Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 29 April 2009

Surat Dari Pej Tanah (Singgahsana)


Monday, April 27, 2009

Limpahan terima sahaja yang dapat aku nyatakan di atas keprihatinan pegawai atasan Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan; secara peribadi telah berusaha untuk mengesan akan tanah pusaka Mat Sesh (Arwah Apak) yang telah hilang akan gerannya. Aku menulis e-mel kepada pihak Pej. Tanah adalah lantaran kehilangan yang beberapa geran yang tersimpan di Peti Besi Gajah Hijau.

Takkan nak libatkan polis perbagai, jika boleh aku mahu menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus tepung jangan pula berselerak. Itu yang malas ganggu keluarga arwah Opah Bi.

Sayangnya ianya tak akan selesai kecuali tahun No. Geran & No. Lot. Bagaimana nak tahu semua itu, di simpananku kini ada geran besar tanah sekitar kampungku ianya agak rumit mengenal pasti akan sesuatu lokasi. Sedangkan tapak masjid pun di dalam geran besar ada tujuh ekar lebih; mana lojik ianya sebahagian milik orang lain.

Antara geran yang hilang ialah, tapak rumah pusakaku, tanah air hangat, tanah dekat rumah Pak Aris, tanah tapak kedai dan ada beberapa tempat lagi aku tak pasti. Itu semua di Mukim Teja, bagaimana pula tanah di Tukang Sidin. Arwah Apak lama merantau di sana; memang ada tanahnya di sana.


Tambah sakit pewaris sebelah arwah Apak tak seorang pun mahu berhubung tentang tanah ini. Ada yang mengatakan arwah Apak dah beli semua dari adik beradiknya. Mungkin sebab itu tak seorang pun pewaris yang menuntut. Sementelah semua adik beradik arwah Apak seramai empat orang telah meninggal. Arwah Apak pula yang bungsu.

Takkan ceriteranya sama, aku juga anak yang bungsu dari empat adik beradik. Semuanya apakah akan terpikul di bahuku. Semua adik beradik arwah Apak perempuan; memang ada lojiknya arwah Apak yang perlu diharapkan. Kes aku lain, aku ada abg kandung lelaki dua orang. Bagaimana pula dengan saudara tiri. Ikut hukum faraid semuanya ada hak cumanya sikit atau banyak sahaja. Huh! patutnya semualah kena bantu aku. Inilah isunya. Masing-masing kejar dunia; hingga lupakan kampung halaman.

Bagiku tak kisahlah jika No. Geran yang diberikan oleh Pej. Tanah itu bukan milik arwah Apak; setidak-tidaknya ianya meringankan tugasanku mengesannya. Ianya satu rahmat Ilahi yang memudahkan pencarianku. Aku akan merujuk No. Geran tersebut hak milik siapa di kampung nanti. Aku tahu mesti ada penyelesaian. Tak mungkin masalah tak ada penyelesaiannya. Moga roh arwah Apak dapat mendengar akan usaha & munajatku ini.

Ish! sedar tak sedar telah sebulan UPM tak kasi sebarang tindakan tentang pencenku. Apa yang belum selesai & apa lagi yang kena aku uruskan. Selagi tak dapat semua wang pampasan & wang tuntutan bagaimana aku mahu bergerak; memang payah jika hanya bersenjatakan dengan tulisan. Tanpa bantuan duit untuk bergerak ke sana ke sini.

Hidup harus diteruskan jua... Sabarlah Desa Tualang.

Selasa, 28 April 2009

Penyair sepenuh Masa (Singgahsana)


Aku telah mula menghantar karya kebanyakannya puisi ke akhbar. Tak tahulah bila ianya akan tersiar; sebahagian dari karya lama yang tidak tersiar & sebahagian karya terkini. Perubahan besar telah berlaku bagi akhbar Berita Harian, ruangan Sajak kini ditukar kepada ruangan Puisi yang diterbitkan di Berita Harian pada hari Sabtu; Tidak lagi di Berita Minggu setiap Ahad bagai dulu.

Mingguan Malaysia seperti selalunya masih mengekalkan cara tradisional. Setiap hari Ahad mesti ada ruangan sastera Cerpen & Puisi. Tentunya ramai menyukai Mingguan Malaysia dalam segi saiznya. Bayangkan jika kita mahu membuat lapik untuk berkelah atau sebagainya. Pasti semua memilih Utusan Malaysia. Agar penerbitnya tidak berkira-kira mengikut jejak Berita Harian. Kecillah amat tak luas & meriah rasanya.

