Khamis, 15 November 2012
Harimau Malaya Hambar
SHAH ALAM - Hanya 10 hari lagi menjelang Piala Suzuki AFF, prestasi Harimau Malaya terus mencetuskan kebimbangan apabila hanya mampu sekadar seri 1-1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Duka kekalahan kepada Vietnam dan Thailand sebelum ini nampaknya belum cukup menyedarkan anak-anak buah Datuk K.Rajagobal, sebaliknya terus terkial-kial untuk mencari rentak menyakinkan yang begitu ketara dalam aksi malam tadi.
Lebih kecewa Harimau Malaya mempersia-siakan peluang untuk memenangi perlawanan di hadapan 5,000 penonton walaupun pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Lee Chi Ho mendapat kad merah lapan minit sebelum permainan tamat, apabila Hong Kong mencuri gol penyamaan pada minit ke-88 melalui Lam Hok Hei.
Jaringan penyamaan Hong Kong gara-gara kesilapan Mohd. Aidil Zafuan yang menyepak lemah kepada Khairul Fahmi Che Mat lalu disambar Hok Hei, yang bersahaja membawa bola ke dalam pintu gol bagi perlawanan berkesudahan seri 1-1.
Sebelum itu, Safee Sali meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-58 apabila memanfaatkan hantaran silang Amar Rohidan dengan menanduk kemas ke arah penjuru kanan pintu gol Hong Kong.
Corak hantaran Harimau Malaya ternyata tidak tersusun di samping kegagalan bahagian tengah yang dikemudi Safiq Rahim dan Amar mengawal permainan sehingga membuka ruang kepada Hong Kong mengatur beberapa percubaan berbahaya.
Hanya persembahan Safee dan Norshahrul Idlan Talaha memberikan sedikit kegembiraan kepada penyokong apabila beberapa kali melancarkan percubaan yang hampir menemui sasaran.
Sepakan gunting menarik Safee yang menerima umpanan Norshahrul pada minit ke-16 sedikit tersasar sebelum penyerang Pelita Jaya itu melepaskan sekali lagi peluang keemasan 15 minit kemudian apabila rembatan leret pemain itu dari sebelah kiri mudah ditangkap Yapp Hung Fai.
Sementara itu, Rajagobal ternyata kecewa dengan keputusan semalam ketika hasratnya mahu mencari kemenangan semangat menjelang Piala Suzuki AFF, hampir bertukar menjadi bencana.
“Saya amat kecewa dengan keputusan ini. Selepas Safee menjaringkan gol, kita sepatutnya meningkatkan permainan.
“Namun kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi menyebabkan keadaan menjadi sukar meraih kemenangan.
“Saya juga kecewa kerana beberapa pemain beraksi di bawah tahap sebenar mereka. Namun Hong Kong beraksi dengan corak permainan yang berbeza berbanding perlawanan sebelum ini," katanya.
- UTUSAN
iDAN:
Tak ramai peminat bola datang memberi sokongan kenapa?... apakah faktor harga tiket RM20 itu agak mahal. Atau tak kena masa sebab ramai cuti dan balik kampung. Atau tak sanggup melihat pemain kebangsaan kita tewas & tewas lagi. Alahai dah dapat satu gol nampak leka; malahan gol penyamaan amat mengecewakan peminat bola sepak tanah air.
Tips Mudah Merawat Kacamata
Kacamata sangat penting bagi penderita rabun dekat atau jauh. Kerana vital, kacamata harus sentiasa dirawat dan disimpan dengan sebaik-baiknya. Apalagi bagi Anda yang memakai kacamata berjenama dengan harga yang agak mahal, tentunya sayang jika kacamata kesayangan Anda lecet atau kusam.
Agar lebih anggun dan selesa digunakan, simak beberapa tips merawat kacamata berikut ini.
Peganglah kedua belah gagang kacamata pada saat memakai atau melepaskan kacamata. Hal ini untuk menghindari berubahnya setelan kacamata. Bila sedang tidak digunakan, letakkan kacamata dalam posisi terbuka dan letakkan kacamata dalam posisi lensa berada di atas.
Simpan kacamata pada kotak kacamata. Usahakan agar tak menaruh kacamata di dalam saku ataupun tas tanpa perlindungan untuk menghindari hal-hal yang tak diinginkan.
