Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Ahad, 18 November 2012

Bos lama Mila di I & P : meninggal dunia

 

Apa lagi agenda Mila hari minggu ini, semalam perjalanan kami gagal; aku SESAT lagi di aman Tun Dr Ismail - TTDI. Dapat ziarah pemergian bos lama Mila di I & P tapi kami sesat nak cari kubur di Bukit Kiara. Allahyarham Tuan Haji Rashid. 71 Tahun.

2. Masa di masjid kami telah lewat; dari rumah dah sekitar jam 10:00 pagi nasiblah jalan tak sesak. Aku sampai ke masjid jenazah diuruskan betul-betul tengah solat jenazah. Kemudian van jenazah bergerak pantas. Mila kata dia tahu jalan nak ke kubur; jadi aku yakin sangatlag cakap Mila.

3. Langkah mencari kubur jadi kalut; kami silap arah top-top masuk jalan Sungai Besi di sebelah TUDM. Mila nekad nak pergi sebab di masjid dia tak sempat bersalaman dengan isteri Allahyarham. Aku kembali semula menyusur Istana Negara lama muzium dan ke Bukit Damansara. Punca sesat Mila suruh aku ikut Jalan Damansara Utama.

4. Biasalah aku bersungut sebab bagiku jika nak ziarah kematian kena awal pagi. Arwah telah meninggal dunia sekitar Jumaat malam Sabtu. Mila SMS anak arwah sekitar jam 9:30 pagi katanya tengah dimandikan. Baru kejut aku sambung tidur. Mandi pelbagai; Mila siap ringkas amat kali ini. Tapi dah melebih 10:00 pagi. Selalunya orang uruskan jenazah takkan sampai dua jam. Mandi pun sekitar 30 minit pasti jenazah dah bersih. Takkan nak biarkan jenazah kesejukan.

5. Dua kali menuju TTDI; nampak tanah perkuburan sebelah kanan jalan TAPI kami di jejantas tingkat dua; tak jumpa lorong pusingan U; andaian aku pasti susur kiri kemudian akan pusiangan U ke kanan; Di Tanah perkuburan nampak masih rasa orang sedang menguruskan pengkebumian. Masih beli bacaan talkin. Sebab semua berdiri. Tak pasti ada sesetengah tempat memang tak dibenarkan duduk kecuali imam & pewaris jika baca talkin.

6. Aku sesat teruk entah ke mana; tanya orang sana-sini; amat memeningkan; dua kali masuk terowong Sungai Pencala nampak bumbung jutawan Sabri Kg Sungai Pencala pun sekitar 3 kali. Tanya bab kubur memang orang tak tahu tapi kalau tanya IKEA bukan orang Damansara pun tahu. Fikir-fikirkan dah tentu tanah perkuburan dah kosong tinggal Nungkar Nangkir menyoal Allahyarham. Mentari pun dah nak terpacak tepat di kepala.

7. Tak apalah Mila kita dah berniat nak ziarahi; Mila pun tak ambil kesempatan bersalaman dengan warisnya di masjid; van bertolak pun masih banyak agenda Mila. Urusan jenazah mana boleh kita berleka. Past Malaikat akan tolong ringan/lajukan perjalanan jenazah. Sampai masjid dah lengang aku pun tak sangka Mila nak menziarahi kalau tak boleh juga cuba buat lakaran kubur pelbagai melalui peta google.

8. Ini bukan sekali dua aku sesat di lebuh raya yang bertingkat-tingkat sekitar Damansara; silap lorong entah ke mana; kereta pula bukan sunyi. Martabat kita hanya layak tenguk dari jauh pemergian Allahyarham. Masa di IJN pun aku sekadar dapat menemani Mila tak pun ada kesempatan masuk wad CCU. Al-Fatihah buat Allhayarham agar keluarga Allahyarham bersabar dan tabah pemergian orang yang kita kasihi.

AKU ADALAH AKU III


Catatan seorang Pesara

Agak sukar nak tidur malam. Kemungkinan fikiran runsing. Kemungkinan glukos dalam badan tak menentu. Kemungkinan gangguan cahaya lampu anak-anak lewat tidur. Kemungkinan sekadar bantal peluk BUSUK sebagai teman. Kemungkinan hati berlagu rindu tapi tak siada mahu mendengar dodoian ini.


