Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Selasa, 22 Jun 2010

Haruman Bunga (Singgahsana)

HARUMAN BUNGA & BIDADARI  MENARI

Mata hati dapat melihat
jelmaan kasih sayang
tapi minda sangsi tak dapat menyita
haruman impian era setia
maka sering hantaran bunga kasih
menjadi layu tak dapat menambat hati
sering naluri berkata sendiri sepi
namun kekasih tidak pernah mengerti.

Perbalahan makna sering berlaku
lantaran silap tafsiran
kaca dikatakan permata
mutiara pula tidak dinilai berharga
maka diri sering terkeliru
tak nampak pun erat intim abadi
sirna cinta sejati atau keikhlasan hati
hinggalah kekasih tiada lagi di sisi
pergi buat selamanya ke hadrat Ilahi.

Terkuburnya kemurnian
di makam sepi kepalsuan
diri kian alpa di duniawi
tanpa memihak kepada maknawi
pun jiwawi bagaikan sesat di syurgawi
yang lengang tanpa Bidadari menari.

(Kekasih abadi adalah Tuhan semua
usahlah abaikan hukumnya
Bidadari pula adalah jelmaan buana
antara ada & tiada menyilau aura aulia)


iDANRADZi

Kota Bharu Perak



Sabtu, 22 Mei 2010

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Posted on the May 22nd, 2010

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai Everybody Draw Mohammed Day! (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.

Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.

Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. AP

Sumber : Bharian.com.my

Sabtu, 15 Mei 2010

PAYA KASIH 2


Biarlah aku sesat larat di paya kasih ini
walaupun perahu rinduku terbelah dua
sampaikan dayung setiaku retak patah
aku akan tetap mengintai belibis sadis
mencari nilai keabadian diri di sisi Ilahi.

Aku akan tetap berpondok syahdu di sini
mengutip teratai damai di aliran luka
cinta ini akan menetas bersama puyu sayu
biarpun aku tahu ancaman sawa rawan
serangan agas ganas di belukar terbiar.

Aku akan tetap di sini mencari nur-Nya
seyogia ego kota kian menazak jiwa lara.

iDANRADZi
Tasik Bera. Pahang

Isnin, 10 Mei 2010

Ayah AC Mizal Diganggu Hantu (Singgahsana)


dah nak pergi kerja belum... masih kat rumah lagi ke
8:27am dzuan

baru balik kerja, nak tido..

8:27amSaya

ooo... kerjalah malam tadi... ingatkan cuti sepanjang hari... penat tu ... selamat tidur...!

yaa, mcm ni lee keje kilang

8:28amSaya
sama saja.. kerja mana pun...

ipar duai aku pun ramai kerja kilang

sampai pergi kursus jepun...

pakai Vios lagi... rezeki kat mana-mana okey!

mila (org rumah) sahaja kerja kira okey sikit...

Dzuan org rumah kerja lagi tak?

8:29am Dzuan

dia mmg dah berenti lama dahhh kawin je dia berenti... kata nye nak jaga aku biar gemok!

8:29amSaya

pulak!... nak gemuk mudah saja

makan tido makan tido macam aku... gemuklah

seronok bini ada rumah

aku naik jelak makan di kedai mamak

masak ni aku malas sangat

selalunya beli lauk masak nasi ...

ikut anginlah..

kalau takad rebus2 tu bolehlah

aku suka rebus bayam dengan cendawan..

penatlah Dzuan jadi suri rumah ni

air bejuku di depan tu pun tak buang2 lagi..

bunga tak siram lagi... belum nak buang taik kucing lagi!

8:31amDzuan

aku bab makan terjaga..pagi ptg mlm semua ada

aku masaalah itu semua tak ade pasal bini aku super women

8:32amSaya
seronoknya kau Dzuan! semua terjaga

anak aku ni minat nak beli pelbagai

tapi ayahnya yg kena dera

tapi Dzuan maintain lagi.. aku teguk dalam gambar

aku agak pinggang kau masih 35"

aku dah 42....

kebelakangan ini terpaksa cari pakaian di bundel... payah nak cari saiz beso!

itu yg banyak saiz beso..

8:33amSaya
aku bercinta dengan si Conel tak jadi

Osman boleh ingat nama si Suminah tuu

kau ingat lagi ke buah hati aku tu?