Jangan lupa membersihkan kacamata setelah Anda beraktiviti, apalagi jika selepas berolahraga atau aktiviti lain yang mengeluarkan peluh. Untuk mencucinya, gunakan pembersih khusus kacamata atau air sabun tangan dan bilas dengan air bersih. Keringkan kacamata dengan tisu yang halus atau menggunakan lap khusus kacamata
Rabu, 14 November 2012
Orang Tua
Bagaimana pendapatan awak (Imam Mokhtar suka cakap pendapat itu pendapat bermaksud pandangan) jika rakan karib awak adalah orang lawa atau macho; pasti bangga bila berjalan berdua semua pandang rakan awak kan?. Dia bukan kekasih awak sebab kekasih ni payah sikit asyik berbalah saja; Masa bercinta lain dah jadi pasangan hidup lain pula.
2. Begitu juga apa pendapatan awak bila berjalan dengan pangkat Opah atau Atok macam aku ni jika ronda di kompleks beli belah besar. Semalam aku sempat meronda Alamanda; saja jalan-jalan cari makan. Anak-anak tenguk wayang ceritera antu; aku rasa rugi duit nak tenguk filem antu ni; sebab satu aku ni jenis penakut takut ngigau malam pun satu lagi aku memang tak suka selalu sangat jumpa hantu. Antu memang tak cantik. (kecuali antu amoi cina)
3. Masa meronda tu aku nampak satu famili/keluarga, nampak macam orang biasa bukanlah dari kalangan elit. Mereka ada sekitar... ramai juga ahli keluarganya lebih dari lima orang sedang membawa Opah mereka, nampak tua amat dan uzur wajah Opah ini. Dibawa dengan kerusi roda.
4. Nampak semua berebut-rebut nak tolong sorongkan kerusi roda Opahnya. Di fikiranku terfikir jika aku di tempat Opah itu pasti rasa bangga & rasa disayangi. Sebab aku ni bila berjalan dengan keluargaku asyik tertinggal sendirian di belakang; sebab jalan aku dan tak ikut tempo; perutku agak berat sebab boroi. jauh sekali baik anak atau WARIS nak jalan seiring denganku. Malu agaknya berjalan dengan orang tua ini.
5. Bila aku jalan sorang-sorang aku pelik rasanya sebab semua yang pandang aku macam aku ni makhluk asing/Alien. Ngapa wajah aku ni pelik sangat ke. Aku perasan aku ni masih Macho lagi eh.

Isnin, 12 November 2012
BEKAM
Keistimewaan BEKAM ( AL - HIJAMAH ) Dari Sudut Sains
Hadith Pertama:
Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
Hadith Kedua:
Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)
Hadith Ketiga:
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)
Hadith Keempat:
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
“Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadith Kelima:
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan
kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam
merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi
yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan
penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW
(orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam
adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu
manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal
sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun
dari langit ini!
Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:
Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:
“Al-Hijamah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain”.
Ilmu pengubatan hijamah/bekam warisan nabi ini ternyata dalam dunia perubatan barat sudah lebih popular dibandingkan masyarakat muslim dan lebih dikenali sebagai cupping atau istilah yang semakna dengannya. Buku “The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy In Cupping Therapeutic Method” yang di tulis oleh Kohler D (1990) menjelaskan betapa jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh manusia merupakan media fizik untuk menghantar suatu energi. Apabila terjadi gangguan dalam jaringan tersebut, maka metabolisme tubuh menjadi tidak seimbang dan tubuh akan merasa tidak nyaman. Bekam merupakan salah satu cara untuk mendapat kesembuhan.
Tim Handley of the BBC ‘had conventional acupuncture and cupping therapy for a painful shoulder. He told BBC News Online: “I had four treatments and it really knocked it on the head. It was brilliant. After the first time I had it I felt absolutely fantastic. The difference was so tangible. It was wonderful.” ‘
Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia perubatan moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga telah ditulis oleh Thomas W. Anderson (1985) yang berjudul “100 Diseases Treated by Cupping Method”, yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:
Rasulullah bersabda, “Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit”

Poin istimewa di atas setelah dilakukan penelitian ternyata merupakan “motor points” pada perlekatan neuromuscular (neuromuscular attachment) yang mengandungi banyak mitokondria, kaya salur darah, mengandung tinggi mioglobin, sebahagian besar selnya menggunakan metabolisme oksidatif, dan lebih banyak mengandung cell mast/basophils, lymph nodes, capillary, venule, bundle dan nerve plexus serta hujung saraf akhir, di banding dengan bukan poin istimewa.