Masalah isian beritanya bagi aku terpulanglah kepada kita; tak salah jika kita membaca akhbar semua visi. Janganlah lantaran pertelingkahan politik kita menolak banyak akhbar. Sedangkan akhbarlah satu-satu wadah media massa yang dapat membina ilmu & mengembangkan pengetahuan kita.

Baik Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah, Kosmos & banyak lagi akhbar terbit tiap hari, capailah semua jika mendapat peluang membacanya. Agar kita tidak menjadi masyarakat jumud membaca.

Sejak aku menjadi Penyair sepenuh masa, aku banyak menulis jurnal & melayari internet. Maka banyak minda aku tertumpu dengan bahan di internet. Ada satu kehilangan yang amat ketara; aku tidak dapat berbual dengan kekawan bagai dulu. Melalui bualan selalunya dapat bertukar minda. Banyak masalah kekawan sebenarnya dapat membantu aku dalam menilai kehidupan. Terasa amat kosong hidup ini tanpa bualan & khabar dari kekawan.

Tadi aku buka telefon bimbit talian DiGi, & SMS Eris, nampaknya dia pun tak perasan SMS aku, lambat baru dijawabnya. Jika dulu Eris ini memang kembar telefon bimbit; tak sampai sedetik pasti dijawabnya. Jawapan SMSnya kali ini juga agak pelik lantaran mungkin terkilan kot aku memang tak kasi berita langsung buat kekawan sejak sebuan lalu. Sementelah telah lama tentunya aku tidak ketemu dia; mungkin dia dah lupa pun wajah aku.

Aku memang ada dua talian telefonku; selain telefon rumah. Ada DiGi & 013; tapi minta maaflah aku bukan jenis orang sentiasa hidupkan talian telefon bimbit. Kot nak guna sahaja aku hidupkan. Sebab aku nak jumpa Eris pun lantaran nak minta bantuan dia tentang masalah pencen yang belum selesai. Mahu pergi ke pejabat cukai pendapatan. Nak naik kapcai ke sana aku tak pasti sangat tempatnya. Nak bawa kereta perang pula, masih tak yakin akan taraf keupayaannya. Sesekali amat payah nak mengidupkan enjinnya. Nak guna Avanza Mila, bilalah dapatnya. Sibuk memanjang Mila kini, balik pun dah malam-malam. Ikut anginnya. Terkadang jam 6:15 ptg dah terpocol di muka pintu. Cepat pula. Lagipun aku & Eris macam dengan Asraf juga, selalu berurusan ke mana juga mesti akan bersama.

013 itu yang paling lama aku gunapakai. Tapi bak kata PengailSejati.

"Ada dua talian pun nak buat apa, jika payah amat nak terima panggilan!"

Macam ini sajalah...Semua SMS aku baca belaka, jika aku buka talian memang berduyun SMS masuk: Takkan aku padam terus talian bimbit tu, dalam seminggu mesti aku buka juga. Seperkara lagi jika rajin bukan jurnalku; pasti mudah mengesanku. Terutama jurnalku di easyjournal; itu yang paling rajin kubuka. Boleh kata tiap hari aku akan membukanya. Selain jurnal aku rajin juga buka e-mel idanradzi di yahoo.

Sesekali bosan sangat buka TAGGED. Semua itu wadah untuk berkomunikasi. Mahu tak mahu sahaja mendekati Penyair iDANRADZi ini.

Isnin, 27 April 2009

Server Easyjournal ini agak perlahan...(Singgahsana)


Buat Sementara waktu... Jom ke Mirror jurnal@blog iDANRADZi di BlogSpot

http://idanradzi.blogspot.com

Sabtu, 25 April 2009

§ Sebab wanita lebih cepat nampak tua (Delima Merkah)


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai! kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar² hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju², telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan saja sambung makan, buat² tak dengar anaknya menangis. Maka wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul².

