Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 26 Jun 2013

Bacaan Jerebu Semasa

Sila ketik URL ini

http://www.nre.gov.my/Malay/Documents/IPU/Status%20IPU.pdf

atau ketik di sini

http://apims.doe.gov.my/apims/hourly1.php

keadaan di Kajang tempat saya tinggal IPU masih tahap/paras tidak sihat  119*

Komen Azmeer ‘nampak macam Down’s Syndrome’ melampau?



APA agaknya yang bermain di benak fikiran komposer dan pengkritik Azmeer sehinggakan tergamak untuknya mengeluarkan komen ‘biadap’ dan ‘tidak beretika’ dalam satu ‘playback’ yang disiarkan sebuah program realiti terbitan syarikat televisyen swasta, baru-baru ini.

Komen Azmeer dalam program itu berbunyi: “diaorang tu bukan bodoh tau, you must remember walapun diaorang tu pelawak. Faiz tu nampak aja bodoh-bodoh macam Down’s Syndrome tapi dia adalah…” apabila dijemput untuk memberi nasihat dan tips bagi satu kumpulan finalis sebelum mereka beraksi pada malam final yang disiarkan pada Jun 23. Program realiti itu yang bertujuan mencungkil bakat baru menerusi persembahan sketsa komedi dan nyanyian.

Tirai telah dilabuhkan dan pemenang juga telah dinobatkan dan kini timbul pula satu isu yang dikaitkan bukan dengan finalis tetapi Azmeer.

Gara-gara komen yang diutarakan Azmeer dalam ‘playback’ pendek itu, seorang pemerhati daripada sebuah badan bukan kerajaan telah bersuara lantang mengkritik Azmeer kerana mengeluarkan komen yang dianggap biadap.

Pemerhati dikenali dengan nama, Azatul Shima Mohd Said daripada kumpulan sokongan anak-anak Down’s Syndrome, ‘Bunga-bunga Syurga’ itu telah memuat naik petisyen itu pada Selasa jam 4.23 petang. Lebih kurang sejam kemudian, petisyen itu telah ditandatangani lebih kurang 880 orang. 

BACA:
Adakah Faizal Tahir diharamkan sebuah stesyen TV?

Penyanyi Rossa terpaksa menanggalkan tudungnya
Shila Amzah mencarut di akaun InstagramnyaAdakah Miera Liyana disingkir dari Hip TV?

Petisyen menuntut komposer itu dan stesen televisyen tersebut untuk meminta maaf  kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dan kanak-kanak OKU yang menghidap Down’s Syndrome. Kumpulan itu menggesa Azmeer dan pihak televisyen memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat melalui TV dan pihak media.

Dalam perkembangan lain, seorang pengguna laman Facebook lain telah menurunkan komen dan luahan rasa prihatinnya tentang petisyen yang dikeluarkan itu.

“Saya telah terpanggil membuat satu petition terhadap komposer Azmeer yang telah mengeluarkan comment mengguris hati kami ibu bapa anak-anak Down's Syndrome dan umumnya anak2 OKU yang lain. Dalam komennya itu dia mengatakan “kumpulan Tapaw ni bodoh-bodoh Down Syndrome" amatlah menunjukkan ketidakpekaan beliau dlm menjaga sensitiviti serta perkembangan pendidikan anak-anak OKU di Malaysia. Saya harap sudilah anda sama2 menandatangani petition ini dalam usaha membuka mata komuniti kita bahawa kami KOMUNITI OKU adalah “SEBAHAGIAN BESAR DARI ANDA JUGA”.


APA KOMEN AZMEER?

Apabila pihak Yahoo! Malaysia menghubungi Azmeer, beliau mengulas kenyataannya dalam program TV itu telah ‘disalahertikan’ oleh sesetengah pihak.

“Jujur saya ingin menyatakan di sini yang komen tersebut berbentuk pujian kepada finalis terbabit. Tidak ada segelumit perasaan saya menghina atau menjijikkan mana-mana individu kurang upaya,” katanya.

Berlainan kalau saya mengeluarkan komen seperti ini ‘orang itu nampak seperti buta tapi bukan seorang buta’. Jika dilihat dari perspektif peribadi, kenyataan ini tidak menunjukkan saya menghina individu kurang upaya atau orang buta.