Callison menyatakan: "A motor point is defined as “the most electrically excitable area of the muscle, and represents the greatest concentration of nerve endings”. Motor points are not exact anatomical points, but follow a reasonable fixed pattern of locations. These points can be identified clinically as the site where a twitch may be evoked in response to minimal electrical stimulation without producing contraction elsewhere in the muscle. Motor points are located on the skin over the muscle and correspond approximately to the level at which the nerve enters the muscle belly. This area is known as the neuromuscular junction or zone of innervation."
Komunikasi Antara-Sel dalam Sistem Imun
Menurut pandangan Psikoneuroimmunologi, sistem imun tidak berdiri sendiri tetapi dipengaruhi oleh sistem lain, yaitu sistem saraf dan sistem endokrin. Pengaruh ini terlaksana melalui hantaran signal antar-sel (intercell-signalling) sehingga menghasilkan komunikasi antar-sel (cell-communication). Albert membezakan empat cara komunikasi antar sel:
Komunikasi melalui molekul signal
1. Komunikasi melalui molekul terpapar membran
2. Komunikasi melalui hubungan celah (gap junction)
3. Komunikasi melalui molekul signal masih dapat dibahagi lagi bergantung pada letak sel sasaran
PENGARUH BEKAM TERHADAP RENSPONS KETAHANAN TUBUH
Mereka membuktikan apabila melakukan pembekaman pada satu poin, maka di kulit (kutis), jaringan bawah kulit (sub kutis), fascia dan ototnya akan terjadi kerusakan dari sel mast/basofil dan lain-lain. Akibat kerusakan ini akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui. Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatasi (pengembangan) kapiler dan arteriol serta flare reaction pada daerah yang di bekam. Dilatasi kapiler juga dapat terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman. Ini menyebabkan terjadi perbaikan microcirculation salur darah. Akibatnya timbul kesan relaksasi otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum akan menurun tekanan darah secara stabil. Yang terpenting adalah dilepaskannya corticotrophin releasing factor (CRF), serta releaseing factors lainnya seperti adenohipofise. CRF selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin, dan corticosteroid. Corticosteroid ini mempunyai kesan penyembuhan peradangan serta menstabilkan permeabiliti sel.
Sedangkan golongan histamine yang ditimbulkannya mempunyai manfaat dalam proses reparasi (perbaikan) sel dan jaringan yang rusak, serta memacu pembentukan reticulo endothelial cell (REC), yang akan meninggikan daya resistensi (daya tahan) dan imunisasi (kekebalan tubuh). Sistem imun ini terjadi melalui pembentukan interleukin (IL) dari sel kerana faktor neural, peningkatan jumlah sel T kerana peningkatan enkephalin dan endorphin yang merupakan mediator antara susunan saraf pusat dan sistem imun, subsansi P yang mempunyai fungsi parasimpatis dan sistem imun, serta peranan kelenjar pituitary dan hypothalamus anterior yang memproduksi CRF.
Penelitian lainnya menunjukkan bahawa pembekaman di kulit akan menstimulasi kuat saraf permukaan kulit yang akan dilanjutkan pada cornu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta tractus spino thalamicus ke arah thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan bahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan menimbulkan reflek intubasi nyeri. Efek lainnya adalah dilatasi salur darah kulit dan peningkatan kerja jantung.
Pada sistem endokrin terjadi pengaruh pada sistem sentral melalui hypothalamus dan pituitary sehingga menghasilkan ACTH, TSH, FSH-LH, ADM. Sedangkan melalui sistem periferi langsung berefek pada organ untuk menghasilkan hormon-hormon insulin, thyroxin, adrenalin, corticotrophin, estrogen, progesterone, testosterone. Hormon-hormon inilah yang bekerja di tempat jauh dari titik yang di bekam untuk tujuan penyembuhan segala penyakit.
Ustaz Dr Ali Muhammad Muthowi, beliau adalah Dekan Pertama Fakulti Perubatan Al-Azhar dan Pakar Radiologi dan Tumor mengatakan tentang hijamah/bekam:

“Hijamah merupakan pengubatan yang popular dan banyak digunakan di Mesir hingga akhir-akhir ini. Ia memiliki landasan ilmiah yang cukup dikenal iaitu bahawa organ-organ dalam tubuh berhubungan dengan bagian-bagian tertentu pada kulit manusia di titik masuk saraf yang menyalurkan makanan kepada organ-organ tersebut di saraf tulang belakang. Dengan adanya hubungan ini, maka dengan rangsangan apapun yang di arahkan pada kulit mana pun pada bagian tubuh ini, akan mempengaruhi organ-organ internal yang berhubungan dengan kulit ini. Teori ini sama dengan yang digunakan untuk pengubatan jarum akupuntur China untuk mengubati penyakit-penyakit.”