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tidur lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tidur nya. Wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut² pun mula wujud. Masa tu guna Total E ffect kah, apa kah... tak kan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR S ECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak², perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. Maka, wanita pun membebel, marah²... dan bila marah², banyak leter, jadi cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.. .

e-mel

Limpahan Terima Kasih untuk Pej Tanah & Galian Negeri Peak Darul Ridzuan (Singgahsana)

myspace layout images

Atas usaha gigih staf Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh, tak kurang dapat mengesan lima geran tanah hak milik ayahandaku Mat Sesh (arwah Apak) melalui Penama . Pejabat Daerah & Tanah Kampar pula dapat mengesan dua geran & satu Lot Pajakan milik arwah Apak; tentunya dengan usaha gigih dua jabatan ini dapat membantu aku nanti dalam menebus tanah milik arwah Apak.

2. Limpahan terima kasih, aku ucapkan. Tak sangka melalui laman web (situs) Pej Tanah tersebut aku dapat menghantar e-mel & memohon pertolongan jika dapat dikesan semua hak milik tanah peninggalan arwah Apak melalui Penama & No Kad Pengenalan. Melalui situs pejabat tanah tersebut ianya memerlukan aku tahu No. Geran & No Lot: untuk aku cuma dapat mengesan tanah hak milik siapa & berapakah tunggakan cukai tanahnya. Sedangkan sebelum ini aku telah menceritakan bagaimana peti besi milik arwah Apak yang menyimpan semua dokumen penting termasuk geran tanah yang telah pun diceroboh.



Inilah seiras bentuknya Peti Besi Gajah Hijau milik arwah Apak yang kena ceroboh; ianya yang kerap aku ceriterakan dalam jurnal ini. Peti besi ini memang berat & setakad seorang berdua memang takkan akan terangkat. Semua dokumen, barang kemas & geran tanah tersimpan di dalam peti besi ini. Yang memiliki kunci cumalah arwah Apak & arwah Opah Bi. Aku sendiri sejak lahir hingga ke usia tua tak pernah tahu bagaimana mahu membuka peti besi ini. Apatah lagi mengenal anak kuncinya. Masih teringat semasa aku kecil sering arwah Apak buka peti besi ini di hadapanku; Ada ruang rahsia di lantainya. Bagaimana boleh semua geran tanah & banyak dokumen lain terkeluar dari peti besi ini memang misteri. Selepas pemergian arwah Opah Bi sekitar lima tahun lalu yang tinggal di rumahnya hanyalah saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Padanlah Kak Nomie amat terkilan kes peti besi ini & berbalahan dengan saudara mara sebelah arwah Opah Bi. Sila lihat jurnal ini sedikit tentang nostalgia peti besi ini.

Ghanimah ( Siri Kekalkan Cinta 36 )

3. Melalui Nombor-Nombor Geran yang diberikan oleh Pegawai Pej Tanah di Ipoh, dapatlah aku menyemak akan jumlah baki Bil Cukai Tanah melalui situs di internet. Kebanyakannya semua telah berbayar akan cukai tanahnya. Pihak mereka tidak dapat mengesan Nombor Kad Pengenalan di data kamputer mereka; itu yang aku mushkilkan. Pasti banyak kerja yang perlu dikemaskinikan jika mahu memasukkan semua data itu; berbanding saman trafik, melalui Nombor Plet Pendaftaran kenderaan atau No kad Pengenalan pemilik kita mudah mengesan saman kita. Kes aku tentunya berlaku pada keluarga yang lain; bilamana telah berlaku pencerobohan & kemusnahan geran tanah; memang akan memeningkan kita untuk mengesan semula.

4. Di Pejabat Tanah perlulah diingat hanya Nombor Geran & Nombor Lot yang dapat membantu kita dalam menyemak atau mengetahui status sesuatu tanah tersebut. Aku yang punyai salinan geran besar tahun 2001 tanah sekitar Desa Tualang di Mukim Teja; memang payah amat mengagak mana satu tapak rumah pusakaku sendiri. Di geran besarku ini pula hanya tercatat Nombor Lot bagi satu kawasan yang besar. Sebagai contoh tapak masjid Lot 25428, tujuh ekar lebih; tak masuk akal. Tanah arwah Pak Tam mungkin kah Lot 13918, seekar lebih atau termasuk sekali dengan Lot tapak masjid. Nusie atau Napi mesti tahu status tanah pusaka arwah Pak tam ini. Ooo! pening. Aku rasa ini kerja Ketua Kampung, perlu menyiasat semua ini. Jika Raman terbaca jurnal ini aku harap dapat mengambil iktibar. Jika tidak sampai bila-bila Bil Cukai Tanah di kampung kita tak berbayar. Tahu-tahu kena rampas semua, jatuh ke tangan orang luar. Orang tua deduku prihatin amat masalah ini.