Tambah Azmeer, secara realitinya komen itu pada hakikatnya merupakan satu pujian terhadap finalis tersebut.

“Ini bukannya satu lawak jenaka. Dan saya tidak digambarkan ketawa ketika memberikan komen itu. Saya merasakan ada yang sedikit janggal atau merasa tidak selesa kerana perkataan itu (Down’s Syndrome) jarang digunakan dalam konteks percakapan,” katanya.

Mempunyai pengalaman selama 15 tahun duduk di bangku pengkritik program realiti, Azmeer berkata yang kata-katanya boleh dianggap ‘pedas’ dan ‘tajam’ oleh sesetengah pihak.  

“Saya hanya ingin menyuntik ‘the fighting spirit’ (semangat juang) terhadap finalis dan mentor mereka, tidak lebih daripada itu,” kata Azmeer.

Kesal kerana komennya telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak, Azmeer akur dan tidak akan teragak-agak untuk meminta maaf secara terbuka kepada pihak terbabit.

“Ikhlas saya ingin meminta maaf sekiranya komen saya itu telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. Bagi pihak stesen TV terbabit juga saya ingin meminta maaf kepada mana-mana individu terbabit.

KEDUTAAN JEPUN SERAH KEPADA POLIS SIASAT KEMATIAN TAHANAN

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kedutaan Jepun di sini akan menyerahkan kepada polis Malaysia untuk menyiasat kematian Nobuhiro Matsushita semasa dalam tahanan di lokap balai polis Subang Jaya USJ8, Sabtu lepas.

"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu. Kami tidak berhak untuk mengulas berhubung isu itu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut," kata jurucakap kedutaan itu semasa dihubungi Bernama hari ini.

Beliau juga enggan memberikan butiran berhubung urusan bagi menuntut mayat itu.

Matsushita, 33, ditangkap kerana menceroboh masuk sebuah universiti di Subang dekat sini pada 2 Jun dan dijumpai tergantung dengan bajunya pada sebatang besi di lokap itu pada 8 Jun.

Semalam, Ketua Polis Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pada mulanya Matsushita diletakkan dalam lokap bersama beberapa tahanan lain tetapi dipindahkan selepas berkelakuan tidak normal dan mengganggu tahanan lain.
-- BERNAM

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan

Oleh Rita Jong
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar  dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.  Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. – 26 Jun, 2013.

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu: Cuti Sekolah 25 Jun 2013

Berikutan fenomena jerebu yang teruk melanda kini, Kolej Vokasional Gombak masih lagi bercuti pada esok hari, 25 Jun 2013 (Selasa). Maklumat tentang tarikh mula persekolahan akan diumumkan lagi melalui blog ini. Harap maklum dan sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada media massa.

Semua sekolah sekitar Kajang juga Cuti : Jerebu masih tidak berkurangan.

Monday, June 24, 2013

SEKOLAH KL, SELANGOR CUTI LAGI ESOK

KL kini teruk dilanda jerebu



Semua sekolah yang ditutup kerana jerebu akan dibuka esok kecuali di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri G Palanivel.

Ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat dan merbahaya di Kuala Lumpur dan Selangor, katanya kepada BERNAMA.

"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup)dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.

Datuk Azmi Murad
Sementara itu, Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad.

Katanya walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.

"Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal terbang.

"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Azmi berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.

Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. -

Lotong

senja kian meniti hari... siang esok nanti.. perut si lotong nan kosong ini belum tentu akan berisi... hutan batu telah pun memusnahkan pohon buahan buat si lotong ini...

Lotong jenis ini boleh didapati di Bukit Melawati Kuala Selangor.
 

Bungkam


20hb Mei 2010

sampai hati kau buat aku menantimu
hinggakan tangisku tidak berlagu lagi


sampai hati kau biar aku memegang bunga cinta
hinggakan ianya layu kering di genggaman rindu

sampai hati kau biarkan aku meraban
hinggakan ke akhir hayat tanpa prihatinmu

mampukan aku sekadar mengharap
biarpun kutahu Ilahi memihakku seadanya.