2. Top-top Mila mengejutku untuk solat subuh. Ada ketika aku terjaga sebelum Mila kejutkan anak-anak; tapi aku malas nak bangun. Ada ketika semasa Mila terjaga mahu ke surau aku dengar dia tutup dan buka lampu. Tolak pintu utama. Aku memang kena layak antu pengap tak larat bangunkan badan. Surau sepelaung sahaja dari teratakku. Selang beberapa rumah teres dah sampai. Itu kalau Mila terjaga kejutan penggera telefon bimbitnya. Jika tidak macam biasalah kami semua sembahyang di rumah ketika subuh.

3. Masa aku di Kampung Malaysia. Aku segar bugar; selalu kayuh basikal lumba sampai ke Kampung Konggo. Aku rajin ke surau solat Maghrib & Isya; sesekali terjaga subuh aku tetap solat di surau. Jika ada ceramah di surau aku pasti duduk mendengar. Ketika itu Mila tak pernah mahu ikut biarpun aku sering mengajaknya. Arus iman manusia ni macam ombak laut kadang-kadang memuncak kadang-kadang pecah memukul pantai.


4. Ketika awal aku pindah di Jenaris; jika tak solat di Surau Jenaris aku suka sembahyang di Masjid Kajang; setiap Maghrib & Isyak. Ceramah di Masjid Kajang boleh katakan tiap hari ada. Jenaris masa tu tak buat solat Jumaat; maka mana ada duit nak buat selalu ceramah di surau. Tapi jadual cerammah di Jenaris & Kajang sentiasa aku ikuti. Sampaikan telah hafal corak ceramah ustaz-ustaz yang selalu berceramah di sekitar sini. Ada ustaz yang hebat sejarah Islam; ada ustaz sekadar baca kitab, ada ustaz yang hebat isu semasa, fardu ain & sindiran politik. Masa itu aku sudah ada kapcai & lesen kereta. Tapi aku hanya sendirian.

5. Dunia surau, ceramah dan majlis ilmu yang lain berubah setelah aku bertukar kerjaya; sebermula aku menjadi pakar Trafik; setahun lebih aku terpaksa jadi kutu jalan. Mengambil data isipadu kenderaan sekitar Kuala lumpur/Lembah Klang. Projek perunding DBKL ini memaksa aku tidur awal. Lesu dan tak bermaya ketika malam. Mana tidaknya seawal jam 5:00 pagi kena bangun; 5:30 pagi kena bergerak ke tapak kajian; dengan rakaman kamera dugung dan kaunter kiraan. 6:45 mesti segalanya telah tersedia di tapak penyelidikan. KL telah menjadi kampung aku; sebut sahaja di mana aku sentiasa ada buat rakaman. Selalunya dari 6:45 pagi aku kena buat rakaman sampai 7:45 malam. Pandai-pandailah bergilir dengan rakan; ada ketika hanya berdua; ada ketika berempat jika perlu mengambil data percemaran.

6. DBKL tak yang pakar untuk mengambil data isipadu dan percemaran. Laporan lenggap trafik di KL kena ada untuk meminta bajet dari kerajaan untuk membangunkan pengangkutan komputer atau monorel atau keretapi bawah tanah atau pengangkutan yang lain jika difikirkan sesuai. Hatta fakulti kami menjadi pakar perunding aku sebagai pegawai teknikal & pensyarahku Ir Radin menjadi jurutera menyediakan laporan projek. (Kini Ir Radin dah dapat Dato' Ir Radin... aku pun apa kurang Datok kepada Qasrina yang comel)

Dunia siang & malam aku bercelaru demi untuk mencapai wawasan negara.

- bersambung...

Kereta Perang Meragam


Sekikar Ogos lalu Avanza Mila menyakat kami; tak pasal-pasal aku dan Mila naik loro tarik. Sangkut betul-betul dalam kesesakan di Jalan Cheras. Di Lebuh Raya Grand Saga. Top-top siang tadi; kereta perangku pula meragam. Ketika Azim bila aku masuk gear dua macam tak boleh naik bukit; minyak macam tak sampai tak ada apa api & enjin berhenti.