8:34amDzuan

Ingat!, masih ingat kau suka tulis surat pada si Conel tu..

8:35amSaya
Mila ni aku kenal melalui radio

mungkin dalam rancangan destinasi atau bunga bangsa

aku rajin hantar sajak di radio

tahun awal 80an banyak cerpen tersiar di rancangan Kenangan..

terbitan Chuari Selamat

tu yg kenal Mila tu!...

org rumah org mana iyer...

bercinta sejak asrama tak?

8:36amDzuan
.takkan kamu tak tahu..cucu kpd tok jalil dekat romah kamu kat cnkt tualang. emaknya pauziah yg kawin dgn orang parit.kan dari sekolah lagi kami kawan. takkan kamu tak ingat sorat yg panjang2 tu sorat dia leee.
8:37amSaya

Kejap aku cuba ingat-ingatkan...

Tok Jalil

lupalah Siapa adik beradik Tok jalil

Tok Jalil setahu aku dukun handal

dekat rumah Taharin

aku perasan kau bercinta dulu...

kalau tak silap ada rumah anaknya sebelah...

8:38amDzuan

Betul le tuuitu pasal cucu nye pun sama garang

Memang ada rumah anaknya sebelah rumah pusaka tu


8:38amSaya

rumah Tok Jalil tu tinggal di rumah kayu tinggi...

anak-anaknya aku dah lupa nama

tanya org rumah tu!...

dia pandai tak jampi serapah ini

aku ingat satu peristiwa aku berteduh bawah rumah anak Tok Jalil ini ketika hujan ...

Aku ingat anak Tok Jalil ada menantu memang cantik sangat; aku lihat anak Tok Jalil ini jampi sirih pelbagai.

8:39amDzuan

Anak2nya semua dah meninggal, Nordin, Todin, Ipot, Kamaruddin

8:39amSaya

yerr ingat..!

Todin tu aku ingat

anaknya ada dua wajah...

satu putih melepak satu lagi hitam manis

Ipot itu lebih kurang sebaya kita...

rumahnya tu ada lagi ke?

8:41amDzuan

aku bab ini.. jampi serapah ni tak tahu; yang tahu sikit2 bini aku.... itu pun dia duduk parit sesekali je balik kg... rumah dah tak ada dah kena jual dgn Ipot.

8:41amSaya

oooo handal si Ipot ni...

tanah dia di kampung tu besar juga...

8:41amDzuan

tak tahulah apa jadi tanah tu!.


8:41amSaya

Tak pasti dah jual kat lombong ke tak iyer?

selang sebuah dari rumah aku... & rumah Taharin

anak Taharin yg kasi rosak rumah pusaka aku tu

kabel semua diambiknya... janji nak sewa...

8:42amDzuan

aku tak tahu lee tu... hal jirannya.

8:43amSaya

Adoi penat betul... si lop anak taharin tu katanya penagih dadah...

Taharin ini kadang2 okey...

kadang2 dia kurang waras...

8:43amDzuan

aku tak kenai Taharin ni

8:44amSaya

Dah tak ada dah arwah ... satu-satu jiran Tok Jalillah

kami panggil Pak Jalil... dukun handal.

Sebab dia memang handal dalam bab ghaib ini..

8:44amDzuan

oooo

8:44amSaya

Dia macam arwah bapa aku

ada Pembela..

sekarang Saka arwah apak tu...

turun kat kakak aku

baru ni aku pergi ke rumah akak aku... Kak Nomi

ingat ke Kak Nomi Osman rakan kita kat Kota Bharu Pk ingat lagi nama Kak Nomi !

8:45amDzuan

aku pun ingat!

8:45amSaya

dia kata ada 7 Saka masuk ke badannya

mana bapa aku menuntut tak pasti

payah nak buang benda tu

...

nantilah kita cerita

kau ngantuk tu.. pastinya

baik tidur!

tidur kena cukup

nanti naik darah tinggi tu... kata semalam ada darah tinggi kan?

8:46amDzuan

habih...kamu tak takut ke nak duduk kat kg nanti. nanti habih budak2 kena sakat...

Yup aku pun ada masalah darah tinggi... jap lagi aku tido

8:47amSaya

tu ler masalahnya!

rumah tu pun banyak penunggunya

arwah mak meninggal dunia sorang2

anak2 aku dah besarlah Dzuan... harap-harap okey!