Caroline Rea menyatakan mengenai terapi acupuncture:
“People often use acupuncture to relieve pain. Western medical researchers who have studied acupuncture believe that it may reduce pain through body chemicals that have calming effects (opioid peptides), or by affecting glands (such as the hypothalamus) that produce substances the body uses.”
Seorang peneliti Jerman pula menyatakan:
“Sungguh, bekam mampu memberikan hasil sepuluh kali ganda dibandingkan pengubatan dengan metod tusuk jarum China (Acupuncture)”
Dr Amir Muhammad Sholih (Pensyarah Undangan di Universiti Chichago, peraih penghargaan di Amerika di bidang pengubatan natural dan anggota Organisasi Alternative Medicine di Amerika) mengatakan:
“Pengubatan dengan bekam telah dipelajari dalam kurikulum-kurikulum perubatan di Amerika. Mereka yang menjalankan pengubatan dengan bekam boleh menggunakan peta titik-titik saraf di tubuh yang biasa digunakan oleh pelaku pengubatan tusuk jarum (acupuncture) untuk mengubati penyakit yang sama. Tetapi dalam acupuncture, yang dihasilkan hanyalah rangsangan terhadap titik saraf, sedangkan dalam bekam, selain dihasilkan rangsangan pada titik saraf, juga terjadi pergerakan aliran darah dan rangsangan terhadap organ kekebalan tubuh.”
(Artikel di Majalah berbahasa arab Al-Ahrom. Eds 218, Mei 2001M)
Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi, bahwa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan terpadu dengan pemakaian bahan-bahan alami seperti madu, habbatussauda, herba yang bersesuaian disertai zikir mahupun doa di setiap waktu dan setiap melakukan aktiviti. Diikuti doa-doa ruqyah syar’iyyah, mengamalkan islam secara nyata sebagai alternative untuk memperbaiki respons emosional positif dan mengefektifkan coping.
Cawan Bekam
KESIMPULAN
Orang barat mulai mengadakan pelbagai riset dan penelitian tentang pengubatan alternatif (thibbun nabawi) dengan hasil yang melampaui semua perkiraan, sementara kita masih menyembunyikan kepala di dalam pasir. Dunia sains perubatan moden menjadi ’tercengang’ dengan model pengubatan bekam kerana terbukti memiliki daya penyembuh segala penyakit bahkan yang tergolong dalam penyakit acute seperti penyakit jantung, ginjal, peparu, diabetes, tumor, stroke dan sebagainya. Usaha penulis ini ternyata masih memerlukan orang lain yang akan menyempurnakan kekurangannya dan meluruskan kesalahannya.
Justeru wahai Para Ilmuan yang terhormat! jika kita ingin membicarakan bekam sebagai salah satu cabang thibbun nabawi maka harus ada amanah dan tanggungjawab untuk melakukan perbandingan yang saksama antara perubatan moden dan alternatif sehingga kita memiliki landasan ilmiah yang kukuh. Apabila Quran & Sunnah difahami dan dihayati secara jelas maka iman umat islam dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan umat ini memahami bahawa dengan mengamalkan dan menegakkan keseluruhan syariat Allah SWT di muka bumi adalah kewajipan bertujuan mengaktualisasikan keislaman kita.
“Sesungguhnya pada Rasulullah SAW contoh teladan yang baik untuk kamu jadikan ikutan, bagi sesiapa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, dan dia dalam keadaan baik mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzaab, ayat 21)
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
TENANG KETIKA BERBEKAM
Satu
perkara penting yang harus diberi perhatian sebelum berbekam ialah
bertenang. Maksudnya, orang yang hendak dibekam mestilah dalam keadaan
tenang. Sebagai jurubekam, soal ini wajar sekali diambil berat.
Jurubekam hendaklah berusaha dengan teknik tersendiri untuk menenangkan
perasaan dan fikiran orang yang bakal dibekam. Lazimnya, bagi orang yang
pertama kali mendapatkan rawatan bekam akan merasa risau atau
berdebar-debar. Denyutan jantungnya juga agak laju akibat debaran.