2. Di FB awal pagi aku ada bergurau dengan Rakan FB tentang masalah tak ada kenderaan. Kereta perangku memang tak mampu berjalan jauh; sebab tayarnya ada masalah. Nak tukar dua tayar pastinya sekitar RM300. Duit memang banyak nak pakai. Sebelum Raya Haji aku telah berjanji dengan anak-anak nak belikan Komputer Riba sebab tiada lagi komputer sesuai untuk kami akses internet. Sedih Komputer Riba 1Malaysia aku telah memohon. Ikut ketua keluarga aku lebih daripada layak.

3. Banyak amat cikadak dari KPM dan pihak sekolah; hanya e-mel dan telefon dari guru sekolah yang aku terima; Mereka suruh aku rujuk ke Pejabat Pelajaran Daerah. Hulu Langat rakanku yang pencen jauh lebih banyak  dariku (Tak sampailah RM3K) telah lama anaknya dapat; tak perlu merayu sana-sini; pihak sekolah yang uruskan segala. Borang memang diedarkan melalui sekolah. Tak apalah aku akan cuba menyimpan/menabung nanti ada yang persoalkan pendapatan satu keluarga melebih RM3K; sebabnya campur anak bini segala seisi rumah pendapatan kami dah memang bak jutawan; berjuta sebulan kut; (Berjuta-juta Rupiah)


4. Bajet nak beli basikal tua (Sudirman) pun masih tak lepas. Cadangnya bulan ni nak selesaikan semua bayaran. Emm bila kereta perang meragam paling tidak RM300 pasti habis. Bagi pesara jumpa RM100 pun sudah amat banyak. Aku bersyukur ada rakan yang kerja pomen dapat membantu. Selalunya tak kira jauh mana nak tarik kereta mestilah sekitar RM200; Tapi tadi Pomen Di Raja dapat ringankan masalahku dalam kos tarik. Dah selamat simpan di depan bengkel Pomen Di Raja.

5. Kereta perangku sangkut betul-betul di simpang Tanah Perkuburan Islam Taman Delima. Tengah hari panas. Tak dapat aku bayangkan jika sangkut di tengah kesesakan Jalan Saujana Impian. Allah SWT mengaturkan segala. Aku teringat nak beli akhbar Media Terkini. Sebab puisi aku terbit. Akhir bila kereta aku tak boleh dihidupkan enjin; mati enjinnya tanpa amaran. Salah seorang Pomen Di Raja rakan baikku lalu di jalan pintas tersebut nak ambil anaknya balik sekolah. Dia yang tolong tenguk; tak selesai; kena tarik ke bengkel. Hatta naik lori tariklah aku. Sampai di bengkel emm masalahnya adalah distributor (alat agihan elektrik) kereta perangku memang nazak. Palang pencucuh pun rasanya telah lama tak tukar; kabel agihan elektrik pun dah teramat uzur.

Jumaat, 16 November 2012

Aku & Idola

Sejak aku muda belia ada ramai artis aku minat; menjadi Idola & teringin sangat nak berjumpa. Cuma takdir yang menentukannya mana mungkin kita yang melakarkan; antara artis yang aku suka seperti Sudirman, Ziana Zain, Mior Hashim, Siti Nurhaliza, Jamal Abdilah, Kak Uji, Allahyarham Latif Ibrahim, Rozita Che Wan ramai lagi.

2. Sempatlah kawan berteater dengan Mior, Sani Sudin & beberapa orang artis tersohor tapi mereka dah lupakan aku; sebab aku ni kejap amat terlibat dengan dunia teater itu. Si AC Mizal ni pernah sampai ke rumah aku sebab dia tu pangkat anak saudara tiri; ayah AC tu pangkat abg tiri dia dibesarkan oleh arwah apak. Apak pun nazak di rumah AC; masa tu dia tak kahwin lagi masih duduk dengan keluarga di Cheras. AC menghantar jenazah arwah apak sampai ke Kubur Pedas Kg Changkat Tualang Kota Bharu Perak.

3. Selain artis ada juga rakanku orang politik bergelar Dato'/Datuk tapi biasalah bila mereka ni dah sibuk (sebut hidup senang macam
dengki pula) hatta tak lagi ingatkan aku. Aku teringat dapat e-mel dari Pak Lah sebab aku sering mengadu ke JPM masalah kerjaya pun masalah seharian. Peguam Politik Pak lah dulu masa dia jadi Menteri Luar adalah rakan baikku.