.... tak mengantuk ke ni Dzuan?

8:48amDzuan

Dah nak dekat le ni... tapi seronok pulak dengor cerita Jangan Pandang Belakang kamu ni

8:48amSaya

anak-anak aku tu emaknya yang ajar mengaji...

pandailah lah baca al-Quran

itu kelebihan Mila.. siapa pandai tajwit ... idram makmunah segala!

aku ni tak reti sangat Dzuan..

anak-anak aku rasanya tak jadi masalah kalau nak baca doa halau bebenda ghaib ini

8:49amDzuan

kita serupe!

8:49amSaya

Arwah apak aku nazak di rumah AC Mizal itu

Saka dia ada kat rumah tu... kat Jalan Cheras...

8:49amDzuan

Rumah AC Mizal kat mana?

8:50amSaya

dulu mereka tinggal di Cheras..

ada taman kat Jalan Cheras tu

Taman Koperasi Cuepec

Taman Koperasi Cuepec.. ada dua... satu kat sini Balakong

satu lagi tak jauh dengan Plaza Phoenix... macam ejanya pun

tak jauh dari ruma Dzuan

dia datang melawat anak tiri & cucu2nya di situ

tetiba strok

aku syak dia sedih sangat ketika itu;

dia tak tahu aku & Mila lama duduk berasing rumah

bila aku cerita dia menangis macam budak kecik

aku tenguk dia sedih sambil hisap rokok... balik saja aku dari rumah si AC tu

dia kena strok

emak AC kelam kabut tel aku

emak AC org Serting Hilir

aku ada cerita tak pada kau?

mulutnya sampai ke telinga!

ayah AC kira abg tiri akulah...

pendiam orangnya...

Dato' Zaini Hashim...

Opah AC bini arwah apak aku; tak ada anak denganarwah Apak.

kira Dato' Zaini tu anak tunggal

Apak aku yg jaga dia sejak umur 3 bulan...

Dato' Zaini bin hashim

Hashim (Datuk sebenar AC) ayah Dato' Zaini hilang masa perang jepun.

8:55amDzuan

oh yaa Polis.

nyape mulutnye emak AC sampai telinga

AC kan dah jutawan, tak bolih tumpang ke?

8:55amSaya

becukkkkk!

cakap jenis nada tinggi tuuu

ketua jururawat pakai biru tu...

Mereka tak kenal kami dah Dzuan, nak numpang macam mana.

8:56amDzuan

patut le AC pun becuk juga.

8:56amSaya
Yup ikut emaknya!.. ayahnya memang pendiam... emak ayah dah pencen...

Yoep Zaini aku panggil apak si AC tu

tak hirau emaknya, selalu tak balik kampung bila hari raya..

aku lebih rapat dengan Opah Bi tu

baru meninggal sekitar 5 tahun lalu ku!

sejak tahun 88

emak aku meninggal kira Opah si AC lah pengganti emak aku

kelakarnya... kes benda yang arwah Apak aku bela tu!

org lain tak nampak arwah apak menjelma

hanya Yoep Zaini sahaja yang nampak

sampai kurus kering tak dapat tidur

terpaksa pindah dari rumah tu

panggil dukun handal pun tak lari...

ingat hantu rayalah Dzuan

last2 terpaksa sewakan rumah tu!

sekarang mereka tinggal di Muar.. Jutawan Muar.

8:59amDzuan

kamu mcmmana ada juga ke?

8:59amSaya

aku okey!

Antu Makan adalah...

selera makan gilalah...

memang macam ini org sakit kencing manis ku!

apa pun yang namapak nak makan...

lambat makan menggigil jari tangan ni ...

Antu Makanlah... kan!

9:00amDzuan

ada hantu juga le tuuu... tolong makankan.

9:00amSaya

Dzuan... kau tak mengantuk ke

gi ler tidur esok2 kita bual lagi

berapa jam nak tidur ni

aku free jam 3:00 petang nanti

9:01amDzuan
paling tak dua tiga jam!

ok la.stop dulu lah. nanti kita sambung lagi.