5. Apa jadi dengan geran berbentuk Spanner Lot 73703, sepuluh ekar lebih yang ingin dimajukan oleh PR. Apakah benar ianya telah menjadi semak & hutan. Bagaimana bentuk geran ini telah menjadi sebesar ini. Apakah ianya digabungkan. Rasanya masalah tanah di Mukim Teja ini banyak polimik & kancahnya. Ianya pasti menjadi sebutan & kenangan. Seperti Kampung Bakap yang hanya tinggal tanah perkuburan. Nama Kampung Bakap mungkin akan hilang dari peta dunia jika semua penghuni telah pindah ke lain daerah. Harapanku janganlah Desa Tualang menjadi sejarah. Perlu diingat ada kalangan penduduk di sini adalah mereka yang berjuang dengan darah menegak kemerdekaan sebenar. Cumanaya kerajaan kini menolak perjuangan ini; bukalah sejarah pasti ramai yang tahu siapa pejuang ini. Maka itu arus politik kita hingga kini masih bertelegah tak tahu mana halatuju kita. Mahukah kita memang sorak kampung tergadai.

6. Bermakna kepercayaan saya terhadap keluarga, arwah Opah Bi yang seharusnya mengingatkan kami tentang banyaknya bil cukai tanah ini boleh dipersoalkan kerana semua alamat Bil Cukai Tanah tersebut pasti ke alamat rumah Allahyarhamah di Kampung Changkat Tualang (Desa Tualang). Saya yang kerap juga menziarah beliau semasa dia masih ada tidak menghulurkan bil tersebut. Emmm! takkan aku mahu mengganggu ketenangan roh arwah Opah Bi. Namun bayangkanlah kami yang tinggal terpaksa melunaskan semua bayaran cukai tanah tersebut berserta dendanya yang tentunya amat tinggi.

7. Agar roh arwah Ayah saya aman di sana & tidak akan sampai tanah pusaka sepeninggalan beliau terbiar.

iDAN: Siapa yang menyamar si penghulu & Datuk KJ dalam wikimapia. Aku banyak menandakan lokasi di kampungku ini; si penghulu & gengnya banyak memadamkan ia. Jika tidak lebih mudah aku meletakkan lokasi & ceriteraku ini.
Comments for this entry:
...........

pengailsejati | Posted on 27.4.2009 at 7:35 AM
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah...Semua permasaalahan mengenai tanah pusaka abg idan hampir selesai...Lepas ini boleh la abg idan usahakan tanah pusaka tu...Tanam buah Goji pun ok aper...
Tanah Air Hangat
iDAN | Posted on 27.4.2009 at 10:48 AM
Tanah Air Hangat itu mungkin boleh selesai untuk ditebus, cumanya di Bil Cukai Tanah asal ianya geran bukan pajakan tak tahulah status sebenar kini & kebanyakan tanah yang Pej Besar Ipoh, Pej Tanah & Galian Negeri Perak D.R kebanyakannya telah dibayar cukainya, tak pasti lagi tanah org lain ke yang namanya sama arwah Apak, atau tanah bersama kot ada waris sebelah apak yang bayar atau pun dah bertukar hak milik. Ada empat geran kena disiasat; macam tak lojik pula keluarga kami tak tahu jika ianya dilelong. Memang kena mengadap Pej. Tanah di Ipoh tu. Sebenarnya ada lagi tanah yang keluarga kami risaukan statusnya.

Jumaat, 24 April 2009

iMEJ amat lembab diakses (Delima Merkah)
Telah lebih dari sedekad aku menggunakan Photobucket.com untuk memuatturunkan semua imej dalam jurnal ini. Nampak sejak kebelakangan ini imej di server Photobucket.com teramatlah lembab untuk diakses. Tak tahulah di luar negara.

Aku telah pun melanggan Streamyx lebih dari tiga tahun, buat masa ini untuk mendapatkan khidmat paling murah ialah pakej Combo. Tetapi kelajuannya lebih perlahan berbanding pakej RM44 & RM66. Jika inginkan lebih kelayuan terpaksalah menambah kos sewaan bulanan.