4. Kenangan paling aku suka bila bermuka buku/FB; tak sangka dapat berhubung dengan beberapa juruhebah kesayangangku... Idolaku seperti abg Noramin Mosyi Mosyi pun Zainal Abas... ada beberapa lagi orang tersohor menjadi sebagai mereka yang amat ingin aku kenal rapat. Intim.

5. Dunia ini kecil sebenarnya malahan ramai juga rakanku telah jadi Dato' atau jutawan ada yang masih rapat denganku ada juga yang memang tak ingat pun wajahku. Tentunya sebab aku bukannya orang hebat atau popular. aki cuma adar iR depan nama bukan Ir (jurutera) iR tu adalah identitiku sebagai Penyair Idanradzi... yang aku eja begini iDANRADZi.

Khamis, 15 November 2012

Istanbul Aku Datang laris!

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

 


FILEM Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly mencatat sejarah manis bagi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) apabila berjaya mengaut kutipan tiket kira-kira RM1 juta selepas empat hari tayangan.
Perkembangan positif ini adalah sesuatu yang menarik kerana ketika ini filem yang blockbuster seperti James Bond - Skyfall, masih ditayangkan ditambah pula dengan cuaca hujan di sekitar Lembah Klang.

Terbukti filem komedi romantis lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok itu ada aura yang hebat berdasarkan maklum balas yang baik diberikan kepada peminat serta wartawan yang sudah menontonnya.

Ini sekali gus meredakan sedikit kebimbangan terhadap kutipan tiket filem tempatan yang lembab akhir-akhir ini.

Pengurus Besar GBSB, Tengku Iesta Tengku Alaudin, berkata perkhabaran itu sangat menggembirakan kerana ia membuktikan peminat masih memberikan sokongan yang baik kepada filem yang bermutu lagi menghiburkan.

“Saya mewakili pihak produser berasa amat gembira dengan perkhabaran ini apabila Istanbul Aku Datang berjaya mencatat kutipan RM1 juta dalam masa empat hari.

“Malah pawagam terus diserbu peminat yang menyaksikan filem itu pada musim cuti perayaan dan sekolah ketika ini. Kami harap jumlah kutipan akan terus meningkat lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Iesta berkata, pihaknya sedar hakikat kelembapan pasaran filem Melayu dan import ketika ini lalu pada awalnya tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kepada Istanvbul Aku Datang.

“Isnin lalu yang juga hari keenam tayangan, saya difahamkan tiket habis terjual. Saya tidak pasti berapakah kutipan terbaru namun saya harap peminat akan terus memberikan sokongan,” katanya.

Kegembiraan Tengku Iesta tidak sekadar kutipan saja bahkan dia berbangga dengan filem itu kerana setakat ini tiada komen negatif diberikan daripada penonton.

“Kalau adapun bukan hanya sedikit mengenai lakonan Tomok dan Aizat. Kita faham mereka bukannya pelakon sebaliknya penyanyi. Namun ada babak tertentu mereka mampu memberikan lakonan berkesan.

“Lisa (Surihani) paling banyak menerima pujian apabila kebanyakan pengkritik filem mengatakan watak Dian yang dilakonnya adalah yang terbaik setakat ini. Bernard berjaya membuat transformasi yang hebat terhadap Lisa yang baik terhadap lakonan Lisa,” ujarnya.

Istanbul Aku Datang, sebuah filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films membawa penonton menikmati keindahan pemandangan indah di Turki.

Kisah bermula apabila Dian (Lisa Surihani) ke Istanbul untuk mengejutkan teman lelakinya, Azad (Tomok) yang juga pelajar jurusan perubatan. Dian bertekad mengambil kursus pendek di sana selain merancang pelbagai taktik untuk bertunang dengan Azad.

Namun, perancangan Dian hancur apabila Azad meminta Dian mencari rumah sendiri.
Dian kemudian sabar dan meminta bantuan seorang lelaki Turki yang menawarkan sebuah bilik. Malangnya, Dian ditipu lelaki itu kerana dia rupa-rupanya berkongsi rumah dengan seorang lelaki dari Malaysia, Haris (Beto).

Seterusnya tembelang Azad pecah dan ini menyebabkan Dian dan Haris mula terpikat hati walaupun pada awalnya mereka adalah seteru dalam rumah itu.
Tengku Iesta juga berkata, pihaknya terus membuat promosi bagi filem itu termasuk di kampuspengajian di luar kota.