9:01amSaya

Aku pun tengah pening ni!

berkira nak pergi ke TRIANG ikut mana cepat & selamat

Triang Pahang jauh ke perdalaman dekat tasik Bera

banyak jalan aku tenguk kat peta.. ni

9:01amDzuan

aku tak tahu hala ke sana.

9:02amSaya

nak merisik... di afiz pun makwe tu....

tu lerr pasal jauh dari h/way

ok lerr gi tidur... sian kau... aku jangan layan sangat

kalau layan aku sampai 3 hari 3 malam aku tak henti menaip..... tak ada kawan berbual... isk! sedih betuiii

9:02amDzuan

anak kamu keje mana?

ok

9:03amSaya

mana kerja lagi si afiz tu

ada lagi 1 semster belajarnya

dia rajin... itu yang aku tak risau

dulu dia kerja lama kat KFC di TESCO kat rumah ni

sebelum itu dia pernah kerja 7eleven sebelah MyDin Kajang.

aku tak risau bab kerja si Afiz ini

dia jenis budak tekun... tak suka melepak...

9:04amDzuan

tak per lee bapak borek anak rintik.

9:04amSaya

dia masih kat poli Shah Alam sekelas dengan makwe dia

tu lerr pasal!.. aku pun dulu kahwin cepat! kami ada darah Arablah!

maknya pun satu... nak jadi penghalang

dah merajuk budak tu... dekat sebulan dah tak balik rumah!

aku memang rindu kat dia... penatlah Dzuan

dia nak kahwin apa masalahnya... baguslah kan?..

emaknya sibuk suruh ambik deegri pelbagai

dah macam belangkas... dapat ke kekang nafsu tu...

iskh! penatlah!

nantilah kita ceritalah!

9:06amDzuan

bagus le tuu, jgn lupa jemput aku dah lee

9:06amSaya

insyaAllah

aku nak buat majlis kecik aja

sekadar doa selamat rasa dah cukup

atau makan2 kecik kat mana-mana

kat rumah bininya biar buat majlis besar-besaran!

tapi tu lerr jauh di Kelantan mana ulu tak tahu lagi!.

9:07amDzuan

oook aku tido dulu yaa

9:07amSaya

okEY lah Dzuan... gi tidur

jangan layan aku ni...

assalamualaikum...
9:07amDzuan

mualaikum salamm

9:08amSaya

moga mimpi jumpa si conel aku tu!...

:):)

Isnin, 1 Februari 2010

Kisah Benar (Misteri Ilahi)


anda menyukai kisah misteri di sini ada beberapa kisah yang aku tuliskan buat kita menghayati dunia alam ghaib.

Sila Klik

Selasa, 19 Januari 2010

Buat seseorang (Singgahsana)

Aku jarang buka jurnal ini, tetapi sesekali aku terklik ada beberapa perkara yang menyentuh hati ini. Terutama buat Dik Ieja, yang mana aku sering buka blognya tetapi memang sejak lama tak dikemaskini. Tak sangka ada catatan sebulan lalu di jurnal ini yang begitu lama aku tak buka.

Sebenarnya dalam alam maya ini tak seramai mana pun yang rajin mengenali diri ini lebih dekat. Ramai rakan di dunia maya datang & pergi. Biarpun terkadang ada tambatan hati tetapi perginya amat tiba-tiba & tidak pun menyapa lagi. Malahan rakan sekerja pun semakin hari semakin lupakan diri ini bilamana aku tidak menyapa mereka. Tambahan orang sekarang semuanya dah guna telefon bimbit (hp); bagiku perhubungan telefon bimbit amat terbatas. Aku bukan jenis suka berSMS, menulis di hp bagiku bagaikan mengeja di tadika. Mata tak nampak pun. Makin rabun. Malahan untk menghidup akaun hp pun memang aku tidak mampu. Kut! terdesak dan aku mahu guna hp barulah aku hidupkan dua nombor ini; 016 9094343. Nombor masih hidup cumanya entah bila baru kubuka. Nyakitkan hati sahaja kalau cuba dail.

Lalu mana melalui hp akan terjalin ikatan. Tak mungkin. Maka aku memang tertinggal dalam banyak hal, hilang rakan baik di alam maya pun di dunia nyata.

tak siapa sudi nak kontak aku dengan talian tetap ini 03 87371884 biar pun ianya telah lebih 20 tahun sentiasa boleh diakses. Boleh didail.

