Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 5 Februari 2015

PKupm

 
Catatan: Dari group wsapp smi ipoh.

343 mesej dari sekitar 6 kumpulan wsapp saya tak sempat baca. Kebelakangan ni memang saya kurang buka internet atau wsapp hati RISAU kut impian berumur panjang tak kesampaian. Terima kasih lah kamarul meor wahab joe munawir pun rakan lain yang ingat akan hari lahir saya... 56 usia  saya hari ini. Impian nak terbalikkan usia arwah apak 69 jadi 96. Panjang usia tak nyanyuk... apakah kesampaian atau tak sempat.

Terima kasih pun rasa bersyukur amat ke hadrat Allah SWT akan anugerah usia ini buat kita bersama.

Tapi baru cecah 56 alahai amat risau masalah sakit kronik ni. Baru saja balik dari Pusat Kesihatan UPM (pkupm)

Tadi setelah puasa malam  saya sengaja lewat ke pkupm. Gula awal pagi sekitar 8.5 mmol;  saya paksa si Aziq jadi pembantu perubatan. 4 kali cuba buat baru berjaya emm habislah 4 keping strip skala gula itu terbuang. Huh jika  saya buat sendiri pun lebih kurang.  Saya memang takut jarum sama takut dengan darah. Yang mahir buat ujian darah ni si azim anak yang bungsu.



Emm 26hb Januari hadiah cemas di usia 56. Baru saja balik dari pkupm kira bebas selama 2 bulan. 2 bulan lagi akan mengadap doktor biasalah 6 jenis ubat malas mati dibekalkan. Sekendung ubatan dibawa pulang. Sebenarnya memang saat paling qurur tatkala nak ngadap doktor. Bila doktor terima seadanya tanpa banyak bebelan  saya pulang dengan gumbira... boleh buka puasa dengan selera tinggi di restoran d'ateh di seri serdang (ss). Pekena guka asam pedas sedap amat... dengan air limau ais.

Agar kita sama sama kembali sihat agar kita sama sama panjang usia. Dengan semangat baru azam baru. Dunia baru esok yang ceria insya-Allah. Iyer selamat hari lahir untuk aku.

Terima kasih dzuan susah susah telefon  saya dari hospital suruh  saya buka wsapp ini. Dia ditahan di wad semula sabtu baru ni. Paru parunya kembali kena jangkitan baru saja buat pembedahan di tengkuknya. Salur dialisis. Dia suruh rahsiakan kemasukan dia ke hospital. Maka kena rahsiakan kat wad mana dia dimasukan. Katanya dia tak mahu ganggu rakan, bila tahu dia di wad kut buat rakan rasa serba salah tak lawat dia. Hatta kita doakan bersama kesihatan dzuan. Agar dia kembali pulih dan dapat segera balik ke rumah. Dia sentiasa baca wsapp ni... Dia kata rindu amat akan gopeng nak jenguk rumahnya di sana tapi terhalang sebab demam terasa sejuk seluruh badan. Kita bersyukurlah tak diuji seberat dzuan tu...

Macam saya ni dah masuk tahun ke 9 jadi pesakit kronik masih bebas bergerak. Semalam ada 4 agenda di meru klang... masih okey boleh makan semua teringin masih dapat kenal waris Mila... sedap amat teh o cik oni buat... masih boleh bual dengan Mila sambil memandu 130 km/j kira hebat lagilah tu... ish biarpun Mila ni tak dengar pun apa saya bualkan... tidur; sampai rumah dah 12:30 mlm... kira bersyukur sangat masih boleh kembara jauh.

Iyer hidup kena diteruskan biarpun kita memang dah tua... hati tetap rasa muda:

26hb Januari... Selamat hari lahir untuk aku.

Aziq temankan selalu perah kapcai seorang diri jika tak ada kereta Mila... ambik ubat malas mati 6 jenis.  Saya tersilap makan maka minggu lalu gula mendadak naik 17.8 mmol/L. Sampai radas sukat gula merah menyala. Jika 16.0 mmol/L dah kira paras bahaya tak boleh puasa. Jika 20.0 mmol/L ke atas boleh strok. Pernah gula naik sekitar ini tekanan darah jadi sekitar 180/100 mmHg doktor tak kasi pulang diarak dengan ambulan ke wad kecemasan. Kini serangan ini berulang lagi. Hahaha nasib doktor tak dapat trace. Kalau tak kena naik ambulan lagi. Jika terbang ke bulan mungkin penuh drama. Naik ambulan dengan siren melalak tak suka bebeno.