“Penayangan Istanbul Aku Datang mendapat sambutan cukup baik di pawagam sekitar bandar besar. Mungkin ia kisah cinta ‘urban’.

“Sebenarnya penonton harus datang menonton dulu kerana filem ini boleh kena dengan sesiapa saja terutama pelajar yang merantau ke luar negara,” katanya.

Istanbul Aku Datang kutip RM1 juta

Oleh Rozdan Mazalan

Tengku Iesta (kiri) dan pengarah, Bernard Chauly (tengah) bergambar bersama
barisan pelakon Istanbul Aku Datang. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam  
Tengku Iesta (kiri) dan pengarah, Bernard Chauly (tengah) bergambar bersama barisan pelakon Istanbul Aku Datang. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
 
FILEM Istanbul Aku Datang memperoleh kutipan RM1 juta bagi empat hari tayangan bermula 8 November lalu.

Perkembangan ini menunjukkan tanda positif bahawa industri perfileman tanah air makin pulih. Ketika ramai produser filem berhadapan risiko karya mengalami kerugian, filem terbitan Primeworks Studios ini mendapat sambutan.

Meskipun menerima komen beberapa pelakon dari latar belakang penyanyi gagal memuaskan hati penonton, namun kekuatan Istanbul Aku Datang masih dilihat dari sudut jalan cerita dengan dibantu pelakon berpengalaman.

Alhamdulillah, memang tidak dijangka filem ini terus menunjukkan peningkatan positif bagi minggu pertama, malah memberangsangkan dari segi jualan tiket," Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Unit Filem dan Drama Primeworks Studios

Pengurus Besar Unit Filem dan Drama Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, pihaknya sentiasa berharap industri perfileman tempatan kembali subur dengan sambutan yang baik di pawagam sekarang.

“Alhamdulillah, memang tidak dijangka filem ini terus menunjukkan peningkatan positif bagi minggu pertama malah memberangsangkan dari segi jualan tiket.

“Dalam situasi semua produser hari ini melalui perasaan berdebar-berdebar ketika filem mereka berada di pawagam, kami mampu menarik nafas lega.

“Tidak dinafikan filem ini terus mendapat pujian kerana jalan cerita yang berbeza. Selain itu, beberapa pelakon seperti Lisa Surihani dan Beto antara pelakon yang berjaya mengimbangi keseluruhan jalan cerita,” katanya yang dihubungi HIP, semalam.

Promosi melalui radio kampus

Menurut Iesta, pihaknya tidak berdepan masalah dengan sambutan penonton di bandar yang rata-ratanya merasai filem ini dekat dengan hati mereka terutama golongan remaja. Namun, situasi itu tidak dilihat di kalangan penonton luar bandar.

“Kawasan bandar besar seperti sekitar Lembah Klang, Melaka, Seremban, Johor Bahru dan Pahang menjadi lokasi yang mencatat penonton yang ramai. Namun, masih perlu ditingkatkan dari segi promosi untuk pawagam di luar bandar.

“Semuanya sudah diatur sejak minggu ini di mana kita bekerjasama dengan semua institusi pengajian tinggi (IPT) melalu radio kampus. Selain itu, promosi menggunakan medium elektronik akan terus dipergiatkan,” katanya.

Selain Lisa Surihani dan Beto Kusyairy, filem arahan Bernard Chauly dari genre romantik komedi ini mendapat sokongan kuat daripada pelakon seperti Tomok dan Aizat. Filem ini melakukan penggambaran di Istanbul, Turki.

Filem “Istanbul Aku Datang” Kutip RM1.8 Juta Selepas Seminggu Tayangan

Tahniah! Selepas seminggu ditayangkan di pawagam, filem “Istanbul Aku Datang” arahan Bernard Chauly telah berjaya mengutip hampir RM1.8 juta. Ia merupakan pencapaian hebat selepas tahun ini yang banyak melihat filem-filem lawak seperti Adnan Sempit 2 (RM6.82 juta), Mael Lambong (RM4.88 juta), Hantu Gangster (RM3.45 juta), dan juga Hantu Kapcai (RM3.19 juta) memegang tempat kutipan tertinggi. (via FINAS)

 Berlatarbelakangkan Istanbul di Turki, filem lakonan Lisa Surihani, Beto Qusyairy dan Tomok ini telah berjaya mencuri hati ramai penonton dan rata-rata komen yang diberikan semuanya adalah positif. Tidak kurang juga ada yang sudah menonton 2 kali.