Seyogia aku semakin sendiri, duniaku lebih terdampar di impian lapangku, terkadang aku menulis blog, terkadang aku menulis puisi; & blog yang rajin aku buka sekarang adalah di Blogspot; lantaran jurnal yang ini (easyjournal) payah dibuka sebab servernya agak lembab.


Rasanya terlalu lama Dik Ieja dalam keadaan agak melelahkan; sebab catatan lalu di jurnal ini telah berlalu hampir sebulan. Dan rasanya blog Dik Ieja juga tertinggal begitu sejak lama. Kenapa?. Dari jauh sekadar dapat mendoakan agar dia tabahkan hatinya dalam merentas dugaan hidup ini. Agar ada seseorang yang dapat menyelami hati Dik Ieja. Agar ada jalan penyudah yang akan mengembalikan hidup teratur damai & tabah.

Terkadang kita sering terfikir bagaimana kita dapat menolong seseorang lantaran batas & jarak membuatkan kita amat terhalang segala. Itu yang berlaku seperti aku mahu melihat hubungan anakku Afiz teratur dengan kekasihnya dalam bab merisik pun ramai tak faham & lain pula tangkapannya. Seolah di pihak ibunya pun masih ada batas halangan. Maka merisik jadi perkara sia-sia.

Banyak hubungan serta ikatan tak dapat dijalin erat lantaran batas & keadaan yang menghalang. Mungkin itu yang terjadi dalam hubungan yang samar di alam maya ini. Maka Dik Ieja semakin sepi, terasa semakin jauh, tak tahu pun apa khabar & kedaaannya kini?. Apatah lagi jika terputusan talian internet atau apa jua ikatan. Payah menerima hakikat ini.

Apatah lagi bila seseorang itu mabuk dengan FaceBook(FB)nya maka takkan mungkin ada talian intim di dunia siber ini. Bayangkan sebulan aku cuba aktif dalam FB aku telah boleh bertemu dengan 300 org lebih pengunjung. Mahu tak mabuk diri. Maka itu aku lebih memilih dunia Blog.

Atau aku lebih suka dengan dunia nyata bak zaman aku remaja dulu lagi. Kenal nyata bukan kenal di dunia maya. Fatamorgana.


Sedarkah kita (Singgahsana)

Sedarkah kita, dalam diam-diam kita terusan kehilangan waktu yang senggang. Kita seharian terusan dikejar kesibukan mencari duit, menampung sara hidup yang tak pernah cukup.

Jika kita congak rata-rata kita adalah jutawan sebenarnya. Sebuah rumah tangga sekarang ini jika laki bini berkerja pasti boleh dapat sekitar RM5,000 sebulan, kalikanlah 30 tahun anda berkerja. Berapa? Tidakkah RM 1.8 juta. Tidakkah kita ini semuanya jutawan. Tetapi kenapa kita bila telah bersara sekadar hidup seperti orang biasa. Mana perginya duit sebanyak itu.

Kenapa ini yang seharusnya membuatkan kita kena berfikir secara terbuka & celik mata?.

Salah satu yang paling membebankan kita adalah masalah pengangkutan. Duit pendapatan kita terlalu banyak kita belanjakan untuk membeli kenderaan yang selesa buat keluarga. Kenapa harga kenderaan ini terlampau tinggi?. Susut harga yang melampau. Tidak adakah jalan untuk mengurangkan kos kita dalam senggaraan kenderaan ini. Belum ceritera belanja tol kita & permasalah perhubungan yang lain.

Kos yang kedua tinggi tentunya rumah; harga rumah untuk penginapan keluarga kita semakin melambung naiknya. Sekarang pun telah diluluskan pinjaman 2 generasi. Kenapa ini boleh berlaku. Mahukah kita biarkan mereka dari luar membolot harta di negara kita. Kita kaji berapa ramai orang dari Singapura membeli harta tanah kita. Mata wang mereka tinggi kita pula membiarkan mereka membeli harta tanah di Tanah Melayu ini. Sedangkan kita mampu membeli semahal mana sangat rumah & harta tanah yang lain. Bagaimana kita sediakan bekalan anak cucu kita dalam mewarisi harta di negara kita sendiri.

