Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 2 Mac 2014

Cabaran Tinggal Di Asrama iii

6. Siang Sabtu setelah ada jemputan kenduri kahwin sebelah rumah; aku berkejar ke asrama. Azim memang nampak tak sihat amat; ada penuh ruam tumbuh di kedua tangan juga anggota badan lain. Katanya hari Rabu cikgu hantar empat orang pelajar ke klinik kerajaan. hahaha biasalah pergi jam 9:00 pagi balik jam 1:00 tengah hari. ramai pesakit emm musim demam agaknya.

7. Bila aku risik kenapa tak benarkan Azim berehat di rumah hari Sabtu & Ahad kasi perlepasan sebab kes demam; Ceramah motivasi wajib pergi biarpun ada antara rakan Azim adik beradiknya nak berkahwin; biarpun akak kandung rakan Azim sedang sakit tenat mahu dibedah di hospital. Ketika Azim memohon nak balik Guru Penolong Kanan HEM boleh kata "Habis tu duduk rumah gerentikah demam awak boleh baik?.." ayat cantik dari seorang yang tinggi disiplinnya. Samalah yang kes yang ada masalah  kecemasan sebelah keluarga pelajar. Memang tindak balas pelajar pelbagai dalam masalah ini; mereka tak nampakkan tindakan mereka tapi sebagai ibu ayah kami mendengar keluhan mereka.

(Bab menjaga anak sakit ini aku teringat arwah emak; apak selalu sibuk dengan urusan kedai ada ketika tak sempat apak bawa aku ke klinik; emaklah yang berusaha dengan selasih & kembang semangkuk; masuk hutan belakang rumahku ambil daun-daun kayu sebagai penawar rasa Penolong Kanan HEM ini kalangan orang kaya golongan elit; dia tak pernah pun tahu masalah penjaan cara kampung atau kasih sayang emak ayah ini dapat merawat anak)

8. Cuaca yang panas air yang terputus di asrama; semasa aku ke surau SMTKL nak ke bilik airpun tak terlarat masuk eh; Kata Azim hanya ada air di tangki utama asrama. Anak yang sakit guru tak memahami. Ikut rasa dalam hati memanglah rasa ADA tak kena. Tapi masih pelajar boleh bertahan masih ibu ayah ikut arahan SMTKL; bersabar; itu peraturan sekolah; bersabar itu cabaran tinggal di asrama.  Kita banyak komen atau silap tanggapan macam kita nak ngajar GURU pula. Azim pun dah ada ubat anti biotik untuk dihabiskan. Doktor cuma kata darahnya cuma ada jangkitan kuman. Kira okeylah tu. Titik.

9.TAPI tetiba baru kejap tadi pihak sekolah benarkan pelajar Tingkatan Empat pulang ke rumah sampai jam 9:00 malam. hah!... baru tahu antara peraturan & kuasa serta ketentuan Allah SWT. Hati kami sebenarnya rimas dengan peraturan yang tak adil & melukai hati anak-anak kami. Macamlah tak boleh buat aktiviti di minggu yang memang tak boleh pulang ke rumah; kenapalah ganggu di minggu untuk pelajar bersama keluarganya. Hak Pengetua itu adalah mutlak tak boleh kita sanggah tapi aku sejak lama mengkaji masalah ini. Sebab kes Anif yang meragam di STTJ buat aku banyak mencari maklumat syarat pulang ke rumah bagi pelajar sekolah Teknik ini. (Tiga dari empat anakku memang duduk asrama Sekolah Teknik; aku guna adalah bekas pelajar tinggal di asrama penuh Rancangan Khas selama 6 tahun)

10. Moralnya pasti ramai ibu ayah berasa berlaku satu yang tidak rasional; bagi aku mereka yang anaknya okey tak demam atau tak ada masalah kecemasan pasti tak ambil kisah sangat. Tapi jika anak bersungut nak balik rumah sebab mereka memang tak sihat. Mereka bukan dekat dengan asrama pelbagai andaian & kerisauan bila dengar mereka dalam dilema. Dibenarkan pulang sekitar lapan jam dakan situasi darurat air; memang keluarga pelajar yang dekat dengan SMTKL sahaja yang boleh balik. Cer fikirkan jika tak ganggu rutin jadual pulang ke rumah kan bagus. Jika ada kes kecemasan demam sebagainya sebaiknya lepaskan pelajar ini di hari cuti mereka; bukan ganggu waktu sekolah pun.