Sungguh beruntung mereka yang dapat talian internet percuma di ofis & mana-mana persekitaran yang pengguna membenarkan mengakses akaunnya secara percuma. Selalunya mereka yang berjirankan pengguna yang menggunakan router tanpa wayar akan mendapat khidmat percuma ini. Itu pun kalau jirannya membuat konfigurasi secara automatik.

Semalam aku ke ofis Salleh untuk mengambil surat rasmi yang masih diposkan ke alamat ofis lamaku. Nampaknya aku masih kena ke Lembaga Hasil, ingatkan surat rasmi perlepasan cukai telah pun diluluskan. Huh! kerja sebagai buruh bawahan pun terlalu banyak protokol untuk mendapat ganjaran pencen. Bertindih-tindih perkara yang mesti diselesaikan. Aku teringat Pak Wahid yang kena denda semata-mata tidak menghantar borang tafsirannya saban tahun. Denda satu hal, cukainya pula mesti tak boleh lari. Sementelah itu bagi mereka yang sedang bertugas jangan abaikan borang cukai pendapatan ini. Terutama borang EC jangan ditabur merata.

Sebut denda atau sama; Teringat akan saman-saman parkir motorsikal Afiz dari Majlis Bandaran Shah Alam; bukan satu dua; silap letak kapcai di kota kini pun kena denda sampai RM100 bagi satu kesalahan. Terlalulah mahalnya, sedangkan parkir motorsikal banyak manalah ada tersedia di pusat bandar; jika kita ke MyDin Kajang sebagai contoh, adalah selorong dua yang disediakan agak terpencil; nak letak di petak sebenar pun takut kena curi. Sedangkan jika kita perhatikan trend orang kini semakin mahu berjimat & semakin ramai yang memakai motorsikal untuk berulang alik ke tempat kerja atau membeli belah di bandar. Ada baiknya seperti di Mines Seri Kembangan ada tersedia parkir motorsikal berbayar. Ianya lebih selesa & lebih selamat dari masalah kecurian.

Parkir: Ini satu bidang kerjaya jika diagihkan untuk rakyat marhaen menguruskannya. Janganlah jadi macam di KL ada parkir untuk orang awam sahaja pasti satu bangsa itu sahaja yang memonopolinya. Perkara ini patut dibetulkan. Jika di mana-mana bandar besar, pusat membelah belah besar ada parkir berbayar untuk motorsikal rasanya masalah kecurian akan berkurangan. Janganlah pula melampau pekan kecil, atau TESCO yang terpenci; pun mahu dikenakan bayaran. Bayangkan jika nak ke pasar beli sayur & ikan yang mengambil masa tak sejam pun pun terpaksa bayar parkir motorsikal; tentunya akan menyakitkan hati atau mendera rakyat marhaen.

Itu yang berlaku di Taman Seri Serdang, rata-rata ramai pelajar yang berkunjung ke sana, urusan mereka pun bukanlah lama sangat; sekadar singgah makan sekejap, bukan ada pawagam untuk menonton atau kompleks besar untuk melepak; parkir kereta tetap dikenakan. Bagaimanalah masalah mereka yang menyewa di tingkat atas rumah kedai tu iyer!. Berbanding bandar Seri Kembangan yang bebas dari bayaran parkir; Semua tahu kaum apa yang majoriti di Seri Kemabangan itu. Memang ini perlu dibetulkan.

KIAMAT SUDAH DEKAT? (Delima Merkah)

Maklumat dari Ustaz Harun Din...

Planet Marikh telah mengalami pusingan terbalik pada bulan Sept 08 yang lepas..Jadi planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama.Maka akan terjadi kejadian matahari naik dari barat yang juga TANDA2 BESAR KIAMAT. Lalu PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP!!. Kata pasa astronomi, bumi hanya menunggu masa sahaja. Info ini tidah dibesarkan secara meluas & telah disekat@dihentikan oleh NASA kerana ia akan menguntungkan pihah islam. Ambil ingatan smada benar atau tidak & sejauh mana kebenaran. Sama2 kita BERTAUBAT n jangan tinggalkn solat, harap selepas solat maghrib buatlah solat sunat taubat sebelum TERLAMBAT. Kita dah hampir kesitu......ingat banyak kejadian2 aneh telah terjadi sejak akhir2 ni......TAKBIRR!!!!

irsuy

Saya adalah ahli kepada Astronomi dan insya Allah saya terangkan apa yang tidak kena dengan topik ini.

