Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Jumaat, 27 Januari 2006

Kekalkan Cinta ii.. Melancung ( Famili )


- Seharusnya kenalah tanya suami jika mahu melancung sejauh itu, negara China bukannya dekat. Lagipun jika mahu pergi bersama kakak Nurul, abg ini mesti ditinggalkan dgn anak2; tinggal menjaga anak.

- Abg ... penat Nurul berkerja, apalah salahnya jika Nurul ingin melancong, ini kesempatan terbaik, Nurul pergi pun dgn kakak Nurul... jika tidak bila lagi Nurul boleh pergi

-Kenapa tidak kita mengumpul duit & pergi bersama anak-anak, kita pergi sekeluarga.

-Nak mengumpul duit itu bila, bukan sedikit belanjanya kalau nak pergi sekeluarga. Anak kita empat, abg kena ingat mampu ke kita berbelanja jika mahu melancung sejauh itu sekeluarga.

-Tahupun kita tidak mampu Nurul, & apakah Nurul sanggup bergumbira sendiri, melancung sendiri, bukankah lebih baik kita guna duit melancung itu untuk perbelanjaan rumahtangga kita. contohnya bantu abg dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak kita.

-Itu bukankah tanggungjawab abg?

-Habis tu apalah guna abg izinkan Nurul bekerja, jika Nurul berkira sangat membantu abg dlm perbelanjaan rumahtangga. Biarpun abg tiada hak mutlak dgn segala pendapatan Nurul. Tapi bukankah semua itu kita boleh kelaskan sebagai mata pencarian bersama. Jika abg tidak izinkan Nurul berkerja, Mana ada rezeki itu turun sebegini;

-Emmm terpulanglah pada abg.. tapi Nurul memang nak pergi melancung ke China tu!

Ntahlah!

Bagi aku dlm kes di atas, memang suami ada hak menghalang isteri melancung sendirian. Biarpun guna 100% duit Sang Isteri. Sebab biarpun isteri boleh mengatakan duit simpanan sendiri; isteri yg punya duit.. adalah hak isteri untuk mengguna segalanya; tapi kita kena kembali keakar umbi. Isteri dapat mengumpul duit itu datangnya dari mana? Kerja kan? Isteri bekerja pula atas keizinan siapa. Suami..kan; Bukankah seharusnya masa itu adalah milik keluarga asalnya. Tetapi isteri terpaksa bekerja mungkin salah satu faktornya; tuntutan ekonomi keluarga. Bagi aku bukan lagi melancung sendirian aku tak izinkan; malahan menggunakan duit gaji ke arah kepentingan diri pun boleh dipersoalkan. Kecuali guna duit itu untuk ibadah, pergi menunaikan haji ke? Bantu emak ayah ke! atau sesuatu yg memberikan kebaikan keluarga sendiri & ukhwah saudara mara.

Dalam menentukan sesuatu tindakan sepatutnya kita dapat membezakan mana yang Penting dan Segera, Mana pula yang Penting tapi Tidak Segera. Mana pula Segera tapi Tidak Penting, mana pula Tidak Penting & Tidak Segera.

Utamakan yg Penting & Segera. Perkara yg Penting & Segera sebagai contoh. Keperluan dapur. Kalau katakan beras di rumah sudah habis kenalah beli Segera ianya memang amat Penting kalau tidak mati kelaparanlah kita anak beranak.

Penting tapi tidak Segera; membayar bil memang ianya penting tapi ada tempuhnya untuk tidak kita tergesa-gesa. Saman ianya jugak penting tapi ada waktu agar tidak disegerakan; malahan mungkin kita boleh buat rayuan.

Apa pula contoh Segera tapi Tidak Penting. Tawaran Murah; kadang2 Tesco mengadakan Tawaran Murah tapi penting ke untuk kita berpusu-pusu ke sana .... jika barangan tawaran itu memang semua kita dahh ada; duit kita boleh gunakan untuk lain.

Tidak Penting & Tidak Segera pula memang kita boleh abaikan. Sebagai contoh Aksesori kereta; Ada atau tiada kereta kita bergerak jugak kan..! Perabut Mewah... ianya cuma kepuasan! memiliki kemewahan, duit sepatutnya boleh digunakan kpd barangan lain yg lebih diperlukan.

Pernah Prof Rusia pakar motivasi membahaskan kes ini; dia meletakkan chit chat salah satu perkara yg Tidak Penting & Tidak Segera. Dengan siapa kita berchat boleh dipersoalkan; Sebab org yg kita berchit chat itu ramai yg hanya bersuka-suka; Kecualilah yg nak berchit chat tu saudara mara kita, tunang kita abak-anak kita yg jauh di perantauan, atau kawan-kawan yg kita kenali yang memang perlu pertolongan melalui chating. Paling bahaya jika rakan chit chat boleh menggabaikan kita, melekakan kita, tidak menghormati masa kita, malahan mempermainkan perasaan kita sampai boleh menyebabkan rumahtangga kita goncang & purak-peranda.