(Cer anak awak tu masa ke klinik tak tumbuh ruam lagi tak teruk demamnya; tiba-tiba bila awak datang melawat tenguh memang anak awak tu demam merisaukan; pulak tu air tak ada keran catuan... tanya sejak bila tak mandi dah seharian... esok Ahad pastikah air ada... tanpa air dengan cuaca panas kini... demam lagi... apakah awak tak ambil kisah; Huh... Kejamlah amat kemanusiaannya)

Wah sebaik Azim balik ke teratak kami; satu Jenaris mendapat rahmat; tetiba hujan turun sampai Astro tiada siaran. Sekejap sahaja bagai menyambut kepulangan Azim. Hebatnya nikmat Tuhan; cepatnya doa mereka yang kena aniaya ini termakbul; teratak kami sejuk, damai & nyaman kini.




Cabaran Tinggal Di Asrama ii


(Lupakan dulu kenangan kisah Anif di STTJ Seremban sebab ianya telah lama berlalu... emm kita bual sebentar kisah berlaku kini terhadap cabaran buat Azim di SMTKL)

Azim khabarnya demam di asrama SMTKL. Sekarang ini musim denggi yang kritikal sekitar Selangor. Pasti sebagai ibu ayah kami amat risau. Pelajar asrama tak dibenarkan bawa telefon bimbit hatta sukarlah nak dapat maklumat sebenar. Deman yang bagaimana sakit yang bagaimana.

2. Sejak telekomunikasi manusia semakin maju, telefon awam semakin lengang, banyak yang rosak. Tak siapa hirau semua dah mesra telefon bimbit. Aku sendiri buat kajian; jika ada sepuluh gagang telefon awam sekitar Jenaris; nak katakan separuh yang yang boleh diguna pun amat payah. Tempat lain harapannya tidak bagai di sini. Manusia moden kian melupakan telefon awam; biarpun kadarnya murah tapi tak siapa sudi mengangkat gagangmya.

3. Lain keadaannya di asrama, telefon awam amat penting sebagai penghubung antara pelajar & keluarga. Tapi ceriteranya sama punyalah daif telefon awam ini; banyak yang rosak dari yang boleh digunakan. Paling dajal sudahlah sukar nak guna, telefon awam ini suka pula telan duit siling.

4. Kes Azim ini pun sama; ada sekitar 5 kali bunyi dering talian di rumahku, bila angkat ianya senyap... sudah banyak duit siling ditelannya barulah boleh ayahnya bercakap. Ini memang merimaskan. Berulang galak kali aku terima panggilan tapi bila angkat gagang talian terputus. Hanya ada bunyi dengung ikut citarasa TMnet.

5. Ibunya hantar surat melalui fax sekolah siang Jumaat. Sebab Azim telefon Khamis bersungut nak balik... dia tak sihat demam nak rehat di rumah. Lain pula ceriteranya. Minggu ini yang patutnya pelajar boleh balik; ada pula progrem motivasi PEMANTAPAN MINDA untuk pelajar Tingkatan 4. Jumaat sepanjang hari aku tunggu panggilan si Azim. Fax dah hantar jika dibenarkan aku pastinya akan jemput dia berehat di rumah. Masalah komunikasi ini tak selesai sampai ke Jumaat malam.