Selamat hari lahir untuk aku.

Catatan: Dari group wsapp smi ipoh.

Selamat hari lahir untuk aku.

343 mesej dari sekitar 6 kumpulan wsapp sy tak sempat baca. Kebelakangan ni memang sy kurang buka internet atau wsapp hati RISAU kut impian berumur panjang tak kesampaian. Terima kasih lah kamarul meor wahab joe munawir pun rakan lain yang ingat akan hari lahir sy... 56 usia sy hari ini. Impian nak terbalikkan usia arwah apak 69 jadi 96. Panjang usia tak nyanyuk... apakah kesampaian atau tak sempat.

Terima kasih pun rasa bersyukur amat ke hadrat Allah SWT akan anugerah usia ini buat kita bersama.

Tapi baru cecah 56 alahai amat risau masalah sakit kronik ni. Baru saja balik dari Pusat Kesihatan UPM (pkupm) Aziq temankan selalunya perah kapcai seorang diri jika tak ada kereta Mila... ambil ubat malas mati 6 jenis. Sy tersilap makan maka minggu lalu gula mendadak naik 17.8 mmol/L. Sampai radas sukat gula merah menyala. Jika 16.0 mmol/L dah kira paras bahaya tak boleh puasa. Jika 20.0 mmol/L ke atas boleh strok. Pernah gula naik sekitar ini tekanan darah jadi sekitar 180/100 mmHg doktor tak kasi pulang diarak dengan ambulan ke wad kecemasan. Kini serangan ini berulang lagi. Hahaha nasib doktor tak dapat trace. Kalau tak kena naik ambulan lagi. Jika terbang ke bulan mungkin penuh drama. Naik ambulan dengan siren melalak tak suka bebeno.

Tadi setelah puasa malam sy sengaja lewat ke pkupm. Gula awal pagi sekitar 8.5 mmol; sy paksa si Aziq jadi pembantu perubatan. 4 kali cuba buat baru berjaya emm habislah 4 keping strip skala gula itu terbuang. Huh jika sy buat sendiri pun lebih kurang. Sy memang takut jarum sama takut dengan darah. Yang mahir buat ujian darah ni si Azim anak yang bungsu.

Emm 26hb Januari hadiah cemas di usia 56. Baru saja balik dari pkupm kira bebas selama 2 bulan. 2 bulan lagi akan mengadap doktor biasalah 6 jenis ubat malas mati dibekalkan. Sekendung ubatan dibawa pulang. Sebenarnya memang saat paling qurur tatkala nak ngadap doktor. Bila doktor terima seadanya tanpa banyak bebelan sy pulang dengan gumbira... boleh buka puasa dengan selera tinggi di restoran d'ateh di seri serdang (ss). Pekena guka asam pedas sedap amat... dengan air limau ais.

Agar kita sama sama kembali sihat agar kita sama sama panjang usia. Dengan semangat baru azam baru. Dunia baru esok yang ceria insya-Allah. Iyer selamat hari lahir untuk aku.

Terima kasih Dzuan susah susah telefon sy dari hospital suruh sy buka wsapp ini. Dia ditahan di wad semula sabtu baru ni. Paru parunya kembali kena jangkitan baru saja buat pembedahan di tengkuknya. Salur dialisis. Dia suruh rahsiakan kemasukan dia ke hospital. Maka kena rahsiakan kat wad mana dia dimasukan. Katanya dia tak mahu ganggu rakan, bila tahu dia di wad kut buat rakan rasa serba salah tak lawat dia. Hatta kita doakan bersama kesihatan Dzuan. Agar dia kembali pulih dan dapat segera balik ke rumah. Dia sentiasa baca wsapp ni... Dia kata rindu amat akan gopeng nak jenguk rumahnya di sana tapi terhalang sebab demam terasa sejuk seluruh badan. Kita bersyukurlah tak diuji seberat Dzuan tu...

Macam sy ni dah masuk tahun ke 9 jadi pesakit kronik masih bebas bergerak. Semalam ada 4 agenda di Meru klang... masih okey boleh makan semua teringin masih dapat kenal waris Mila... sedap amat teh o cik oni buat... masih boleh bual dengan Mila sambil memandu 130 km/j kira hebat lagilah tu... ish biarpun Mila ni tak dengar pun apa sy bualkan... tidur; sampai rumah dah 12:30 mlm... kira bersyukur sangat masih boleh kembara jauh.

Iyer hidup kena diteruskan biarpun kita memang dah tua... hati tetap rasa muda:

26hb Januari... Selamat hari lahir untuk aku.



Khamis, 1 Januari 2015

Adat resam Perkahwinan Melayu


Merisik atau menengok

 Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan agama, kecantikan, dan hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka.

Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.

Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik... Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia.

Bagaimanapun ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.



Jumaat, 26 Disember 2014

Banjir: K'tan meruncing, Kedah kian pulih

 

Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Bharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di Kedah, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.
 
Berbeza di Terengganu, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5). 

- Bernama

Jumlah mangsa di K'tan cecah 45,467

 BLOG LANGSUNG BANJIR membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir yang berlaku.

 
7.52pm: Jet peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak yang didaftarkan dengan nombor 9M-NAA, mendarat di Indianapolis, Indiana, dari Los Angeles pada 6.52 petang waktu Malaysia.

Ia berdasarkan maklumat di laman penjejak penerbangan FlightRadar24.

Pesawat tersebut mendarat di Los Angeles pada jam 1.40 petang waktu Malaysia di Honolulu, Hawaii, yang menjadi tempat percutian perdana menteri.

Perdana menteri bergegas pulang dan dijangka tiba di Kelantan esok untuk menyelia operasi menyelamat.

4.10pm: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Pantai Timur menyebut kesemua lapangan terbang yang dikendalikannnya di pantai timur masih beroperasi seperti biasa.

Ia melibatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang, dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, Terengganu.

"MAHB sedang memantau keadaan dan akan membuat pengumuman jika keadaan berubah," kata firma tersebut dalam kenyataan, seperti dilaporkan Bernama

4.10pm: Pasukan tentera menumpukan usaha menghantar bekalan makanan dan bahan api kepada mangsa banjir yang terputus hubungan di Kuala Krai.

Laporan Bernama menyebut, ia melibatkan 1,000 liter minyak diesel untuk kegunaan hospital dan
bantuan makanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia akan digugurkan melalui helikopter, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed.

"Memandangkan helikopter yang menghantar bantuan tidak dapat membuat pendaratan di kawasan terjejas teruk, maka bantuan bekalan ini akan digugurkan dari udara," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

4.00pm: Sehingga jam 3 petang ini, mangsa banjir meningkat kepada 118,896. Di bawah pecahan ikut negeri:
 
NEGERI             25 DIS       26 DIS (PAGI)     3 PTG
------                ------         ----------------     -----
 
KELANTAN       34,955          32,139               45,467 
TERENGGANU   29,082         30,147               31,001
PAHANG          28,578          35,736               35,736
PERAK              5,512            5,530                 6,119
JOHOR              -                     201                    214
KEDAH                 76               157                      96   
PERLIS               263               263                    263
 
JUMLAH          98,466         104,173            118,896


3.30pm: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau telah dihubungi pejabat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk menyumbang kepada mangsa banjir Kelantan.

Selain itu, beliau turut dihubungi seorang dermawan pagi tadi, menawarkan helikopter untuk menghantar makanan ke kawasan terputus bekalan.

2.30pm: Sebanyak 10 stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air banjir.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata, stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

"Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

1pm: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset air, udara dan darat dipertingkatkan dalam usaha membantu serta menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Muhyiddin berkata keperluan aset berkenaan masih tidak memadai setakat ini.

"Sebab itu saya telah beri arahan supaya aspek logistik dipertingkatkan lagi di mana aset seperti helikopter, bot tambahan akan diuruskan oleh MKN,” katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Muhyiddin melawat pusat pemindahan banjir di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Jumlah terkini mangsa banjir setakat ini:

Negeri           26 Dis, 1pm
Kelantan          32,139
Terengganu      31,001
Pahang            35,736
Perak               6,119
Johor               214
Kedah              96 
Perlis               263
Jumlah        105,568

12.30pm: 
Johor mula dilanda banjir apabila 201 mangsa di Kluang dipindahkan pagi ini, lapor Bernama memetik MKN Johor.

12.15pm: Negeri di pantai barat Semenanjung yang belum dilanda banjir dijangka hanya akan mengalami banjir kilat sahaja ekoran keadaan hujan yang tidak berterusan. 
 
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ramalan itu dibuat berdasarkan pergerakan monsun timur laut.
 