Menurut komen seorang pengkritik filem, Syazwan Zakariah (@Syazwanzakariah) melalui akaun Twitter Grand Brilliance (@GrandBrilliance), beliau membayangkan filem ini sebagai sebuah cerita yang menarik dan tak jemu walaupun ditonton berulang kali.

Menerusi akaun Twitter Grand Brilliance juga, filem “Istanbul Aku Datang” telah mencatat rekod tersendiri apabila menjadi “trending topic” sebanyak 3 kali.

Lupakan sebentar bahawa Tomok adalah seorang penyanyi. Bagi OHBULAN!, Tomok berjaya membawa watak yang diberikan walaupun ini hanyalah filem lakonannya yang kedua.

Menarik bukan? Jadi, anda pula macam mana? Sudah menonton filem ini atau belum? Untuk anda yang tidak sukakan filem buatan Malaysia atau segan untuk menonton filem cinta, cubalah tonton filem ini kerana OHBULAN! yakin, anda pasti tidak akan kecewa. Oh ya, sampai bila mahu simpan pemikiran kolot bahawa filem Melayu tidak menarik?



Pelacur & Anjing



GP BERTANYA:
'Baik yang saya maksudkan di sini' maknanya tidak memusuhi Islam..dan masih menyembah Allah. Sebab ada student saya yang mengaku dia keturunan Yahudi. Sedangkan Yahudi yang digembar gemburkan sekarang ni semuanya macam memusuhi Islam. Saya nak tahu apa maksud cerita versi Israeliyat.

Zina itu haram. Pekerjaan pelacur itu juga umpama zina. Jadi ada satu kisah yang selalu kita dengar dan baca..tentang seorang pelacur yang masuk syurga disebabkan dia beri minum seekor anjing. cerita ni dipertikaikan oleh student saya..seolah-olah takpe jadi pelacur..asalkan ada sifat ihsan dengan haiwan boleh masuk syurga. Jadi saya nak tahu cerita tu dalam Islam wujud ke..atau cerita tu direka-reka oleh musuh Islam untuk mengelirukan orang Islam. Terima kasih kerana membalas mesej saya.

JAWAPAN:
Oh begitu. Memang ada orang Yahudi yang tidak memusuhi Islam, tetapi bilangannya sangatlah kecil.
Tentang menyembah Allah, banyak juga orang Yahudi yang masih menyembah Allah (walaupun mereka menyebutnya dengan nama lain seperti Yehovah, Yahweh, Eloah dan lain-lain) kerana umumnya mereka tidak menyembah berhala ataupun tuhan-tuhan lain. Masalahnya, mereka menolak Nabi Muhammad dan syariatnya.
Cerita Israiliyyat ialah kisah-kisah yang diriwayatkan (didengar/dibaca) oleh orang-orang Islam dari orang-orang Yahudi pada zaman dahulu. Cerita Israiliyyat ini kita percahkan kepada 3 jenis:

1. Yang boleh dipercayai
2. Yang tidak boleh dipercayai
3. Yang ‘didiamkan’ kerana tidak tahu sama ada kisah itu benar ataupun tidak.

Cerita-cerita Israiliyyat ini banyak terdapat dalam kitab-kitab ulama terdahulu terutamanya yang berkaitan dengan sejarah.

Tentang kisah pelacur yang diampunkan itu, memang ada hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan riwayat Imam Muslim. Maksudnya kisah itu benar. 

“Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah perigi pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang diperbuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.” (Muslim ). 

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir-hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu diikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu.” (Bukhari).

Namun begitu, sefaham saya kisah itu berlaku sebelum zaman Nabi Muhammad saw. Syariat pada zaman itu tentunya ada perbezaan dengan syariat pada zaman Rasulullah. Itu satu hal.