Saya harap kamu semua mendalami ilmu sains astronomi dan ilmu Islam memandangkan ramai dari ahli forum ni budak2 belaka.

Kalau betul la Ustaz Haron Din yang cakap seperti petikan ini:

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT .PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.KATA PARA ASTRONOMI PLANET,BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNGTUNGKAN UMMAT ISLAM.AMBILLAH PERANAN....[istighfar jOm..]

Maka,
Saya juga berharap Ustaz Haron Din dapat baca pos saya ini.

Sebenarnya,
semua planet akan mengalami situasi ini,
tapi bukan MASALAH MATAHARI TERBIT DARI BARAT persoalannya,
iaitu...
di mana,
apabila kita berada di sesuatu tempat,
kita seolah2 melihat bahawa objek itu seolah2 berpatah balik atau gostand.

Untuk kejadian seperti di Planet Marikh,
kita di bumi seolah2 melihat bahawa Marikh berhenti berputar pada satu titik koordinat,
dan kita juga seolah2 melihat planet itu berpatah balik dari pusingan orbit asalnya.

Sebenarnya tidak,
ini adalah hukum alam,
di mana...
apabila kita berada pada 1 sudut yang kebetulan pula BUMI melalui garisan yang selari dengan sudut pandangan itu,
menyebabkan KONONNYA Marikh berpatah balik dari apungan orbit asalnya.

Sebenarnya juga,
bumi juga begitu,
sekiranya....
kalaulah saya dapat bawak kamu pergi ke Marikh,
dan di Marikh kita melihat bumi dari permukaan Marikh,
SUDAH TENTU kita juga akan memerhatikan seolah2 bumi juga berpusing terbalik dari orbit yang sepatutnya.

Pergerakan planet yang kononnya dianggap terbalik ini sebenarnya hanya FITRAH ALAM untuk setiap planet mengikut darjah sudut pemandangan tertentu.

Kajilah ilmu ini disertai dengan kombinasi ayat2 AlQuran.

BAB MATAHARI TERBIT DARI BARAT:

-perkara ini akan terjadi di planet bumi

-berlakunya peristiwa ini hanya 1 hari sahaja dan bumi akan berputar seperti normal selepas 1 hari matahari terbit dari barat di planet BUMI.

-kejadian ini hanya akan berlaku selesai sahaja Nabi Isa turun dari langit membantu Imam Mahdi membunuh dajjal dan mengembalikan ajaran benar iaitu Islam.

-saya ada teori kukuh bagaimana MATAHARI BOLEH TERBIT DARI BARAT namun hendak diceritakan di sini adalah jauh panggang dari api kerana ilmu ini bukanlah boleh dibawa sembang kerana ORANG KEBANYAKAN di luar sana sungguh cetek ilmunya, kalau salah bicara dikatakan kita gila.

-apa pun, dalami semua bidang ilmu dan sertailah dengan pemahaman ilmu Islam melalui ALQURAN & catatan HADIS.


Gambar di bawah menunjukkan pergerakan songsang planet Marikh yang hanya disalah tafsir oleh mata manusia ketika planet Marikh ngam2 melalui sudut tertentu di Bumi yang berlaku 2 kali dalam tempoh 10 tahun ++ ...

Sila Klik sini

Harap diambil berat ilmu sains astronomi ini,
ilmu yang dianggap wajib juga umat islam belajar,
kerana dengan ilmu astronomi lah,
banyak surah dalam ALQURAN menceritakan tentang kejadian langit & bumi,
dan banyak2 amat sekali,
kaji lah wei...
dan janganlah main2 sembang di forum kalau takde ilmu,
kau tu budak lagi,
banyakkan pemahaman dan belajar ok.

Maklumat tambahan sila rujuk +
http://www.lasalle.edu/~smithsc/Astronomy/retrograd.html

*** KKA
info baik
Posted on 24.4.2009 10:53 AM

salam abang Idan. dah bersara dah ye... bagus post abang idan kali ni.. amat membina.. terimakasih

iDAN: Tak sabar nak balik ke kampung tunggu kos & masa yang sesuai. Banyak maklumat cuma kutip sy dari internet; sekadar dapat kita berfikir bersama, semuanya kena pertimbangan diri sendiri: jika ianya benar maka kita jadikan panduan; jika ianya meragukan; elok kita lupakan. Jangan kita terima bulat-bulat.
Posted on 24.4.2009 at 12:00 PM