- bersambung

Sabtu, 1 Mac 2014

Cabaran Tinggal di Asrama (Siri Pertama)



Teringat bagaimana si Anif anak ketiga aku amat stres bila tinggal di asrama STTJ Seremban. Semua tahu sekolah ini menjadi idaman ramai para pelajar. Malahan ramai ibu bapa teruja nak masukkan anak mereka ke sini. Masa si Anif diterima masuk ke STTJ; dalam taklimat Pengetuanya yang bahasakan dirinya Ibu; ada sekitar 2,000 permohonan mereka terima; tempat disediakan sekadar sekitar 200 pelajar.

2. Maka STTJ membuat keputusan keutamaan diterima masuk bergantung PMR yang cemerlang pelajar mendapat semua A atau 7A sahaja kebanyakan yang dipilih. Dalam kelayakan untuk masuk ke Sekolah Teknik taklah sebegitu kecemerlangan yang perlu tapi nampaknya pelajar kita semakan pintar; Pastinya ini disebabkan hasil pengajaran amat dedikasi cikgu kini yang rata-rata hebat & berilmu/berpelajaran tinggi. Mana tidaknya kini cikgu yang mengajar di sekolah rendah pun rata-rata kalangan pemegang ijazah atau lebih dari itu ada master amat hebatnya pendidikan cikgu ini.

3. Kenapa si Anif stres tinggal di asrama. Stres pasti bersebab. Apa yang dia sungutkan; kenapa dia rasa tak sesuai. Adakah kejutan budaya hidupnya seharian?. Atau ada pengaruh lain buat dia amat tak suka suasana asrama STTJ.

4. Yang aku tahu bulan awal dia di asrama dia mengadu jam tangan kesayangan kena curi. Itu hanya masalah kecil; aku cakap pada dia ayah pun dulu lama tinggal di asrama kejadian kecurian ini memang biasa. Anif kena fikirkan tak semua keluarga mampu sedia semua keperluan anak mereka. Jam itu pun kita beli tak mahal mana; sian rakan Anif yang curi tu; dia teringin nak pakai jam macam Anif punya tapi tak mampu. Kita sedekah sajalah. Nanti ayah belikan baru sama macam tu.

5. Bila aku menungkan aku terasa angin juga sebab bagiku tak guna seseorang pelajar itu pandai atau menjadi seorang hebat jika dia dah besar nanti moralnya teruk; mencuri boleh membuat seseorang itu jadi lemak; nanti dah kerja pasti akan suka ambil rasuah; Rasuah itu dianggap lebih ringan dosanya dari mencuri. Banyak aku membebel pasal ini di blog aku yang dulu; malahan aku ada hantar e-mel ke pihak sekolah tentang masalah kecurian ini. Cadanganku agar diadakan kem motivasi tentang kelakuan sivik juga menghormati hak orang lain.

(Teringat masa abang sulong Anif...si Afiz belajar di Poli Shah Alam... Komputer riba yang baru kami beli... tak habis koyak plastik lagi; rakan serumah sewa Afiz curi; memang bukan orang luar sebab pandai pencuri ini pilih; mana komputer baru... bateri mana satu... padahal ada beberapa lagi komputer riba di gerobok yang sama dia tak usik pun. Kebetulan masa tu dia seorang-seorang baru pindah seminggu dua di rumah rakan akhir yang nak konvo; Afiz masa tu baru nak masuk tahun dua. Pelajar tahun akhir yang memang bidang komputer yang terghairah nak kebas komputer riba baru ni; dah komputer mereka semuanya dah terbabas.)

