Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 6 Februari 2009

Sehari Dua selepas Aziq dibedah 3 (Singgahsana)

Mila pula diserang demam, batuknya bukan main kuat. Satu wad bising dengan batuknya. Aku telah pun belikan dia ubat batu. Paling bagus dipasaran buat masa kini ialah Ubat Batuk Gamat Madu. Hurix. Jika sejak aku kecil ubat batuk paling aku suka ialah Ubat Batu Cap Kelapa Laut Afrika. Sejak kebelakangan ini ianya makin cair. Payah nak baik. Manis sahaja. Begitu juga Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, terlampaulah manis. Baiknya tak juga.

Aku sering juga minta ubat batuk di PKumpm atau panel doktor yang lain. Sebotol dua belum tentunya baiknya. Mila jenis malas makan ubat. Makan pun kot sesekali dalam sehari. Tak mahu ikut peraturan. Manalah mahu baiknya. Kuman biasalah perlu terusan dicegah. Jika lepas dari tiga atau empat jam kita abaikan makan ubat dia biak semula. Jadual ketat perlu jika mahu segera baik.

Semalam sahaja Mila jaga Aziq, malam kedua sudah boleh balik. Sekitar magrib malam kedua Aziq telah boleh balik. Begitu cepat. Masa Mila kena bedah sakit yang sama appendix. Sepuluh malam di hospital. Lukanya pun agak besar berbanding Aziq. Luka Aziq sekadar sebesar duit siling lima puluh sen.

"Ayah tak minta surat gerenti dari majikan ke?"

"Mila tak cakap pun!, lagi pun tak kan Hospital Serdang tak ada rekod ayah; dah selalu keluar masuk sini"

"Nanti kalau diminta beribu ringgit macam mana, Mila tak bawa duit ni!"

"Kita hutanglah!.." Dalam hati aku berkata takkan mereka nak masukkan kita dalam lokap kot.

Seperti yang aku tulis... sebelum ini Sekitar 6:45 petang tadi (3.2.09) aku dibenarkan parkir di petak VVIP sebentar sahaja. Lantaran dia sedar Aziq baru sahaja dibedah tak mampu berjalan ke parkir kereta awam & aku terpaksa menghantar kerusi roda di kaunter.

Ubat kena ambil di Wad kecemasan semasa aku di wad kecemasan.

"Berapa iyer adik bayaran pembedahan..."

"Doktor yang akan tentukan!"

"Tak perlukan surat gerenti majikan?"

"Tak pasti... bil ini cuma enam ringgit!"

"Okey! .." Aku menghulurkan duit, aku membayar kos untuk semalam di wad kot. Selebihnya mungkinkah akan datang kemudian. Entahlah. Yang pasti Aziq telah selamat dibedah.

Esoknya Mila dapat cuti sakit dua hari; selang beberapa hari aku pula kena serang demam yang sama. Berserta batuk-batuk yang kuat. Musim demam.

Politik di Perak pula menghadapi krisis yang teruk. Tambah menyakitkan hati & jiwaku. Cuti hari Thaipusam aku sekadar tidur sahaja di rumah. Sakit lagi. Telan ubat & bermalas-malas di ruang anjung.

Bila sebut Thaipusam teringat akan pemergian Arwah Nasha. Semoga roh dia dapat diampunkan.

Posted on 6.2.2009 at 8:43 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan