung mengurangkan sekatan yang lazimnya dihadapi ubat baru di pasaran.

Bagaimanapun, pegawai penerangan mengenai barah di Cancer Research UK, meminta semua pihak tidak membuat kesimpulan muktamad mengenai kajian mengenai makanan pedas itu.

“Penyelidikan itu tidak mengatakan memakan banyak lada menyekat atau merawat kanser. Tentu menarik untuk melihat sejauh mana penyelidikan lanjut mengenai Capsaicin selepas ini,” katanya. – Agensi

Sabtu, 3 Mei 2008

Singgahsana: Demam Lagi 2


Jumaat, 2 Mei 2008

Singgahsana: Deman Terlalu Keras


Tetiba demam ini terlalu keras. Sejak Ahad lagi, sampai ke Jumaat masih berterusan. Amat payah untuk terlelap, batuknya bertaut.

Tetiba demam ini terlalu kuat. Sesekali aku mimta bantuan Mila untuk menghantar ke klinik. Dia dengar tak dengar. Malahan lebih rapat dengan telefon bimbitnya. Kalau tidak SMS dengan laguannnya. Aku mendengar suara Mawi macam semut bergaduh sahaja. Apaankah pentingnya duniawi ini.

Deman ini masih tidak kebah. Si Fairuz sibuk bohongi isterinya mengatakan aku akan ikut memancing di hari pekerja. Padahal dia tahu Senin lepas jumpa orang besar-besar aku langsung tak boleh bangun. Minta Eris tolong klik waktu aku keluar pun tidak tertunai. Katanya Tok Perak juga mahu memancing di kolam Pak Ali tetapi bolehkah dipercayai janji Tok Perak.

Aku masih terlantar sakit, teringin agar Mila masakkan asam pedas tetapi dia tetap dengan selera Jawanya goreng & tumis taruh gula. Amat berat tekak mahu menelannya. Akhirnya tengah malam masak maggi sendiri. Pedas-pedas.

Telah hampir masuk tahun ke tiga ceriteranya sama, aku terus melayan sendirian kesakitan ini. Kuatkan diri sendiri. Jika perlu ke klinik atau hospital sendiri. Jika di ofis mungkin Fairuz rajin menemaniku. Harapkan keluarga terdekat nampaknya mungkin tidak. Jadi aku telan saja apa saja ubat yang ada di rumah.

Sakit Darah Tinggi dua jenis ubat
Sakit Diabetes sebiji besar amat saiznya
Sakit Buah Pinggang dari Dukun Kim Loy
Kolestrol sudah bertambah dosnya
Kini kena telan ubat demam yang ada cuma Panadol.
Ubat batuk memang banyak botol lagi tak habis.

Nak datuk ada sampai lapan jenis ubat kena telan memang buat aku makin lemah.

Teringin sangat mahu mengarang puisi tetapi ilhamku bagaikan beku. Agak lama karyaku tidak terbit di akhbar makin amat rindu untuk menatap karyaku di akhbar. Banyak juga karyaku tidak diterima oleh penerbit.

Khamis, 1 Mei 2008

Cara beribadat secara ikhlas (Agama)


SAYA ingin bertanya bagaimana untuk kita mencapai hati yang betul-betul ikhlas sewaktu beribadat.

Saya diduga oleh Allah selepas bertahun-tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah, dugaan ini membuatkan saya insaf dan sedar akan kekuasaan Allah dan kini lebih banyak melakukan amal ibadat. Tetapi kadangkala saya terfikir mungkin hati saya tidak cukup ikhlas, melakukan ibadat semata-mata mengharapkan ganjaran yang diimpikan iaitu zuriat.

Saya mahu hati saya reda dan ikhlas beribadat kerana Allah semata-mata dan bukan untuk mengharapkan ganjaran. Boleh Dr berikan panduan bagaimana untuk mencapai keikhlasan sedemikian?

HANI,
Selangor

BAGI mencapai hati yang tulus ikhlas ketika beribadat ialah dengan mentuluskan hati dengan satu tujuan sahaja iaitu semata-mata mendekatkan diri kepada Allah (istilah Arabnya ialah taqarrub ila Allah).

Menurut Imam al-Ghazali, tingkat keikhlasan paling tinggi dalam ibadat apabila dilakukan ia dibuat semata-mata mendapat keredaan Allah.

Sekiranya tujuan ibadat tertumpu kepada mendapatkan syurga, ia dikira sudah ada pencampuran dengan tujuan lain.

Ini menyebabkan tingkat keikhlasan menurun atau hilang apabila ibadat dilakukan dengan tujuan dunia sahaja seperti menunjuk-nunjuk.

Walaupun keikhlasan yang sepenuh agak sukar dicapai, ia boleh diperoleh dengan melakukan beberapa tindakan.

Antaranya, seseorang yang sedang beribadat hendaklah menghilangkan rasa cinta kepada dunia dan menggantikan ia dengan cinta kepada Allah dan akhirat.

Dengan itu, segala gerak-gerinya termasuk makan, minum, tidur dan sebagainya bukan untuk bersenang-senang, tetapi ia dilakukan untuk mendapat kekuatan beribadat.

Selain itu keikhlasan dapat diraih apabila dapat mengawal hawa nafsu, menghilangkan kecintaan kepada dunia dan menguatkan kecintaan pada akhirat dengan penuh rasa keimanan.

Ia bermula apabila kita benar-benar menghayati ajaran Islam merangkumi kefahaman yang benar mengenai asas agama iaitu rukun Islam, iman dan ihsan.

Allah s.w.t berfirman dengan maksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengihklaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” (al-Quran, al-Bayyinah- 98: 5)

Harian Metro

Hantu Bertudung

Gambar diambil ketika menjelang mentari terbit, aku nampak perempuan bertudung duduk betul betul mengadap aku. Anakku kata perasaan sahaja itu cuma tiang lampu. Masalahnya memang bawah pokok pulai. Pokok Pulai biasalah tempat syaitan rajin singgah.


Pertama kali tenguk gambar ini memang mengejutkan aku.