Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Khamis, 3 Julai 2014

Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin

Posted: 21 Apr 2013 11:40 AM PDT
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my
Syed Ali Al-Habshee (tiga dari kanan) meninjau proses pembelajaran di makmal komputer Kolej Teknologi YPC IT-WEB di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kolej Teknologi YPC IT-WEB memperkenal Biasiswa Tun Mahathir-Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)) dengan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mengikuti Kursus Foundation selama setahun di kolej itu.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, golongan pelajar yang berpendapatan rendah diberi keutamaan untuk menerima biasiswa tersebut dan mesti mempunyai lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

"Kita memilih nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada nama biasiswa YPC ini kerana menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan dan pencapaian cemerlangnya sepanjang memimpin negara suatu ketika dulu,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kolej itu di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain biasiswa ini, menepati moto sebagai peneraju pendidikan yang berkualiti dengan yuran pengajian yang mampu dibayar, Kolej Teknologi YPC IT-WEB turut menawarkan Biasiswa Utusan Malaysia-YPC.
Setakat ini, bilangan pelajar di kolej berkenaan mencapai jumlah sebanyaki 1,600 orang.

Kolej ini menawarkan empat kursus di peringkat diploma iaitu Diploma In Business and Information Technology (IT), Diploma In Accounting, Diploma In Business Management dan Diploma In Creative Multimedia.

Kemudahan canggih yang disediakan di kampus Kolej YPC antaranya termasuklah dewan kuliah berhawa dingin dilengkapi skrin projektor, perpustakaan yang boleh memuatkan 500 pelajar, makmal komputer, makmal animasi digital, dewan seminar dan kemudahan jalur lebar.

Syed Ali menjelaskan, YPC membiayai 100 peratus biasiswa penuh serta menyediakan dua Kursus Foundation di bawah biasiswa ini iaitu Foundation In Business dan Foundation In IT.

''Jika pelajar melanjutkan pengajian mereka di kolej swasta lain, kos yuran Kursus Foundation adalah antara RM8,000 hingga RM30,000 tetapi di Kolej Teknologi YPC IT-WEB, pemberian biasiswa ini menjadikan yuran adalah percuma.

"Jadi, biasiswa yang diberi amat menjimatkan ibu bapa dan perbelanjaan sekiranya anak mereka melanjutkan pengajian di kolej ini.

"Biasiswa ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial YPC kepada masyarakat,'' jelas beliau.
Selepas pelajar lulus Kursus Foundation, kata Syed Ali, mereka boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di kolej YPC melalui kursus berkembar Liverpool John Moores University (LJMU) United Kingdom.
"Empat pengajian ditawarkan iaitu e-business Technology, IT Multimedia, Pengurusan Perniagaan dan Akaun serta kewangan," ujarnya.

LJMU merupakan universiti yang berada pada ranking 'Top 100' bagi kategori universiti 50 tahun ke bawah mengikut The Times Higher Education World University Ranking.

Hal ini, tegasnya, bersesuaian dengan kedudukan Kolej YPC yang menawarkan yuran berpatutan, universiti yang diiktiraf di samping menawarkan kursus yang mempunyai nilai serta menepati keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 17 Bab Bersembahyang Dengan Melapik

بَاب الصَّلَاةِ عَلَى الْخُمْرَةِ
Bab 21 Bersembahyang Dengan Melapik Sejadah Kecil
Imam Bukhari masih lagi membincangkan tentang penggunaan lapik dalam solat. Walaupun sebelum ini telah disentuh dalam bab yang lain tapi Imam Bukhari meletakkan dalam satu tajuk yang khas. Supaya manusia tidak terkeliru. Takut ada yang baca hadis tentang Nabi mengatakan bahawa bumi dijadikan tempat sujud. Takut ada yang ingat kena betul-betul sujud atas tanah. Tidak begitu.

Perbuatan Nabi menggunakan pelapik itu menunjukkan harus. Bukanlah Sunnah. Sebab bukanlah sentiasa Nabi pakai pelapik. Ada ketikanya Nabi sujud terus atas tanah. Cuma bagus kalau dengan pelapik itu akan menyebabkan kita lagi khusyuk kerana sebab-sebab tertentu, seperti tempat sujud panas. Atau tempat sujud kotor dan sebagainya.
368 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ الشَّيْبَانِيُّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ
368. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Sulaiman Asy Syaibani dari ‘Abdullah bin Syaddad dari Maimunah ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu solat dengan melapik khumrah (sejadah kecil).”
Dari segi bahasa, hadis menunjukkan Nabi selalu pakai khumrah. Bukan setiap kali dan bukan hanya sekali sekala sahaja. Kalau faham bahasa Arab, kita boleh faham banyak benda dari ayat yang ringkas sahaja. Sebab itu ada yang kata Sunnah dan ada kata tidak.
————————————————————————————————–
بَاب الصَّلَاةِ عَلَى الْفِرَاشِ
Bab 22 Bersembahyang Di Atas Tilam
وَصَلَّى أَنَسٌ عَلَى فِرَاشِهِ وَقَالَ أَنَسٌ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَسْجُدُ أَحَدُنَا عَلَى ثَوْبِهِ
Anas bin Malik bersembahyang di atas tilamnya. Anas berkata: Kami selalu bersembahyang bersama Rasulullah SAW dalam keadaan ada diantara kami orang yang bersujud di atas kain yang dipakainya – (dipakainya sendiri)
Hadis ini menunjukkan solat atas tilam bukan khusus untuk Nabi sebab Anas pun buat. Takut ada yang kata bahawa solat atas tilam itu hanya khusus kepada Nabi sahaja. Tapi kali ini kita boleh lihat, Anas pun solat atas tilam juga. Ini terjadi lepas wafat Nabi. Jadi kebolehan solat di atas tilam tak mansukh.
Nabi sering solat atas tilam. Dan tilam itu bukan yang khusus untuk solat. Memang tilam yang dipakai untuk tidur. Tidak kotor kah kalau begitu? Hukumnya adalah, kalau tak nampak kekotoran, boleh pakai. Mudah kalau begitu. Boleh pakai walaupun tilam yang sama digunakan untuk bersetubuh dengan isteri. Sebab nanti kita akan lihat ada hadis yang menunjukkan tilam yang digunakan oleh Nabi itu adalah tilam yang sama digunakan oleh baginda dan isterinya.

Bahagian kedua tajuk diatas menunjukkan boleh menggunakan sebahagian kain yang dipakai. Contohnya, sebahagian dari lengan baju, sebahagian dari serban, sebahagian dari kain kelubung wanita dan sebagainya. Ini hendak menolak pendapat syafiiyah yang kata tak boleh sujud atas kain baju yang bergerak sekali dengan kita. Kalau pakai kain lengan, tentulah bergerak sekali sebab kain itu bergerak bersama dengan kita. Imam Bukhari nak mengatakan bahawa boleh kalau berlapik dengan kain yang macam itu pun. Dan inilah juga pendapat jumhur ulama. Kalau mazhab Syafie kata tak jelas bahawa itu adalah kain yang dipakai dibadan, mungkin kain lain yang dipakai mereka, jawapannya adalah zaman itu memang sahabat tak banyak kain.

Ini bukan guna kain yang lain tapi yang dipakai oleh kita. Yang ada ditubuh. Kalau ada hadis yang mengatakan tidak boleh, itu adalah bercanggah dengan hadis yang sahih. Kerana memang hadis yang mengatakan Nabi tidak menggunakan ‘kain dalam’ sebagai lapik sujud. ‘Pakaian dalam’ disini bukan kain dalam yang macam kita faham tapi adalah bermaksud yang kena tubuh. Hadis itu tidak kuat.
369 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
369. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Abu An Nadlr mantan budak ‘Umar bin ‘Ubaidullah, dari Abu Salamah bin ‘Abdurrahman dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Aku tidur di depan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan kakiku berada di sebelah Qiblatnya (melintang di tempat sujud). Baginda akan mengisyaratkan kepadaku dengan menyentuh kakiku apabila hendak sujud, maka aku melipat kedua belah kakiku. Dan apabila baginda bangun, aku kembali meluruskan kakiku.” ‘Aisyah berkata, “Pada masa itu di rumah-rumah tidak ada lampu.”
Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi sedang solat atas tilam walau tidak nyata. Sebab kalau dilihat bahawa Aisyah tidur depan Nabi. Tentulah Aisyah tidur atas tilam. Itu adalah lihat dari keadaan.

Ada juga hadis yang mengatakan ada tiga perkara yang boleh memotong solat: perempuan, himar dan anjing. Tapi hadis ini menunjukkan kalau lintas jalan tak boleh tapi kalau tidur tetap macam Aisyah ini, boleh.
Hadis ini juga menunjukan bahawa kalau sentuh perempuan tidak batal wudu. Selalunya kalau seseorang itu tidur, ada kemunginan kakinya terdedah. Keadaan waktu itu gelap pula sebab Aisyah sendiri kata masa itu rumah tidak ada lampu. Nabi pun tak pesan awal-awal kepada Aisyah untuk menutup bahagian tubuhnya. Tiada dalil pun yang kata Aisyah itu berlapik. Kerana kepada mereka yang kata kaki Aisyah waktu itu berlapik, tidak ada dalil. Kalau menyentuh perempuan akan membatalkan wudu, tentu Nabi akan berhati-hati. Tapi tidak nampak dalam hadis ini. Nabi terus sahaja sentuh kaki Aisyah. Takkan Nabi nak ambil kebarangkalian solatnya akan terbatal pula. Sudahlah dah lama solat, tapi waktu sujud, terbatal pula.
Lelaki boleh solat dengan perempuan dihadapan. Tidak memotong atau membatalkan solat itu. Asalkan tidak terganggu. Janganlah buat macam itu kalau sambil solat itu, teringat pula apa yang dia nak buat kepada isterinya.

Sedikit pergerakan tidak membatalkan. Dalam hadis ini, Nabi menjamah kaki Aisyah. Itu bukanlah sebahagian dari perbuatan solat.

Boleh mengadap orang tidur. Walaupun terbuka kepada berbagai kemungkinan. Ada kemungkinan kaki dia akan sepak kita, dia tersentuh kita dan sebagainya.

Selalu kita dengar Nabi solat tapi isterinya tidur. Ini kerana kepada Nabi, solat sunat malam adalah wajib bagi baginda, tapi tidak kepada orang lain. Nabi tidak menyusahkan isteri-isteri baginda. Tapi selalunya, selepas waktu tertentu, Nabi akan menggerak juga isterinya untuk solat juga. Jadi, kalau kita kuat untuk solat malam, tidak semestinya isteri kita juga kena solat bersama kita. Mungkin mereka penat menjaga anak dan memasak. Kena faham situasi mereka.
370 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهِيَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ عَلَى فِرَاشِ أَهْلِهِ اعْتِرَاضَ الْجَنَازَةِ
370. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits telah menceritakan kepadaku ‘Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Urwah bahwa ‘Aisyah mengabarkan kepadanya, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat diatas tilam isterinya dalam keadaan dia terlintang diantara baginda dan kiblat (tempat sujudnya) seperti terlintangnya jenazah (apabila disembahyangkan).”
Hadis ini jelas bahawa bukanlah tilam itu tilam khas untuk solat tapi tilam yang digunakan untuk tidur.
Kepala Aisyah di sebelah kanan Nabi. Macam itulah juga cara solat perempuan. Menunjukkan boleh belaka nak letak jenazah. Lelaki perempuan. Kerana di tempat kita, ada yang meletakkan kepada jenazah di bahagian kiri makmum solat jenazah. Padahal tidak begitu. Dan imam solat jenazah juga berada di bahagian mana-mana jenazah itu samada jenazah lelaki atau perempuan.
Kaki Aisyah waktu itu ada di tempat sujud.
371 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ عِرَاكٍ عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَعَائِشَةُ مُعْتَرِضَةٌ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ عَلَى الْفِرَاشِ الَّذِي يَنَامَانِ عَلَيْهِ
371. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid dari ‘Irak dari ‘Urwah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam shalat dalam keadaan ‘Aisyah terlintang diantara baginda dengan kiblatnya, di atas tilam yang berdua mereka tidur.
Tilam yang sama pakai tidur dan bersetubuh tentunya. Menunjukkan boleh pakai tilam itu walaupun ada kemungkinan najis. Asalkan tidak nampak najis. Atau kalau ada bekas mani atau mazi pada bahagian lain tilam itu, kalau tidak kena pada bahagian tubuh kita waktu solat, tidak membatalkan wudu.

tragedi, trauma dan kehilangan

Sewaktu membaca akhbar kosmo tadi, aku terjumpa artikel tentang tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa bertarikh 6 disember, 2008. sudah dua tahun berlalu namun bila membaca detik-detik cemas yang diceritakan sendiri oleh mangsa, dan trauma yang mereka alami, hati kecil ini turut bersimpati. apatah lagi, ada di antara mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang. 

marilah kita selami perasaan mereka.
cerita keluarga rohana mahmood, 55 tahun. 

"SEGALA-GALANYA berlaku dengan pantas. Sedang lena diulit mimpi, saya tiba-tiba tersedar gara-gara katil berpusing 360 darjah. Ruang kamar tidur mula berdebu manakala lantai berselerakan serpihan pecahan atap genting. Suasana bertambah cemas apabila satu persatu batu-batu kecil jatuh dari siling bilik. Lebih menakutkan bila rumah bergerak bak kapal di lautan."

"Saya menjerit memanggil anak-anak dan isi rumah yang lain. Tetapi tiada jawapan kerana pada waktu itu hanya kedengaran jatuhan konkrit dan bunyi letupan seperti bom. Dalam keadaan gelap itu juga saya gigih keluar dari bilik untuk mencari mereka. Malangnya, saya sukar untuk keluar kerana depan pintu bilik dihalangi besi-besi tinggi. Ibarat terperangkap di dalam penjara, namun mujur saya berjaya meloloskan diri dan lega menemui mereka di ruang televisyen berhadapan bilik saya. mujurlah, dua anak saya, Ungku Afiq Ungku Farid, 24 dan Ungku Asif, 21, tidak panik pada hari kejadian."

Ketika itu juga ibu mertua Rohana dan ibu saudaranya sudah berada di ruang TV rumah. Kedua-dua anaknya pantas mencari laluan keluar dan berpatah balik ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbit serta lampu suluh.

"Saya tergamam sebaik sahaja menjengah ke luar rumah. Rupa-rupanya rumah kami telah bergerak sejauh 100 meter dari tapak asal dan meninggi seperti rumah tiga tingkat. Dalam ketakutan itu dua anak saya berjaya menemui jalan keluar. Tapi kami berdepan satu lagi pilihan sukar apabila ibu mertua dan ibu saudara saya tidak mampu meredah runtuhan dan menyelamatkan diri. Berkali-kali saya mencium tangan dan memohon maaf daripada ibu mertua. Air mata saya tumpah tanpa henti sehingga enggan melepaskan tubuhnya."

Ungku Afiq yang berada di sisi Rohana saat temubual bersama Kosmo!, menyifatkan tragedi seumpama itu menyebabkan mereka sekeluarga tersepit antara keputusan hidup dan mati. Pada masa yang singkat mereka perlu membuat pilihan sama ada lari menyelamatkan diri atau terus kekal di dalam rumah.

"Sebaik saja, menemui jalan keluar saya memaksa mama dan adik segera bertindak. Bagi saya lagi cepat kami keluar, ia akan memudahkan saya mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan nenek pula. Alhamdullilah, pasukan Bomba dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) tiba di lokasi kejadian dengan segera. Melihat saja kelibat mereka, saya terus membawa mereka ke rumah supaya mengeluarkan nenek dan mak cik," cerita Ungku Afiq, yang turut sedih kerana gagal menyelamatkan pembantu rumah yang tertimbus di tingkat bawah rumah.

Dalam pada itu, suami Rohana, Ungku Farid Ungku Abd. Rahman, 56, yang pada hari kejadian berada di Johor Bahru atas urusan kerja, mengakui sehingga ke hari ini mereka mengalami trauma dan sedih dengan insiden berkenaan biarpun mereka kini sudah menetap di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ungkap Ungku Farid, setiap malam isterinya, mengigau dan menjerit-jerit nama anak mereka supaya lari selamatkan diri.

"Siapa tak sedih apabila rumah yang didiami sejak tahun 1993, musnah begitu saja. Tiada apa-apa yang dapat diselamatkan kecuali gambar keluarga. Inilah harta yang kami ada, selain bersyukur kerana masih dipanjangkan usia," luah Ungku Farid, sambil menunjukkan potret keluarga mereka yang tergantung di dinding bersebelahan pintu masuk.

cerita keluarga suami isteri, Datuk Shaharudin Adnan, 64, dan Datin Jamilah Mohd. Kassim, 61.
Mereka reda dengan pemergian anak bongsu kesayangan, Saiful Khas. Tatkala menceritakan tentang keperibadian anaknya, air mata Shaharudin mula bergenang. Dia sama sekali tidak menyangka anaknya yang ringan tulang dan menghormati orang tua, terkorban dalam keadaan menyayat hati.

"Arwah, seorang yang ceria dan suka membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Pada waktu lapang dia gemar duduk di rumah membaca buku berkaitan politik dan isu-isu semasa ataupun duduk di depan komputer. Malah, pada hari kejadian Saiful baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester akhir di Kolej Teknologi YPC-itWEB, Taman Maluri. Tetapi dia tidak sempat untuk menjalani latihan praktikal yang dijadualkan pada bulan Januari 2009," 

Pengalaman Shaharudin turut dikongsi Jamilah, yang menjelaskan mereka terdengar Saiful memekik memberitahu rumah mereka bergegar. Bimbang keadaan Saiful yang berada di bilik tingkat bawah, Jamilah dan suami berusaha memanggil Saiful menerusi balkoni di tingkat atas.

"Panggilan pertama sewaktu gelongsoran awal berlaku, tiga kali arwah menyahut panggilan kami tetapi saat gelongsoran kedua dan ketiga, suara Saiful terus sepi. Sehingga kami menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal dikesan," ujar Jamilah ketika ditemui Kosmo! di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Menurut Jamilah, meskipun tapak tragedi tanah runtuh dan tapak asal rumahnya sudah dibaikpulih tetapi untuk membina semula kediaman yang baru di tapak tersebut mungkin tidak. Bukan kerana bimbang tragedi berulang tetapi terlalu banyak momen pahit manis terdapat di sana.

sofi: takziah untuk mereka. 
sumber: kosmo

Kelebihan dan kelemahan

Kelebihan dan kelemahan setiap jenis Terapi Bekam Darah.

Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah yang kuat iaitu:
1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.

Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.

Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN JARUM (LANCET)



Kelebihan kaedah terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (Lencing device) ialah :
1) Mudah dikendalikan.
2) Luka yang sangat kecil.
3) Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
4) Luka sangat mudah sembuh.
5) Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
6) Hanya kemahiran yang sangat minima diperlukan oleh ahli terapi.
7) Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
8) Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.

Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja tanpa peralatan (Lensing device):
1) Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
2) Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
5) Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.

Kelemahan kaedah terapi bekam darah dengan jarum:
1) Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
2) Darah pasien berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pasien-pasien darah tinggi dan seumpamanya.
3) Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 - 42 tusukan.
4) Rasa pedih untuk sesetengah pasien dan sakit pada segelintir pasien berkulit sensitif.
5) Perlukan ulangan segera.

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN PISAU



Kelebihan:
1) Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
4) Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
5) Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
6) Tidak sakit untuk sesetengah pasien.
7) Digemari oleh pasien yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
8) Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Kelemahan:
1) Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
2) Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
3) Tidak digemari oleh pasien-pasien baru kerana rasa ngeri palsu yang bersangatan.
4) Pedih dan sakit untuk sesetengah pasien berkulit sensitif.
5) Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
6) Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN LINTAH



Kelebihan:
1) Tidak sakit atau sangat tidak sakit bebanding kaedah lain.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
4) Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
5) Pasien boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
6) Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pasien yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
7) Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan. Wallahu'alam.

Kelemahan:
1) Terpaksa menunggu lintah kenyang dan jatuh sendiri.
2) Masa rawatan yang panjang antara 45 min - 4 jam.
2) Lintah agak sukar dikendalikan pada awalnya.
3) Pendarahan berterusan antara 3 jam - 2 hari bergantung kepada pasien kerana air liur lintah masih terdapat di kawasan sedutan.
4) Kegatalan bergantung kepada kulit pasien.
5) Amat tidak sesuai untuk pasien yang berkulit sensitif kepada alahan.

Kolej YPC-iTWEB

Friday, August 19, 2011

Semasa 14 - Kolej YPC-iTWEB (1)

wah siap ada photographer sekali, bila tiba meja!
Setelah sekian lama memohon, akhirnya ia dapat direalisasikan, apabila dua buah meja Ping Pong, jenis Challenger, dibeli dari Gold Meda Sportl, Tmn Miharja. Setelah belaku tawar menawar dengan tuan punya, Ling Ting Sik. Dalam komuniti Ping Pong, siapa yang tidak kenal beliau, yang pernah mewakili Selangor dan negara di era Peong Tak Seng. Di era itu kami yang mewakili Ping Pong non-Chinese untuk negeri Selangor (saudara Ahmad Nordin, Zainol dan saya) pernah menginap didalam bilik darjah disebuah sekolah, yang disusunkan meja-meja untuk dijadikan katil, lainlah pemain-pemain sekarang yang bertilamkan empuk dan berbilik aircon, bertaraf 3 star.

Itu adalah sedikit nolstagia lampau, kembali dengan ketibaan peralatan yang dibeli oleh kolej mengandungi dua buah meja, dua net, 10 partition, 8 bat yang untuk beginner serta 200 biji bola, keseluruhan berharga RM2,800.00 yang pasti ia cukup buat permulaan untuk mengerakkan sukan ini. Sesampainya peralatan ini, maka, biasalah, banyaklah "expert-expert" yang muncul, termasuk semua yang tidak pernah pegang bat, tetapi tidak lama, kerana ia telah diambil alih oleh yang lebih pro pula. Cabaran untuk mempopularkan sukan Ping Pong dikalangan pelajar-pelajar kolej, adalah yang paling mencabar dengan satu pendekatan perlu dicari. Semua ini akan dicatitkan dari segi perkembangannya, adakah ia berjaya atau...faham-fahamlah.

KOLEJ TEKNOLOGI YPC iT-WEB :)

Tuesday, 2 July 2013

      Halloooo !!! i'm here back . Aku rasa dah lamaa gilaaa tak update blog ni walaupun memang banyak cerita nk tulis tp malassss je . huhuhu . -,- aku mcm tak berapa nak active blog sangat laa sekarang sebab dah study and terlampauu buzy gilaaa . Nasib aku tak gilaa . :D Pada 20 may 2013 , aku telah mendaftarkan diri di kolej teknologi YPC iT-WEB *haaa penuh-2 nama kolej tu aku taip* . :P Aku ambil cost faoundation in business to degree . Actually aku dah sebulan dah kat kolej ni, baru je update . haha . Entah ape mimpi tah malam ni tetiba nak update blog. *pape tah kan*. Tahu takk boringg gilaa kalau belajar dengan bahasa inggeris ni , majority semua subjek berbahasa inggeris . *what this* --".

      Nasib baik laa aku faham gak sikit-2 bahasa inggeris ni , kalau tak ape jadah lecture cakap pun aku tak tau . hmm . Baru 2 minggu masuk kolej dah dapat assigment , ohh shitt . Dah laa aku tak tau nak buat mcm mana , taram je laa mana yg boleh buat tu . Nasib baik membe-2 ramai ajar , yang aku takot tak boleh score subjek principles of accounting and business statistics . Gilerrrrr susahhh , disebabkan ni lahh aku benci gilaa dengan math . huh dengan assigment belambakk , dengan pelajaran semuaa kene rush , exam mid term dgn result yg boleh membuat mata aku banjir *menipu je banjir* haha . memang aku stress gilaa . 

      Kalau tau lerr mcm ni , baik aku ambik graphic design mcm abg aku je . lullll . -,- tpp takpe la , kalau dua-2 ambil bidang same pun tak best jugak , mostly aku dpt cuba benda baru , and insyaallah aku cuba untuk bawak cost ni dengan baik dan cuba dapatkan markah untuk final exam sem 1 yg lagi 3 minggu ni *mampus aku* T_T....... TAKPE ZAI BOLEHHH !!!!! yang penting , 'semangat dan usaha'. chaiyokkkk chaiyokkk , hihi okaylah setakat ni dulu alkisah me gadis bintang , chau chin chauu . bye-2 . ;)

gambar ni gambar aku dengan "BUBU" iaitu teddy bear kesayangan aku . omeyyy kan . :* sayang sangat dengan bubu sbb selalu lepas aku balik kolej mesti cari bubu dulu . bubu selalu teman aku tido and time aku sedih dan gembira . ;)


Sunday, April 3, 2011

MAJLIS PERASMIAN KAMPUS BARU KOLEJ TEKNOLOGI YPC IT-WEB


Usaha gigih Yayasan Pendidikan Cheras atau YPC untuk memperkasa pendidikan anak bangsa, berada di atas landasan yang betul dan ada proses kesinambungan. 10 tahun yang lalu, YPC telah dilancarkan di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras oleh pemimpin terbilang Negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 23 Ogos 2001 ( ketika itu Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke empat).

Bangunan Kampus Kolej YPC IT-WEB yang baru

Masa begitu pantas berlalu. Hari ini YPC sudah menjangkau usia 10 tahun. Perasmian kampus baru Kolej Teknologi YPC iT-WEB atau ringkasnya Kolej YPC merupakan satu mercu tanda Yayasan Pendidikan Cheras, satu peristiwa penting lagi bersejarah, satu impian dan satu kebanggaan seluruh warga YPC serta tenaga penggerak kolej.

Perasmian Kampus Baru Kolej YPC

Majlis perasmian kampus baru Kolej YPC telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2011 dalam suasana yang gilang-gemilang. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled  Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Senator Datuk Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Penaung Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras dan Pengerusi Kolej YPC, Dr. Noel Robert selaku Ketua Eksekutif Kolej YPC, Ahli-ahli Lembaga YPC serta 600 orang tetamu jemputan.


Yayasan Pendidikan Cheras dan Kolej YPC, mempunyai matlamat yang selari dengan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam melakukan transformasi khususnya dalam bidang pelajaran, dan meningkatkan pendapatan rakyat menerusi pendidikan dan latihan.

Salah satu isu penting yang sering dibahaskan, dalam konteks masyarakat warga kota ialah berkenaan kemiskinan bandar. Isu, masalah dan cabaran kemiskinan bandar, berkait rapat dengan taraf pendidikan yang rendah. Peningkatan tahap dan taraf pendidikan, serta penguasaan ilmu adalah senjata utama untuk membasmi kemiskinan bandar.

Kemiskinan sesebuah keluarga di bandar, boleh di atasi, jika anak-anak mereka diberi peluang untuk berjaya dalam pendidikan dan mampu mengubah nasib keluarga untuk keluar daripada garis kemiskinan. Dalam konteks ini, Kolej YPC menyediakan kursus-kursus yang mempunyai nilai kebolehpasaran. Suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif. Inilah peluang pendidikan yang perlu direbut oleh pelajar dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah. Yuran pengajian dibiayai oleh PTPTN. Kos pendaftaran di Kolej YPC tidak membebankan pelajar. Kolej juga menawarkan Biasiswa Utusan-YPC serta lain-lain skim bantuan yang menarik.         

Para tetamu yang hadir
  
Buat masa ini Kolej YPC hanya boleh keluarkan sijil dan diploma sahaja. Untuk kursus Ijazah pula, Kolej YPC perlu mengadakan kerjasama dengan universiti luara negara dan Ijazah dikeluarkan oleh universiti luar negara. Program kerjasama dengan universiti luar negara menelan belanja yang amat tinggi. Ramai pelajar Kolej YPC terpaksa menamatkan pengajian di peringkat Diploma dan mencari peluang pekerjaan, walaupun sebenarnya mereka berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.

Oleh sebab itu, selewat-lewatnya pada tahun 2015 Kolej YPC akan memohon untuk mendapatkan status ‘Kolej Universiti’ supaya Kolej YPC dapat mewujudkan program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang ‘tersendiri’. Tambahan lagi, lebih banyak kursus akan ditawarkan dengan kos berpatutan dan mampu dibayar oleh pelajar. Juga selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang berilmu dan berpendidikan atau Malaysian “as knowledge workers”.

Bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Panel Bank PTPTN Untuk Pelajar IPTS

Sunday, March 03, 2013
 
As-salam,
Sebelum ini saya pernah kongsikan senarai Panel Bank untuk pelajar daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan kali ini saya kongsikan senarai Bank panel bagi pelajar dari institut pendidikan tinggi swasta (IPTS). Bagi anda yang kurang pasti tentang senarai kolej atau universiti anda berada di bawah panel Bank yang mana satu, sila semak senarai di bawah secara teliti.
Senarai panel Bank yang dikeluarkan dan disenaraikan oleh PTPTN ini harus dipatuhi bagi memudahkan pelajar menerima pinjaman dalam masa yang cepat dan mudah. Jadi, buatlah semakan dan patuhi arahan yang digariskan oleh pihak PTPTN.
  
ptptn
SENARAI IPTS

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

  • ACADEMY OF DIGITAL ANIMATION AND MEDIA
  • ASSYIFA' INSTITUTE & ALLIED HEALTH SCIENCE
  • AVIATION MANAGEMENT COLLEGE
  • BUKIT MERAH LAKETOWN INSTITUTE OF ALLIED HEALTH SCIENCES
  • DASEIN ACADEMY OF ART, KUALA LUMPUR
  • INSTITUT HOSPITALITY YPJ
  • INSTITUT HOSPITALITY YPJ
  • INSTITUT MENTARI
  • INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS
  • INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
  • INSTITUT TEKNOLOGI PERAK
  • INSTITUT TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN YPJ
  • INSTITUT TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN YPJ
  • INTERNATIONAL COLLEGE OF HEALTH SCIENCES (ICHS)
  • KDU UNIVERSITY COLLEGE
  • KOLEJ ALC
  • KOLEJ ANTARABANGSA EXCELPOLITAN
  • KOLEJ ANTARABANGSA FAJAR
  • KOLEJ ANTARABANGSA KEMAJUAN PELANCONGAN
  • KOLEJ ANTARABANGSA MALVERN
  • KOLEJ ANTARABANGSA OREN
  • KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI (PICOMS)
  • KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI & PROFESIONAL
  • KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
  • KOLEJ BANDAR
  • KOLEJ CONSIST
  • KOLEJ EASTERN
  • KOLEJ GEMILANG
  • KOLEJ IKIP DI KUANTAN (KAMPUS 5)
  • KOLEJ INTEGRASI KEJURURAWATAN DAN KESIHATAN BERSEKUTU
  • KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA
  • KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN
  • KOLEJ ISLAM JOHOR
  • KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI
  • KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI CAWANGAN TERENGGANU
  • KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA
  • KOLEJ JAMIAH ISLAMIAH PUTRA (JAIPUTRA)
  • KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN NILAM
  • KOLEJ KEMAHIRAN MINDA ISBAUK
  • KOLEJ LINCOLN
  • KOLEJ METROPOINT
  • KOLEJ MULTIMEDIA (KUALA LUMPUR)
  • KOLEJ MULTIMEDIA (KUALA LUMPUR)
  • KOLEJ MULTIMEDIA (SARAWAK)
  • KOLEJ MUTIARA
  • KOLEJ NEGERI SEREMBAN
  • KOLEJ NEW ERA
  • KOLEJ OASIS (OASIS COLLEGE)
  • KOLEJ PACIFIC KUANTAN
  • KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA)
  • KOLEJ PENGURUSAN PERNIAGAAN KOTA RAYA
  • KOLEJ PENGURUSAN PERNIAGAAN KOTA RAYA
  • KOLEJ POLY-TECH MARA BATU PAHAT
  • KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR
  • KOLEJ PROFESIONAL & PENGURUSAN KLIA
  • KOLEJ PTPL SENTRAL KUALA LUMPUR
  • KOLEJ REACH
  • KOLEJ SEDAMAI
  • KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA
  • KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM
  • KOLEJ TEKNOLOGI MEA
  • KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
  • KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
  • KOLEJ UNIVERSITI SAINS PERUBATAN CYBERJAYA
  • KOLEJ VISION
  • KOLEJ YAYASAN SABAH
  • MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY (MSU)
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) AMPANG
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) KOTA BHARU
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) SABAH
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) SARAWAK
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) SEREMBAN
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) SHAH ALAM
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) SUNGAI PETANI
  • PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN (PTPL) TERENGGANU
  • THE ONE ACADEMY PENANG
  • UNIVERSITI ANTARABANGSA AL-MADINAH (MEDIU)
  • UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (BERJUNTAI BESTARI)
  • UNIVERSITI NOTTINGHAM KAMPUS MALAYSIA
  • UNIVERSITI SELANGOR
  • UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  • KOLEJ TEKNOLOGI AKADEMIA
  • KOLEJ DAR AL- HIKMAH
  • KOLEJ ASA
  • KOLEJ PENGAJIAN SISWAZAH SEGI
  • KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA
  • KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR
  • KOLEJ UNITI (NEGERI SEMBILAN)
  • KOLEJ TIMUR BARAT
  • KOLEJ MULTIMEDIA (TIMUR)
  • INSTITUT SENI LUKIS MALAYSIA
  • KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ATC
  • KOLEJ IBS

CIMB BANK BERHAD
  • AIMST UNIVERSITY
  • AKADEMI PERTAMA REKA BENTUK KOMUNIKASI
  • AKADEMI YES
  • ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES
  • ALMACREST INTERNATIONAL COLLEGE
  • ASIA E UNIVERSITY
  • CITY UNIVERSITY COLLEGE OF SCIENCE AND TECHNOLOGY ( CUCST )
  • COLLEGE MCS
  • CURTIN UNIVERSITY,SARAWAK CAMPUS
  • EDUTRAIN COLLEGE
  • EQUATOR ACADEMY OF ART
  • FAZLEY INTERNATIONAL COLLEGE ( FIC )
  • GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
  • GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES
  • HELP UNIVERSITY COLLEGE
  • INSTITUT BAKERI MALAYSIA
  • INSTITUT EKSEKUTIF
  • INSTITUT FIRST ROBOTICS INDUSTRIAL SCIENCE
  • INSTITUT I-SYSTEMS CAWANGAN KLANG
  • INSTITUT JATI
  • INSTITUT KOJADI
  • INSTITUT MAKANAN MALAYSIA
  • INSTITUT MANTISSA
  • INSTITUT MEDIA INTEGRATIF MALAYSIA(MIIM)
  • INSTITUT MEGATECH
  • INSTITUT METHODIST PILLEY
  • INSTITUT NASIONAL SAINS OFTALMIK
  • INSTITUT PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI ANTARABANGSA
  • INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
  • INSTITUT SAE
  • INSTITUT SAINS & TEKNOLOGI DARUL TAKZIM
  • INSTITUT TEKNOLOGI CENTRAL
  • INSTITUT TEKNOLOGI IMPERIA
  • INSTITUT TEKNOLOGI KREATIF LIMKOKWING CAWANGAN SARAWAK
  • INSTITUT TEKNOLOGI MAKLUMAT ASIA PASIFIK
  • INSTITUT TEKNOLOGI MAKLUMAT NUSANTARA
  • INSTITUT TEKNOLOGI PASIFIK
  • INSTITUT TEKNOLOGI PERTAMA
  • INSTITUT TEKNOLOGI SILICON
  • INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCES MANTIN (IMM)
  • INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF NURSING ( IUCN )
  • KDU COLLEGE CAWANGAN PENANG
  • KEMAYAN ADVANCE TERTIARY COLLEGE -PENANG
  • KINABALU COMMERCIAL COLLEGE
  • KOLEJ ALFA
  • KOLEJ AL-SINNAR
  • KOLEJ AMAN - BATU PAHAT
  • KOLEJ ANTARABANGSA CRESCENDO
  • KOLEJ ANTARABANGSA FTMS
  • KOLEJ ANTARABANGSA GENTING INTI
  • KOLEJ ANTARABANGSA GEOMATIKA
  • KOLEJ ANTARABANGSA HOSPITALITI DAN PELANCONGAN LEGENDA
  • KOLEJ ANTARABANGSA IKIP
  • KOLEJ ANTARABANGSA IMPIANA
  • KOLEJ ANTARABANGSA INTI SUBANG
  • KOLEJ ANTARABANGSA KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN KPJ NILAI
  • KOLEJ ANTARABANGSA KFCH
  • KOLEJ ANTARABANGSA METRO PRIMA
  • KOLEJ ANTARABANGSA NIGHTINGALE
  • KOLEJ ANTARABANGSA OPTIMA
  • KOLEJ ANTARABANGSA PENGURUSAN HOTEL YTL
  • KOLEJ ANTARABANGSA PUTRA
  • KOLEJ ANTARABANGSA PUTRA INTELEK
  • KOLEJ ANTARABANGSA SAINS DAN TEKNOLOGI MELAKA
  • KOLEJ ANTARABANGSA SEAFIELD
  • KOLEJ ANTARABANGSA TAJ
  • KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI INOVASI MUTIARA
  • KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI LANJUTAN SARAWAK (KATS)
  • KOLEJ ANTARABANGSA TRAVEX
  • KOLEJ ANTARABANGSA WINDFIELD
  • KOLEJ ATI
  • KOLEJ AUTOMOTIF TEKAT
  • KOLEJ BAYU
  • KOLEJ BERSEPADU SAINS KESIHATAN NASIONAL
  • KOLEJ BRICKFIELDS ASIA
  • KOLEJ DIKA
  • KOLEJ DISTED
  • KOLEJ EXCEL
  • KOLEJ FTMS
  • KOLEJ HAFIZ
  • KOLEJ HAN CHIANG
  • KOLEJ IACT (PENGIKLANAN,KOMUNIKASI & TEKNOLOGI ANTARABANGSA)
  • KOLEJ INTI ANTARABANGSA PULAU PINANG
  • KOLEJ INTI CAWANGAN KOTA KINABALU
  • KOLEJ INTI CAWANGAN SARAWAK
  • KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH
  • KOLEJ I-SYSTEMS BUKIT MERTAJAM
  • KOLEJ I-SYSTEMS CAWANGAN JOHOR BAHRU
  • KOLEJ I-SYSTEMS CAWANGAN MIRI
  • KOLEJ I-SYSTEMS KUCHING, SARAWAK
  • KOLEJ ITA
  • KOLEJ ITJ
  • KOLEJ KEJURAWATAN & SAINS KESIHATAN SRI MANJUNG
  • KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN PANTAI
  • KOLEJ KEJURURAWATAN MURNI
  • KOLEJ KERIS
  • KOLEJ LAILA TAIB
  • KOLEJ LEGENDA (MANTIN)
  • KOLEJ MASA
  • KOLEJ MASTERSKILL ( METRO K. KINABALU)
  • KOLEJ MASTERSKILL (KAMPUS METRO KUCHING)
  • KOLEJ MASTERSKILL KAMPUS IPOH
  • KOLEJ MASTERSKILL KAMPUS METRO K.BHARU
  • KOLEJ MAXWELL
  • KOLEJ METHODIST KUALA LUMPUR
  • KOLEJ METROPOLITAN
  • KOLEJ MULTIMEDIA (SABAH)
  • KOLEJ MULTIMEDIA (SELATAN)
  • KOLEJ MULTIMEDIA (UTARA)
  • KOLEJ MUZIK ANTARABANGSA(ICOM)
  • KOLEJ NEGERI KAMPUS CHEDANG
  • KOLEJ NIRWANA
  • KOLEJ OLYMPIA CAWANGAN PULAU PINANG
  • KOLEJ OLYMPIA CAWANGAN IPOH, PERAK
  • KOLEJ OLYMPIA CAWANGAN JOHOR BAHRU
  • KOLEJ OLYMPIA CAWANGAN KUALA LUMPUR
  • KOLEJ OLYMPIA CAWANGAN KUANTAN, PAHANG
  • KOLEJ OLYMPIA CAWANGAN PETALING JAYA
  • KOLEJ OTOMOTIF TOC
  • KOLEJ PENGAJIAN TINGGI RAFFLES
  • KOLEJ PENGURUSAN ASTIN
  • KOLEJ PERUBATAN MELAKA - MANIPAL
  • KOLEJ PERUBATAN P.PINANG
  • KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI
  • KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH
  • KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
  • KOLEJ POLY-TECH MARA KUANTAN
  • KOLEJ PRATIQUE ASIA
  • KOLEJ PRESIDEN
  • KOLEJ PSDC
  • KOLEJ PTPL PENANG
  • KOLEJ RESTU
  • KOLEJ RIMA KUALA LUMPUR
  • KOLEJ RISDA MELAKA
  • KOLEJ SAINS KESIHATAN ASEANA
  • KOLEJ SAITO
  • KOLEJ SAL JOHOR BHARU
  • KOLEJ SAL KUALA LUMPUR
  • KOLEJ SATT
  • KOLEJ SEGI KUALA LUMPUR
  • KOLEJ SEGI PETALING JAYA
  • KOLEJ SEGI PULAU PINANG
  • KOLEJ SEGI SARAWAK
  • KOLEJ SEGI SERI KEMBANGAN