Cuba kita selidiki status kehidupan mereka di negara maju, kenapa mereka begitu murah dalam belanja membeli kenderaan mereka. Begitu juga kos kita membeli makanan cuba bandingkan negara maju bagaimana murahnya mereka dalam membeli keperluan dapur mereka.

Kita bukan negara maju, hanya menuju ke arah itu pada pada tahun 2020 nanti; apakah kita mahu hidup di negara maju yang sebegini keadaannya. Bersediakah kita hidup dengan keadaan ekonomi yang tambah meninggi lagi.

Aku telah bersara dapat rasai kehidupan mereka di alam Pesara tidaklah semewah mana. Betapa semakin hari aku terasa semakin tinggi kos hidup terpaksa dilalui sedangkan wang persaraan tak bertambah & sebanyak mana ianya dapat menguruskan kehidupan yang semakin meminta kenaikan itu & ini.

Mesti ada jalan membetulkan ini; sebabnya ramai kalangan orang di negara kita hidup mewah tidak seperti kita yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Agihan harta negara nampaknya masih tak seimbang. Yang kaya semakin kaya yang miskin terusan terhimpit.

Kenapa kita berdiam diri & terusan berkompromi mengejar kemewahan yang menguntung golongan kaya raya ini. Kita terusan sanggup berhutang dengan kadar yang amat tinggi; sampai mati pun belum tentu hutang kita langsai dibayar. Hidup apakah ini?. Kita & anak kita dipaksa... pun terus terpaksa berhutang belum pun anak kita dapat memegang ganjaran atau gaji sendiri. (PTPTN) Kehidupan apakah ini?.

Cubalah kita kita rungkaikan bersama.


'cunnya' bahasa

Eldy | Posted on 17.2.2010 at 7:50 AM
1st time visit.. wa, mantap penulisan abg ! erm, antara kos tertinggi juga : Mas khawin xD

Jumaat, 23 Oktober 2009

? PM akan Datang (Singgahsana)


22 Oktober 2009

Saya lebih berminat untuk membawa pembaca berfikir kenapa ramai kalangan Perdana Menteri (PM) kita keluar dari parti UMNO. Sedangkan UMNO itu adalah parti paling unggul & tunggak bagi bangsa Melayu.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini

“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”

Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.

PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.

Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.

& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.

Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.

Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.

Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini

Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini

31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.

Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.

Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?

Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?

Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?

(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)

Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.

iDAN


.............
mata kail | Posted on 30.10.2009 at 4:16 PM
TAKBIR !!!!!!!Bubar Dun Perak!!!

DSNR
Sam Saharan | Posted on 24.11.2009 at 7:51 PM
Assalam alaikum Saudari Idan, Seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri. Dr. P. Ramlee ada mengungkap lebih kurang bengini bunyinya "alif nun tendag wau, sarkas" Mungkin ini menyebabkan Umno bergolak sehingga pemimpin tertingginya keluar dari parti dan kemudian kembali masuk ke dalam parti. Pada saya terlalu awal meramal sama ada Dato' Seri Najib dapat mengamalkan gaya kepimpinan Allahyarham bapanya. Mungkin tidak. Di dalam blog saya, http://bluechip-arena.blogspot.com saya mengkritik keras Umno/BN dan mana-mana parti politik Malaysia. Namun kritikan itu saya sertakan dengan sedikit pandangan dan pendapat yang mungkin membantu. Namun bagi saya, mengkritik tidak semestinya anti dan berbeza pendapat dan pandangan adalah teman berfikir yang baik. Wassalam

Mata Kail
iDAN | Posted on 19.1.2010 at 10:25 AM
Siapa tak inginkan perubahan songsang, terkadang kita amat leka mengejar dunia tanpa kita sedar segalanya kian terhakis & bumi kita kian dijual khazanahnya. Sedar tak sedar kita semakin tua dalam kemerdekaan ini.

DSNR
iDAN | Posted on 19.1.2010 at 10:29 AM
Saya tak nampak PM kini akan bertindak memimpin negaranya seperti arwah ayahnya. Sering berlaku kejayaan seorang lelaki adalah lantaran dorongan isteri. PM kini punyai masalah dalam mengikis pandangan serong masyarakat terhadap isterinya. Banyak isu yang boleh dimainkan olah pembangkang untuk mengaibkan PM kini. PM kini kenalah menangkis isu ini sebaiknya.