"Bagi negeri di pantai barat (yang belum dilanda banjir) kami jangkakan buat masa ini hanya alami banjir kilat, sebab tempoh hujan tidak lama, sekejap-sekejap," katanya ketika dihubungi Bernama.

12.00pm: Sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan, bergerak ke Temerloh, Pahang, hari ini dengan sebuah lori lima tan dan sebuah bot bagi membantu para petugas dalam operasi menyelamat mangsa banjir. 
 
Timbalan Pengarah JPAM Negeri Sembilan Abdul Ba'ith Abdul Rahim berkata ini merupakan pasukan kedua selepas lapan anggota yang dihantar ke Kuala Lipis, Pahang pada Rabu lepas.

Kerajaan Selangor sumbang RM1 juta kepada  Kelantan dan masing-masing RM100,000 kepada Terengganu, Pahang dan Perak.
 
11.00am: Menteri Besar, Azmin Ali berkata, kerajaan negeri membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015. 
 
"Kerajaan Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

9.35am: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak kini meningkat kepada 103,413 orang - meningkat sebanyak 9,395 mangsa dari malam tadi, demikian menurut tweet Bernama.

9.05am: PAS Selangor akan mengadakan solat hajat ekoran banjir besar melanda negara ini, terutama di pantai timur.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) berkata konvoi lebih 130 anggota berlepas dalam empat kumpulan untuk Kelantan dan Terengganu.

Katanya, terdapat 27 kenderaan pacuan empat roda dan sembilan lori membawa tiga hingga 10 tan barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat  di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036.

8.50am: Di Kota Bahru malam tadi, Bernama melaporkan jambatan Petra Jambatan Sultan Yahya (di bawah) yang menghubungkan bandar Kota Baharu ke Pasir Pekan, Tumpat, kini ditutup kepada semua kenderaan selepas air di Sungai Kelantan melimpah naik.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi, berkata jambatan itu ditutup kepada semua lalu lintas kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laporan Bernama juga menyatakan bahawa air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai kini mengalir ke arah daerah Kota Baharu.

8.40am: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam mengurus dan menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan.

Mustapa, juga anggota Parlimen Jeli, mengambil masa 10 jam dengan bot untuk perjalanan ke Kuala Krai, kawasan yang terjejas dengan mendalam akibat banjir.

Beliau menyifatkan banjir tahun ini sebagai besar berbanding tahun-tahun lalu dan berkata ini menyebabkan kelemahan kerajaan dalam menyelaras bantuan.

8.30am: Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.

8.00am: Malam tadi Bernama melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menggantung operasi 1,606 pencawang stesen di seluruh Kelantan, Pahang dan Terengganu memandangkan banjir semakin teruk.

Isnin, 22 Disember 2014

Loya, Muntah, Pening Petanda Kehamilan Kembar

SOALAN:
SAYA berusia 26 tahun dan kini hamil anak pertama dengan usia kandungan baru mencecah dua bulan. Apakah pil vitamin yang sesuai untuk saya ambil ketika ini selain pil asid folik untuk dimakan pada waktu pagi. Adakah pil berkenaan memadai kerana saya tidak berselera untuk makan dan sering rasa loya serta muntah.

Anida,
Bangsar, Kuala Lumpur
JAWAPAN:
JIKA anda mempunyai saiz badan sederhana mengikut ketinggian serta mengamalkan pemakanan seimbang selama ini, pengambilan pil vitamin mungkin tidak diperlukan pada masa ini.

Ramai wanita mengalami loya, muntah, pening kepala dan seumpamanya sewaktu dalam trimester pertama kehamilan akibat kehadiran hormon ß-hCG pada waktu terbabit.

Ini lebih ketara di dalam kehamilan kembar dan kehamilan molar (anggur). Kebanyakan pil vitamin dan ubat-ubatan mengeluarkan bau yang meloyakan misalnya sewaktu sendawa serta boleh menyebabkan pening kepala dan mual.

Ini akan membuatkan keadaan lebih teruk bagi seseorang yang sedia mengalami keadaan terbabit. Anda dinasihatkan meneruskan pengambilan makanan berkhasiat dan air yang mencukupi.

Pengambilan pil asid folik seharusnya ditukar kepada waktu malam. Ini meminimumkan kesan di atas yang kurang dialami sewaktu tidur. Apabila memasuki trimester kedua, semua pengalaman berkenaan mulai hilang.