Hal kedua, kisah itu sebenarnya kes terpencil dan hanya berlaku kepada wanita itu sahaja. Namun tidak kita nafikan, Allah boleh mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia mahu. Kalau kita perhatikan betul-betul, cerita itu disampaikan setakat itu sahaja. Tidak pula disambung oleh Nabi Muhammad seperti katanya (sebagai contoh) : “Maka setiap wanita pelacur yang menjamu makan dan minum kepada akan diampunkan dosanya sebagaimana wanita itu.” Tidak ada. Cerita itu betul-betul tentang SEORANG wanita pelacur zaman dahulu sahaja.

Maka kes terpencil seperti ini tidak boleh dipakai untuk membenarkan kerja-kerja pelacuran. Jika tidak, pada setiap pagi/ petang akan kelihatanlah ribuan pelacur di kota raya memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang berkeliaran, dengan harapan dosa mereka diampunkan. Jika benar begitu, tentunya sejak zaman Nabi dan zaman sahabat lagi pekerjaan sebagai pelacur dalam kalangan orang Islam sudah meriah. Kita sedia maklum, keadaan seperti itu tidak berlaku.

Ketiga – Kita ambil satu contoh kes terpencil dalam Al Quran. Ketika Nabi Musa pergi bermunajat kepada Tuhan selama 40 hari, ada seorang bernama Samiri menjadi pencetus kesesatan kaum Bani Israil kerana dia menyebabkan sebahagian kaum Bani Israil menyembah patung lembu. 

Sekembalinya Nabi Musa, kaum Bani Israil yang menyembah lembu itu dihukum tetapi pemimpin mereka iaitu Samiri hanya diusir. Bukankah sepatutnya dia yang lebih utama untuk dihukum?

Banyak kes terpencil yang berlaku khusus untuk seseorang, tetapi umumnya tidak boleh dihukumkan kepada orang lain, ataupun ditiru oleh orang lain. Antaranya perbuatan Khalid al-Walid sengaja meminum racun selepas dicabar oleh musuh Islam, Tok Kenali sengaja membiarkan kudis di kakinya, Imam Al-Ghazali berkelana selama 11 tahun meninggalkan keluarganya, Nabi Khidhir membunuh seorang kanak-kanak walaupun perbuatan dosa kanak-kanak itu belum dilakukan lagi dan lain-lain. 

Keempat. Cerita itu terlalu umum. Kita tidak tahu sebab musabab wanita itu melacurkan dirinya. 

Mengikut syariat Nabi Muhammad, wanita pelacur tetap dikenakan hukum hudud.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar
23 JUN 2011

iDAN:

Sebaiknya kita menerima apa jua contoh teladan dari al-Quran, hadith, Sunnah dan amalan Para Ulamak dengan rasa terbuka dan bersangka baik. Dalam kisah pelacur ini memang tidak diperincikan apa berlaku setelah pertolongan ini. Secara akal baik kita. Pastinya wanita ini setelah diampunkan dosanya dia tidak akan melacur lagi. Sebab melacur ini amat hina kerjaya dalam agama kita Islam.

Zaman dulu masih ada wahyu, Para Rasul pun Nabi masih ada. Jika kisah ini kita silap pengertian hingga menghalalkan melacur diri jika terdesak; ini kira jiwa yang telah kacau. mabuk atau sesat. Zina tetap zina dosa besar. Melacur tetap dosa besar sebab melacur itu bukankah zina. Bagitu juga arak judi jangan sampai kita ambil jalan mudah arak dicampurkan ubat konon ianya lebih berkesan; berjudi dalam bersukan atau berjudi, sebagai contoh lawan kuda untuk Rekriasi di sebelahnya bertarung dengan duit dibolehkan memang ini pendapat songsang dan amat memeningkan.

gosip Rozita Che Wan

Rozita resah digosip



HANYA ketabahan hati dan sokongan keluarga serta anak membuatkan Rozita Che Wan tenang menghadapi fitnah dan gosip.  Ibu tunggal kepada dua anak itu bersyukur dengan kejelitaan diberikan Allah, tetapi anugerah itu yang kadangkala membuatkan jiwanya resah kerana acapkali dilanda kontroversi.

HANYA ketabahan hati dan sokongan keluarga serta anak membuatkan Rozita Che Wan tenang menghadapi fitnah dan gosip.

Ibu tunggal kepada dua anak itu bersyukur dengan kejelitaan diberikan Allah, tetapi anugerah itu yang kadangkala membuatkan jiwanya resah kerana acapkali dilanda kontroversi.

Kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini boleh menerima apa saja gosip seadanya kerana ia harga perlu dibayar apabila menjadi anak seni.

Tetapi dia bimbang memikirkan persepsi peminat terhadapnya.

Ini kerana mereka mula bosan dengannya yang dikatakan lebih banyak menjual cerita sensasi daripada kerjaya lakonannya.

Awal minggu ini sekali lagi Rozita dikatakan berkahwin dengan seseorang yang berstatus tinggi.

Desas-desus itu disiarkan dalam ruangan Soseh Soseh (SS).

Antara kandungan SS itu, dikatakan ada seorang VIP dilihat kerap ke rumahnya walaupun ketika itu ibunya ada di rumah. Sehubungan itu Rozita tampil memberikan penjelasan.

�Saya tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Kami adik-beradik tinggal beramai-ramai di pangsapuri milik adik saya, Ruby yang berkahwin dengan Lan Pet Pet.

�Ayu Raudhah pun tinggal di sana juga. Emak saya sekarang yang menetap di KL pun tinggal dengan Ruby. Oleh kerana emak tinggal bersama Ruby, kami selalu berkumpul di sana.

�Adik saya, Jaja yang baru berkahwin juga selalu tidur di rumah itu. Saya juga ada dua adik lelaki lagi.

�Apabila dah kami semua tinggal serumah, kawan-kawan saya dan adik beradik lain pun akan datang ke sana. Sebab itu agaknya orang selalu nampak rumah kami ada tetamu.

�Tetamu yang datang pun pakai plat kereta biasa saja. Hairan, siapalah rajin mengintai rumah kami,� katanya.

Rozita mengakui tidak kisah dengan gosip disebarkan itu kerana ia tidak benar, tetapi kerap sangat digosip katanya, risau juga sangkaan masyarakat terhadap dirinya.

�Saya jarang bercampur dengan orang. Kalau tak ada penggambaran drama atau sesi fotografi dengan media, saya berehat di rumah bersama keluarga.

�Jika tidak pun, saya pergi melawat anak sulung (Ammar Effendy, 13) di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), Pasir Salak, Perak.

�Saya berselang seli dengan bekas suami melawat Ammar. Guru dan pelajar di sekolah itu tahu Ammar anak Rozita Che Wan.

�Apabila saya ke sana, kawannya beramai-ramai datang ke biliknya. Mujurlah Ammar sudah biasa dengan keadaan itu,� katanya.

Pinta Rozita kepada peminat, jangan salah faham dengannya kerana dia sendiri tidak mahu dijadikan bahan gosip. Jelas Rozita, situasi sebegitu membuatkannya serba salah.

�Ada peminat tak puas hati dan minta saya kurangkan kontroversi. Orang jadi muak. Kalau boleh saya sendiri mahu menghentikan segala cerita kontroversi itu, tetapi saya tidak boleh sekat orang menulis.

�Nampaknya saya kena menjaga diri sendiri dengan tidak memberi ruang orang menulis mengenai perkara yang tidak berasas seperti berkahwin dengan VIP.

�Katalah jika suatu hari nanti saya mengaku sudah berkahwin. Orang akan cari saya juga dan bertanya berkahwin dengan siapa, isteri nombor berapa serta menikah kat mana.

�Selepas itu tanya pula saya bahagia ke tidak. Jarang kelihatan bersama suami, dikatakan pula rumah tangga kami sudah tidak bahagia dan macam-macam lagi.

�Perkara ini tidak akan habis begitu saja. Ada saja cerita pasal saya yang akan keluar.

�Hakikatnya, sampai sekarang saya belum berkahwin dengan sesiapa. Kalau kahwin pun, adakah perkahwinan itu akan kekal?

�Memang ramai �mengejar� namun hati belum terbuka untuk bersuami lagi. Sukar hendak menilai sama ada dia jujur berkawan dengan saya. Dalam mencari kawan, saya lebih suka menilai seseorang itu menerusi perbuatan bukan mainan perkataannya.

�Tak kuasa hendak membebankan kepala ini kerana belum tentu perkahwinan itu akan menjanjikan kebahagiaan. Saya bahagia dengan keadaan sekarang dapat melihat anak membesar serta berjaya dalam pelajaran,� katanya.