6. Aku lebih teruk menuduh atau bersangka buruk dengan STTJ ini; minda aku sentiasa mengatakan kenapa harus simpan pelajar yang jahat ini; kenapa tak buat perangkap seperti SMT Gombak. Apatah lagi aku sering berbual dengan emak ayah pelajar ketika aku mengambil si Anif  TIAP MINGGU di tahun empat; mereka juga mengadu kejadian kehilangan duit kerapberlakau; Pelajar yang di Tahun Lima pun pernah berbual dengan aku; sejak dia di Tahun Empat lagi kejadian kecurian sering berlaku. Sampai STTJ menghadkan pelajar hanya boleh bawa duit RM30 sahaja untuk belanja poket dalam dua minggu. Selalunya selang seminggu pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

7. Kenapa aku katakan "mengambil si Anif  TIAP MINGGU" demi memujuk dia agar menyesuaikan diri. Kes si Anif dah kira masuk ke kes perlu dikaunseling. Jadi Pengetua memahami masalah kami dan sentiasa menyokong kami agar si Anif ini tetap tinggal di asrama. Ada banyak amat jasa Ibu sebagai Pengetua ini yang aku amat sukar lupai. Memang seorang Ibu yang amat prihatin & jenis seorang wanita yang menghormati akan pandangan seorang ayah. Aku berhutang budi dengan Ibu ini dalam banyak perkara.

6. Kemuncak kes kecurian ini sebenar telah diselesai semasa si Anif di Tingkatan Lima; Aku tahu sendiri si maling atau siapakah punca angkara membuat semua pelajar cemas. Aku pasti ianya tak berulang lagi. tak perlukan aku ceriterakan di blog siapakah maling ini. Tapi sama sekali ianya tak pun melibatkan pelajar STTJ; fikiran aku yang bersangka buruk terhadap pelajar STTJ nampaknya amat naif. Pihak sekolah telah pun meladeni masalah ini dan aku pasti pihak sekolah telah pun mengekang masalah kecurian ini agar tidak berlaku lagi.




7. Ada lagi yang si Anif ini streskan... macam drama misteri pula... dia mengadu nampak lembaga hitam; lembaga aneh ada merata di STTJ... buat aku rasa gusar. Aku ni hebat juga dalam membuat tafsiran/tinjauan bebenda ghaib ini; Katanya di pokok besar; tak banyak mana pokok besar di STTJ. Di depan pintu utama luar pagar tu memang ada. Pokok pulai yang memang besar; tapi itu bukan hak milik STTJ. Dalam hatiku berkata... ini mesti si Anif buat ceritera. Agar aku perkenankan impiannya nak sekolah semula di SMK Saujana Impian. Sekolah lamanya.


8. Aku pernah hantar e-mel ke pihak sekolah; agar tebang saja pokok tua dalam kawasan sekolah. Mungkin bukan atas pengaruh e-melku kebanyakan pokok yang dah uzur memang STTJ telah tebang & cantas. Hanya tinggal pokok renek sahaja; tak mungkin hantu atau jembalang minat nak bertapa di pokok itu.


- bersambung.

Sabtu, 15 Februari 2014

Atlanta diselaputi salji tebal

Atlanta: Ribut salji kedua melanda selatan AS yang lazimnya bercuaca panas mengakibatkan kawasan itu diselaputi ais tebal selain beratus ribu rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.
Ribut itu - yang kemudian bergerak ke arah barat laut AS - mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 kematian termasuk tiga yang maut selepas ambulans dinaiki terbabas dan terbakar di Texas.

Hampir 3,300 penerbangan dibatalkan di seluruh negara.

Dalam amaran dikeluarkan awal pagi kelmarin, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menggelar ribut itu sebagai “bencana yang melumpuhkan dan melemahkan semua.”
FotoKENDERAAN terhenti di sebuah lebuh raya akibat salji tebal di Charlotte, Utara Carolina.

Pengkaji cuaca menjangka sesetengah tempat mungkin melihat lebih daripada 2.5 sentimeter (sm) ais manakala salji turut dijangka turun sehingga 7.6sm di Atlanta dan lebih teruk di Carolina Utara serta Selatan.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan bencana di Carolina Selatan dan beberapa bahagian Georgia membolehkan bantuan dihantar ke kawasan terbabit.

Pokok palma di Myrtle Beach, Carolina Selatan juga dilihat diselaputi lapisan ais tebal.