Dari berchit chat bersms kemudian berjumpa. Amat besar dosanya tunangan orang apatah lagi isteri org jika melakukan perkara sedemikan, sebab jika isteri orang; keluar rumahpun kena pinta izin suami apatah lagi berjumpa lelaki lain.

Begitu jugak tunangan org telah termasuk dalam hukum agama, siapapun tidak boleh merisik tunangan orang. Perlu diingat tempuh bertunang dugaannya amat tinggi. Ramai amat terjadinya putus tunang lantaran ada orang ketiga. Jika tiada kesetiaan dlm bercinta memang amat mudah cinta akan luntur.

Begitu juga sms; sms itu sendiri amat bahaya, jika isteri org atau suami orang leka bersms dgn org lain memang risiko malapnya cinta suami isteri akan terus terpadam. Memang sesen atau sepuluh sen bersms itu amat kecil nilainya. Tapi lambat laun sebab sms itu juga boleh melupakan kita untuk memelihara cinta suami isteri. Apatah lagi di segi hukum sesen dua wang yg kita sms itu; adalah wang pencarian bersama kenapa mesti kita buang untuk org luar yg tiada kaitan dgn keluarga & rumahtangga kita. Apatah lagi dengan sms itu boleh meretakkan cinta terhadap suami atau isteri. Ianya akan jadi satu dosa jika sms itu menjadi jambatan keretakkan rumahtangga. Kenapa mesti kita leka dengan kemajuan komunikasi sampai boleh meretakkan hubungan suci perkahwinan. Seharusnya sms itu jadi penghubung & pengikat kasih suami isteri. Bukan sebaliknya. Eloklah dijauhi penyalahgunaan sms ini.

Berapa ramai pasangan yang telah terperangkap dengan perasaan geram sms. Jatuh talak tanpa berbincang secara waras lantaran sms. Hantar saja di sms rasa kemarahan. Mungkin ramai kalangan suami isteri tidak sedar, sms itu adalah satu jalan paling mudah syaitan menggoda kita. Geram kita mudah sangat diapi-apikan syaitan untuk menujah hati pasangan kita, ditarik-tariknya jari-jemari kita agar menghantar sms yang akan lekat mengguris pasangan kita. Kenapa dikatakan mudah?. Sebab kita bersms hanya bersendirian, bersendirian memang syaitan amat mudah bersama. Cubalah berhadapan dengan isteri bilamana ada bermasalah, selesaikan secara bersemuka. Rasanya tak semudah pantas sms itu. Kena pula isteri yang cepat menangis. Sanggupkah kita melafazkan talak kalau isteri menangis sambil meminta ampun?. Tolonglah jaga-jaga dengan sms.

Perlu diingat bukan sedikit rumahtangga cerai-berai lantaran chit chat, sms, mms, emel perbagai lagi kemudahan ICT yg disalahguna; ini amat bahaya. Begitu juga bukan sedikit cinta yg suci terkubur lantaran hanyut dlm arus kejutan ICT yg global ini. Semakin ramai tak kenal mana intan mana permata lantaran kesilapan mengutip cinta di internet yg amat kabur & mengelirukan. Selalunya yg jadi mangsa ialah kalangan gadis yg mudah terpedaya dengan kepalsuan & penyamaran mereka di internet. Yang paling sedih terputusnya hubungan cinta yg sedia ada lantaran terpedaya dgn pujuk rayu ICT; yang dikejar tak dapat yg dikendong keciciran.

Inilah bahaya jika kita tidak dapat membedakan mana yg palsu mana yang nyata mana yang hak & mana yg batil.

Samalah kes melancung tadi, melancung kita boleh kategorikan sebagai Tidak Penting & Tidak Segera, kecualilah memang kita berlebihan duit. Itupun biarlah kita pergi bersama suami isteri bergumbira bersama anak-anak; sebabnya kes seperti Nurul memang kerap berlaku dalam berkeluarga. Orang sudah berkeluarga kita kena bertindak cara orang berkeluarga.


Khamis, 26 Januari 2006

Kekalkan Cinta ( Famili )


Sesungguhnya tak ramai lelaki Melayu pandai melahirkan rasa cinta. Terutama bilamana telah berumahtangga. Masing=masing berandaian bila telah punyai cahayamata, cahayamata itulah pengikat. Apatah bilamana telah ramai cahayamata. Memang semakin para suami lupa untuk menunjukkan kasih sayang.

Lelaki lebih banyak menunaikan tanggungjawab dari mahu menunjukkan rasa cinta. Maka isteri selalu keliru dan merasakan diabaikan. Seharusnya ada jalan tengah di mana para isteri dapat merasakan yang tanggungjawab suami tunaikan itu adalah nilai cinta sebenar. Bayangkan andai suami tidak bertanggungjawab membiarkan keluarga terabai; itu memang mutlak tiada cinta kepada rumahtangga.