Pengambilan pil vitamin lain boleh diambil mulai waktu itu (jika perlu). Jika loya, muntah dan pening kepala masih tidak reda selepas memasuki trimester kedua (bulan keempat hingga keenam), anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut.

NuvaRing Alat Cegah Hamil Terkini

Makan pil, suntikan, implanon, intrauterine device (IUD) dan tampalan (patch), adalah antara kaedah yang biasa didengar dan digunakan golongan wanita dalam membantu untuk menjarak atau merancang kehamilan.

Pil harian adalah alat pencegah kehamilan yang menjadi pilihan golongan wanita di negara ini untuk menjarakkan kehamilan, namun hasil kajian mendapati sebanyak 71 peratus daripada pengguna ini dilaporkan terlupa ataupun tertangguh mengambil pil perancang harian mereka mengakibatkan mereka berasa resah dan menyebabkan kehamilan yang tidak dirancang.

Kini untuk golongan wanita pada abad ke-21, alat perancang kehamilan yang digunakan sekali sebulan, NuvaRing (gelang faraj etonogestrel/ethinylestradiol), boleh didapati bagi memudahkan wanita di samping tahap keselamatan dan keberkesanan yang sama ditawarkan sebagaimana pil.

Dalam kajian klinikal, NuvaRing adalah 99 peratus berkesan terhadap pencegahan kehamilan apabila digunakan dengan betul.

NuvaRing adalah kaedah pencegah kehamilan yang sesuai bagi wanita muda yang ingin merancang keluarga, ibu-ibu yang ingin menjarakkan kelahiran anak dan wanita yang masih kedatangan haid dan tidak mahu risiko kehamilan secara tidak sengaja.

NuvaRing bukanlah satu produk baru. Sejak enam tahun lalu, alat ini sudahpun digunakan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan Eropah.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi Pusat Perubatan Atrium Heerlen, Netherlands, Dr. Frans Roumen, NuvaRing merupakan gelang lut sinar yang lembut dan mudah dilentur berdiameter ukuran 5.4 sentimeter dan ketebalan 4 milimeter.

Katanya, gelang pencegah kehamilan ini dimasukkan ke dalam faraj pada hari yang ditetapkan setiap bulan dan dibiarkan selama tiga minggu dan pada minggu keempat, gelang dikeluarkan selama seminggu agar wanita tadi mengalami haid bulanan mereka.

"Kebanyakan wanita boleh memasukkan sendiri NuvaRing ke dalam faraj selepas diberi penerangan oleh doktor sakit puan dan perbidanan dan mereka juga boleh mengeluarkannya kerana ia adalah satu perkara yang mudah.

"Setelah gelang dimasukkan, otot faraj akan memegangnya dengan rapi pada tempatnya. Gelang tidak akan hilang di dalam faraj mahupun terjatuh atau terkeluar kerana bukaan serviks terlalu kecil untuk membenarkannya lalu mahupun ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak seperti contohnya bersukan.
"Sama seperti pil perancang, NuvaRing mengandungi dua jenis hormon seks wanita iaitu etonogestrel dan ethinylestradiol secara konsisten dari gelang ini dan diserap melalui dinding faraj ke dalam aliran darah," katanya pada majlis pelancaran alat pencegah kehamilan itu oleh MSD, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Roumen, wanita tidak perlu risau tentang kedudukan NuvaRing di dalam faraj mereka kerana ini tidak menjejaskan keberkesanan pencegah kehamilan.

Dalam kajian klinikal yang melibatkan 2,322 wanita, katanya, kebanyakan golongan ini dapat menerima NuvaRing dengan baik dan tidak menyebabkan kesan sampingan, tidak memudaratkan dan ia juga memberi kesan yang neutral terhadap berat badan.

"Mungkin ramai tertanya apakah alat ini akan 'dirasai' oleh pasangan ketika hubungan seksual, hasil kajian, kita juga dapati 85 peratus daripada pengguna menyatakan pasangan mereka tidak merasai sebarang perbezaan ketika melakukan aktiviti seksual dan sebenarnya alat ini boleh dikeluarkan kira-kira tiga jam sebelum dimasukkan kembali bagi proses perhubungan ini dilakukan," tambahnya.

NuvaRing bagaimanapun tidak melindungi wanita daripada jangkitan HIV dan penyakit kelamin lain. Alat ini juga tidak boleh digunakan oleh wanita yang mempunyai sejarah penyakit strok dan serangan jantung, wanita yang menghidap kanser tertentu atau oleh wanita yang hamil.