Bagaimanapun, kali ini penduduk Atlanta lebih bersedia dan tidak terjejas seteruk kali terakhir dilanda ribut salji pada 28 Januari lalu - apabila ribuan kanak-kanak terkandas di sekolah masing-masing sepanjang malam akibat kesesakan lalu lintas mengakibatkan ratusan pemandu meninggalkan kenderaan mereka di lebuh raya.

Sementara itu, Washington DC dijangka akan melihat sehingga 20sm salji dan 15sm di bandar New York. - AP

Sungai di Indonesia bertukar warna merah darahTajuk catatan

pada 13-02-2014 02:02 
Post Pic
BONTANG SELATAN (INDONESIA): Penduduk sekitar Sungai Jambatan Kuning, Bontang Selatan, Indonesia gempar apabila dikejutkan dengan bahagian muara air sungai itu berubah menjadi warna merah darah.
 
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 11 Februari sekitar jam 2 petang waktu Indonesia.
 
“Pendapat yang paling kuat kerana (tumpahan) cat, yang berpunca dari bencana alam atau perbuatan manusia, tapi tak lepas dari kekuasaan Allah,” lanjut pengurus Keluarga Pelajar Mahasiswa Kalimantan Timur (KPMKT) ini.
 
Sumber lain pula berkata, warna merah darah tersebut mengalir dari kawasan perusahaan. 
 
Namun apa yang pelik adalah air sungai itu tidak berbau cat.
 
Ketua Masyarakat, Agus Amir berkata pihaknya masih belum mengenal pasti mengapa fenomena itu terjadi.
 
“Kami baru mengambil sample air itu jadi masih belum tahu puncanya,” ujar Agus Amir.
 
Hingga berita ditulis air sungai itu masih belum berubah ke warna asal.
 
Fenomena ini menyebabkan Sungai Jambatan Kuning menjadi tumpuan ramai. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salji Dilaporkan Turun di Gunung Kinabalu Setelah Suhu Mencecah -3°C

Adakah salji turun di Gunung Kinabalu sebelum waktu subuh 17 Januari apabila suhunya menurun kepada -3°C?


Satu laporan diserahkan kepada Taman-Taman Sabah oleh ketua ranger, Martin Mogurin yang menunjukkan terdapat tanda-tanda turunnya salji di puncak gunung dengan ketinggian 4,101 meter di Crocker Ranger pada kira-kira pukul 4 pagi.

Martin berkata, petunjuk di gunung itu telah dinyatakan dalam laporan tetapi tidak dapat disertakan dengan gambar kerana keadaan ketika itu gelap. Pegawai Taman-Taman Sabah sedang mengesahkan laporan itu.


Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji.

Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal berkata, beliau sedang mengumpulkan maklumat tetapi sangsi dengan keadaan salji itu.

Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.

"Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil," kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.


Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah.

Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/salji-dilaporkan-turun-di-gunung.html#ixzz2tNuKiy8e

Salji Turun Kat Tanah Arab?

DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah
Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir.

Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi
pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri
paling utara di UAE.

Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang
terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada
malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah
suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini.

Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat
tertinggi di sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin
lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai,
satu daerah yang jarang sekali menerima hujan.

Malah, polis melaporkan 500 kemalangan jalan raya berlaku dalam tempoh 24
jam, termasuk satu nahas maut yang berpunca daripada hujan lebat selama
tiga hari berturut-turut.

Cuaca sejuk turut menyelubungi negara itu minggu ini dengan suhu turun
mendadak kepada 12 darjah Celsius di Dubai, malam kelmarin.

Kenyataan Jabatan Kaji Cuaca itu bagaimanapun berkata, cuaca sejuk di
Dubai yang sebelum ini suhu musim panasnya mencecah 50 darjah Celsius,
akan berakhir minggu depan.

UAE adalah antara tempat pelancongan popular, terutama kota Dubai di mana
kebanyakan pelawat adalah dari negara sejuk yang datang untuk menikmati
cuaca panasnya. – AFP/Reuters