  • KOLEJ SEGI SUBANG JAYA
  • KOLEJ SELATAN
  • KOLEJ SENI DAN TEKNOLOGI HELP
  • KOLEJ SHAHPUTRA, KUANTAN
  • KOLEJ SRI
  • KOLEJ SRI AYU
  • KOLEJ STAMFORD CAWANGAN MELAKA
  • KOLEJ STAMFORD PETALING JAYA
  • KOLEJ SUNWAY JOHOR BAHRU
  • KOLEJ SURYA
  • KOLEJ TAFE
  • KOLEJ TAYLOR'S
  • KOLEJ TAYLOR'S SUBANG JAYA
  • KOLEJ TECHNOLOGY PARK MALAYSIA
  • KOLEJ TEKNOLOGI & PENGURUSAN BOSTONWEB
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN IPOH
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN JOHOR BHARU
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN KLANG
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN KOTA BHARU
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN KOTA KINABALU
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN KUANTAN
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN KUCHING
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN MELAKA
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN MUAR
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN PULAU PINANG
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN SEREMBAN
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN SUNGAI PETANI
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA COSMOPOINT CAWANGAN TERENGGANU
  • KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNATICS
  • KOLEJ TEKNOLOGI BISTARI
  • KOLEJ TEKNOLOGI PULAU (ISLAND COLLEGE OF TECHNOLGY)
  • KOLEJ TEKNOLOGI SARAWAK
  • KOLEJ TEKNOLOGI SEGI
  • KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR
  • KOLEJ TEKNOLOGI YAYASAN ALOR GAJAH
  • KOLEJ TEKNOLOGI YPC-ITWEB
  • KOLEJ TESDEC
  • KOLEJ UNIKOP
  • KOLEJ UNIVERSITI HOSPITALITY BERJAYA
  • KOLEJ UNIVERSITI INFRASTRUKTUR KUALA LUMPUR
  • KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)
  • KOLEJ UNIVERSITI LINTON
  • KOLEJ UNIVERSITI MAHSA
  • KOLEJ UNIVERSITI NILAI
  • KOLEJ UNIVERSITI PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN BINARY
  • KOLEJ UNIVERSITI SAINS KESIHATAN MASTERSKILL
  • KOLEJ UNIVERSITI SEGi
  • KOLEJ UNIVERSITI TATI
  • KOLEJ UNIVERSITI TAYLOR'S
  • KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ANTARABANGSA TWINTECH (IUCTT) KUALA LUMPUR
  • KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ANTARABANGSA TWINTECH (IUCTT), KAMPUS KELANTAN
  • KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI DAN INOVASI ASIA PASIFIK
  • KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI KREATIF LIMKOKWING
  • KOLEJ WIT
  • KPJ INTERNATIONAL COLLEGE OF NURSING AND HEALTH SCIENCES CAWANGAN JOHOR BAHRU
  • KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE
  • MALAYSIA UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY-MUST
  • MONASH UNIVERSITY SUNWAY MALAYSIA
  • MULTIMEDIA UNIVERSITY KAMPUS CYBERJAYA
  • MULTIMEDIA UNIVERSITY KAMPUS MELAKA
  • OCEAN INSTITUT OF AUDIO TECHNOLOGY
  • PENANG INTERNATIONAL DENTAL COLLEGE
  • PJ COLLEGE OF ART AND DESIGN
  • PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PULAU PINANG (PSDC)
  • RANACO EDUCATION & TRAINING INSTITUTE
  • RELIANCE COLLEGE
  • SIME DARBY NURSING & HEALTH SCIENCES COLLEGE
  • SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE
  • SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK
  • UNIKL- MIMET (MALAYSIAN INSTITUTE OF MERINE ENGINEERING TECHNOLOGY)
  • UNIKL MITEC
  • UNIKL -ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK
  • UNIKL-BMI (BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE)
  • UNIKL-MFI (MALAYSIAN FRANCE INSTITUTE)
  • UNIKL-MIAT (MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY)
  • UNIKL-MICET (MALAYSIAN INSTITUTE OF CHEMICAL AND BIOENGINEERING TECHNOLOGY)
  • UNIKL-MSI (MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE)
  • UNIVERSITI ANTARABANGSA INTI
  • UNIVERSITI KUALA LUMPUR (KAMPUS KOTA)
  • UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
  • UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (CAWANGAN PAHANG)
  • UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (KAMPUS PUTRAJAYA)
  • UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
  • UNIVERSITI UCSI
  • UNIVERSITI UCSI,KAMPUS SARAWAK
  • VICTORIA INTERNATIONAL COLLEGE (KUALA LUMPUR)
  • VICTORIA INTERNATIONAL COLLEGE BANDAR TASIK PUTERI
  • WAWASAN OPEN UNIVERSITY
  • WESTMINSTER INTERNATIONAL COLLEGE

PUBLIC BANK BERHAD
  • UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (PETALING JAYA)
  • UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KAMPUS PERAK)
  • UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KAMPUS SUNGAI LONG)
  • UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KAMPUS SETAPAK)

RHB BANK
  • KOLEJ LIFE
  • KOLEJ ANTARABANGSA CYBERLYNX
  • KBU INTERNATIONAL COLLEGE 
Setelah mendapat pinjaman daripada PTPTN, gunakan dengan cara yang berhemah dan terancang serta bayar kembali wang tersebut setelah tiba waktunya. Bayaran balik pinjaman yang kita buat membolehkan pelajar lain yang layak pula untuk mendapatkan bantuan daripada PTPTN, fikirkanlah...