Bagi orang yang pertama kali, perasaannya
agak gusar atau tidak begitu stabil. Berbagai-bagai masuk dalam
pemikirannya. Beliau memikirkan perkara-perkara negatif seperti sakit,
pedih, hirisan pisau, atau tusukan jarum, darah mengalir, darah kental
dan pelbagai lagi. Hal ini biasanya tidak berlaku lagi pada
pembekaman-pembekaman selepas itu. Ini kerana, ia telah melaluinya
secara langsung. Ini kerana, ia kini tahu bahawa rupanya berbekam ini
tidak menyakitkan, tidak meninggalkan kesan atau luka khususnya apabila
jarum atau lanset digunakan bagi melukakan kulit.
Berdasarkan pengalaman ERAKITA membekam
sejak tahun 2000 lalu, membekam seseorang ketika keadaanya belum begitu
tenang wajar dielakkan. Tidak kira orang yang dibekam itu masih muda
atau tua, kurus atau gemuk, badan biasa atau gagah. Apa yang penting
ialah hatinya tenang dan tidak perlu terlalu risau atau takut untuk
menghadapi bekam.
Lazimnya, jika orang tersebut dibekam
dalam keadaan ia masih risau atau tak tenang, ia akan mengadu merasa
“pening”. Ketika itu, tubuhnya kelihatan agak pucat. Dalam keadaan itu,
jurubekam harus segera menanggalkan cawan bekam dari kulit. Tanggalkan
kesemuanya dan bersihkan darah di kulit jika ada. Selepas itu, tiarapkan
di lantai atau di katil. Rehatkan tubuh badannya dan jika perlu, beri
ia air mineral atau jika dapat, air yang bercampur gula sedikit. Kaedah
ini amat berkesan untuk mengembalikan kesegaran tubuh badannya.
Dalam beberapa minit, sekitar 10 minit-20
minit, tubuh badannya akan segar semula. Tanya samada ia bersedia untuk
dibekam. Jika ia bersedia, teruskan membekam di bahagian tertentu
dengan kadar bilangan cawan yang minima. Jika perlu, gunakan cawan yang
agak sederhana saiznya. Berilah ia rangsangan dan motivasi agar ia lebih
tenang dan yakin bahawa proses bekam adalah proses yang mudah, tidak
menyakitkan dan selamat.
Inshaa Allah, dengan cara ini, proses
pembekaman akan menjadi teratur dan cantik. Lazimnya, orang yang dibekam
akan akan datang semula beberapa minggu kemudian untuk mendapatkan
rawatan bekam yang seterusnya. Ini kerana, beliau telah “MENIKMATI UBAT
LUARBIASA’ secara semulajadi pada tubuhnya.
Selamat mencuba
RAWATAN 1000 KALI LEBIH MUJARAB DARI UBAT HOSPITAL?
Posted by ERAKITA
1 Vote
Selepas
solat Maghrib, ERAKITA menerima satu SMS dari seorang sahabat. Beliau
adalah Ustaz Hamidun Abdul Rahim dari Kg Bayangan Keningau. Satu ketika
dulu, beliau adalah satu universiti dengan ERAKITA di UIA di era
1990-an. Kini beliau bertugas sebagai seorang pendidik di SMK Gunsanad
Keningau. SMS beliau begitu menarik perhatian ERAKITA. Mengapa? Ini
kerana, bunyinya seperti berikut:
“Alhamdulillah.. Rawatan yang 1000 kali lebih mujarab dari ubat di hospital. Sebelum ini, hal kecilpun bikin saya mudah tertekan.. Alhamdulillah, sekarang fikiran saya lebih cemerlang. Jazakallah khairan kathiro”
Inilah luahan rasa beliau 6 jam selepas
menerima rawatan bekam. Sesi bekaman dilakukan pada 9 Jun 2011. ERAKITA
hanya melakukan bekaman di dua lokasi utama iaitu bahagian atas kepala
dan tengkuk beliau. Bekaman darah diulangi sebanyak 4 kali di bahagian
kepala dan 2 kali di bahagian tengkuk. Ketika bekaman kali kedua
dilakukan di bahagian kepalanya, beliau mengakui amat selesa dan dapat
merasakan betapa ringannya kepala beliau. Beliau menyatakan bahawa
beliau tidak pernah merasa lega sepertimana yang dia alami ketika itu.
Gumpalan darah pekat, hitam legam dan
berketul-ketul berjaya dikeluarkan dari kepala. Bekaman yang dilakukan
di bahagian kepala memerlukan kemahiran jurubekam kerana kawasan ini
amat sensatif. Kulitnya tipis dan tarikan angin melalui gelas bekam
harus berpada-pada. Tidak boleh terlalu kuat. Orang yang dibekam wajar
ditanya apakah ia terasa selesa atau cengkaman gelas bekam terlalu
ketat. Jika ketat, cengkaman gelas harus dikurangkan.
Keseluruhannya, sesi rawatan bekam pagi
itu berjalan lancar. Ia tidak memerlukan masa yang panjang. Bekaman pula
tidak semestinya menggunakan banyak gelas bekam atau banyak lokasi yang
dibekam. Memadailah dengan beberapa point sahaja. Bekaman darah boleh
dilakukan secara berlulang-ulang antara 3-5 kali di lokasi yang sama
menurut keperluan dan kesediaan orang yang dibekam.
Alhamdulillah, bekaman berjaya
menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Ustaz Hamidun merasa begitu
lega dan bersyukur kerana derita bertahun-tahun yang dialaminya terutama
di bahagian kepala kini menemui jalan penyelesainnya biarpun hanya
beberapa jam selepas bekaman dilakukan.
ERAKITA mendoakan agar Ustaz Hamidun
diberi kesembuhan total dari sakit yang dialaminya selama ini hasil dari
rawatan Bekam, suatu kaedah rawatan hebat dan menakjubkan melalui
sunnah Rasulullah s.a.w.
TEKANAN DARAH JADI NORMAL DAN STABIL
Posted by ERAKITA
1 Vote
Siapa
yang pernah berbekam lazimnya akan merasakan satu kepuasan dan kelegaan
tubuh. Kesannya dapat dinikmati dalam kadar yang singkat. Tahun lepas,
ERAKITA pernah membekam ayah mertua ERAKITA di bahagian kepala. Cuma
hanya satu point sahaja. Darah kotor yang kental dan berwarna hitam
legam dikeluarkan dari point yang sama. Ia dilakukan sebanyak 2 kali.
Keesokan harinya, beliau pergi ke klinik
Dr Muhammad di Pekan Petagas Kota Kinabalu. Dr tersebut merupakan
kenalan lama beliau. Di sanalah beliau dan keluarga selalu mendapatkan
rawatan kesihatan. Sejak beberapa tahun lampau, beliau mendapat penyakit
Darah Tinggi.
Setelah diperiksa tekanan darah, didapati
bahawa tekanan darah beliau berada dalam keadaan yang normal dan
memuaskan. Namun beliau tidak memberitahu Dr berkenaan bahawa beliau
telah melakukan bekam darah sehari sebelumnya.
Kejadian ini hanya diberitahu oleh beliau
kepada ERAKITA setelah beberapa hari berlalu. Beliau mengakui bahawa
rawatan bekam darah amat mujarab dan melegakan. Kepala terasa ringan dan
tekanan darah menjadi lebih stabil. Kini beliau merupakan antara
penggemar setia kepada mendapatkan rawatan bekam.
Maha suci Allah yang telah mengurniakan nikmat yang tak ternilai ini.
9 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN...
Kita
mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman.
Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh
menyerang.JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.
1. Sering letih dan lesu
2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.
3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.
4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.
5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.
6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.
7. Cepat marah dan mudah murung.
8. Kitaran haid tidak normal.
9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.
PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
![]() | |
| NAK KURANGKAN BERAT? INI PETUA-PETUANYA |
Jika anda seorang yang rajin mengamalkan petua-petua tradisional, mungkin anda boleh mencuba petua-petua ini;
1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA: Sediakan 2 biji limau nipis atau
limau kasturi setiap hari. Perah airnya dalam gelas berisi air sejuk,
masukkan dalam peti ais. Jadikannya minuman anda setiap kali selapas
makan tengahari dan malam.
CARANYA: Ambil sebuku asam jawa dan ramas
dalam segelas air. Masukkan dalam peti sejuk dan jadikan minuman selepas
makan tengahari dan malam. (ps:saya dah pernah cuba cara ni, rasa sakit
perut lepas minum)
CARANYA: Jika anda tak berminat minum air
limau atau air asam jawa, anda mungkin boleh mencuba teh cina. Bancuh
seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu manis dan madu.
CARANYA: Ambil 5
halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk
kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama
nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.(ps:
kalau lepas pantang pun still makan macam ni, memang boleh kurus
rasanya)
5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA:
Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah
jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur,
biarkan kering sampai pagi.
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.
SELAMAT MENCUBA petua-petua yang telah
disenaraikan. Nak tahu berkesan ke tak kenala cuba sendiri..mana tahu
anda boleh jadi macam ni...
PATI Delima
Sebenarnya
aku cuba membantu waris agar kembali sihat dari ancaman sakit kronik.
Pernah aku syorkan Kak Nomie (Kakak Kandungku) minum pati delima tetapi
katanya tak serasi; sakit gusinya bertambah sakit, lalu aku nasihatkan
dia berhenti saja minum Pati Delima; aku nasihatkan dia cuba herba lain
yang sesuai.
2. Ubat doktor sebenarnya hanya sekadar menyekat
sakit kronik dari merebak. Kita kena mencari herba atau ubatan kampung
supaya daya tahan badan kita akan bertambah. Banyak petua atau tanaman
herba kampung amat baik untuk mengubati sakit kronik. Sebagai contoh
cubalah berulam dengan pucuk mengkudu untuk mereka yang sakit diabetes.
Selain itu petai jering juga baik untuk mengurangkan gula/glukos dalam
badan.
3. Abg Ali (Suami Kak
Nomie) mengidap sakit Gaut telah lama; kakinya selalu bengkak. Tak larat
berjalan jauh, berjalan memang tak selincah dulu. Aku cadangkan dia
mencuba Pati Delima; masalahnya dia juga sama dengan isterinya Kak
Nomie; bila dia makan kakinya tambah membengkak. Dia telefon aku mengadu
masalahnya. Memang aku kecewa petua yang aku syorkan nampaknya hampa.
Sedangkan Buah Delima asalnya dari syurga; takkan beracun. Ramai telah
berhasil mengubati pelbagai penyakit.
4. Tadi aku dikejutkan berita yang kaki Abg Ali yang membengkak dulu kembali PULIH malahan dia tak lagi sukar berjalan bagai dulu. Dia beria-ia mahu aku bekalkan Pati Delima untuk dia amalkan. Yang pasti mungkin sindrom awal yang buat Abg Ali & Kak Nomie tak boleh minum pati delima. Atau aku merasakan ada permakanan yang berlawanan di rumah Kak Nomie dengan Pati Delima untuk memulihkan kesihatan.
5. Setahu aku; aku telah amalkan lebih dari setahun Pati Delima, glukos dalam badan memang bersih; berat badan dapat diimbangi. Kulit muka semakin okey tak kering bagi dulu. Perlu diingat tak boleh bergantung dengan Pati Delima sahaja; banyak lagi herba yang bagus; seperti Goji, Silintong, Mengkudu, ulaman Jering Petai, Malinjo juga bagus untuk mengubati Gaut; daun ceri juga boleh mengurangkan glukos/gula dalam badan tapi ada caranya.

Kami ada menjual Pati Delima jenama GULSAN sebotol cuma RM15 jika anda mahu mencuba boleh beli sekitar pasar malam di Lembah Klang memang harganya sekitar RM15 - RM18
Maklumat lengkap tentang Pati Delima sila ketik situs ini:
http://dgelenggang.blogspot.com/2012_03_01_archive.html
Maklumat lengkap tentang Pati Delima sila ketik situs ini:
http://dgelenggang.blogspot.com/2012_03_01_archive.html
Ahad, 11 November 2012
Wajah iDAN terkini
Telah lebih separuh abad. Jika mengikut usia apak hanya sekitar 15 tahun sahaja aku masih dapat mengekalkan usia. Ajal maut jodoh pertemuan tak siapa tahu; ianya ketentuan Ilahi. Hatta bila aku telah ke ambang Warga Emas ini segalanya bagiku amat samar & gusar.
Agar kesihatanku mengizinkan aku terus menulis & daya ingatanku tidak sampai tersekat atau nyanyuk. Aku mahu terus merakam kehidupan yang amat fana ini. Mahu aku tinggalkan banyak pesanan buat zuriat, rakan & mereka yang intim denganku.
Moga aku dipanjangkan umur pun sentiasa tabah menghadapi sakit kronik ini. Ini adalah wajah terbaruku.

Langgan:
Catatan (Atom)