Kesepian seorang isteri selalu terperangkap kepada orang luar lelaki terutamanya yang memang kerjanya menangguk dia air keruh. Lari dari tanggungjawab isteri semata-mata ingin mengejar sesuatu yang tak nyata atau janji palsu seorang lelaki selalu memerangkap perpisahan & perceraian dalam rumahtangga. Seharusnya para isteri sedar orang ke tiga belum tentu akan menyelesaikan masalah; apatah lagi rumahtangga yang telah lama dibina dengan ramai cahayamata. Kerap terjadi lelaki yang menangguk di air keruh ini akan mengabaikan tanggungjawab terutama terhadap anak tirinya.

Mana mungkin seorang lelaki akan dapat mendidik sebaiknya anak tiri berbanding anak sendiri. Darah yang mengalir pada anak sendiri manakan sama darah yang mengalir pada anak tiri. Apatah lagi bilamana ramai anak tiri & ramai juga anak kandung sendiri. Pasti ada jurang yang akan memecahkan kedamaian ruamahtangga. Memang ada lelaki yg benar-benar bertanggungjawab & bersikap pembela tak kira darah tiri atau darah sendiri; tetapi kenapalah harus kita bebankan anak-anak semata-mata mementingkan hati serta cinta sendiri. Kenapa tidak cuba duduk berbincang & eratkan semula cinta semalam. Tak perlu ada org ke tiga tak perlu!

Membangunkan rumahtangga dalam jangka waktu yang panjang, memang bukannya mudah. Untuk menjadikan sebuah rumahtangga itu stabil bukan mengambil masa setahun dua. Apabila jalinan rumahtangga telah intim berusia lebih 20 tahun; seharusnya masing-masing kena mengerti. Cinta bukanlah lagi segalanya, cinta kian terpaksa dibahagikan untuk anak-anak; untuk saudara mara; untuk persekitaran yang tarik menarik keperluan dengan keluarga.

Situasi orang ke tiga yang kerap mempurak-peranda rumahtanga amat berbeda. Banyak kekeliruan terjadi; mungkin orang ke tiga cuma mahukan cinta dari seorang isteri, jauh sekali menerima anak-anak bakal isterinya; Ada juga yang cuba mengambil kesempatan ingin berteduh di sebalik kekayaan, pangkat & kekedudukan seorang perempuan.

Secara rasionalnya mahukah seorang lelaki mengejar isteri orang yang berkerja bawahan berpendapatan rendah malahan punya ramai anak semata-mata simpati & ingin mengisi kesepian; Benarkah lelaki itu mahu melindungi; sedangkan masih terlalu ramai lagi perempuan yang anak dara, bujangan, berkedudukan, berada & cantik pula menanti jodoh untuk dilamar.

Aku teringat Arwah Nasha yg amat menyintai isterinya & anak2nya. Dia mengambil keputusan yg tak siapapun dapat menerimanya lantaran tidak sanggup berhadapan dengan kekeliruan isterinya menerima cinta orang lain. Allahyarham mengantung diri; & kekinian dengarnya bekas isteri arwah punya anak kecil; tentunya dari lelaki yg amat dicemburui Arwah Nasha. Mana lelaki itu sekarang lantaran bekas isteri arwahpun telah tinggal jauh dari sini. Apa sebenarnya dikejar oleh isteri arwah pun lelaki itu; sedangkan semua tahu pengorbanan arwah dlm cuba menyelamatkan rumahtangga bukan sedikit; tanyalah Nuar, tanyalah rakan rapatnya !

Ada ketikanya bilamana dilayani kesepian, syaitan yang menangis tiap kali pasangan berkahwin akan berkerja keras supaya rumahtangga yang aman akan bermasalah & cepat bercerai-berai. Sudah janji syaitan dia akan menggoda anak Adam agar sesat & terperangkap ke lembah noda yang hina. Seharusnya para isteri dapat mengikis rasa sepi dengan lebih menumpukan kewajiban dalam rumahtangga; mendekati jiwa anak-anak; sibuk-sibukkan diri dengan kerja-kerja rumah yang Allah Azzawajalla janjikan pahala yang berganda; terusan menjaga maruah keluarga. Bukan cuba lari dari masalah dan tenggelam dalam kesepian yg maha panjang.

Dekatilah diri ke hadrat Allah Yang Penyayang, Cinta Sejati sebenarnya hanya untuk Dia Nan Esa, Kasih kita kepada Nabi, Rindu sayang semua tu hanyalah mainan manusiawi. Memang ianya tidak kekal, maka Cintalah Allah Azzawajalla, jagalah perhubungan dengan Dia, ikutlah perintah-Nya jauhi larangan-Nya. Kita boleh bercinta tapi dalam suasana Islam, dalam keluarga yg berlandaskan Islam. Memang Allah amat sayang kepada hambanya yg saling menyintai lantaran Islam; maka itu bila timbul perbalahan jadikan cinta kita pada isteri anak-anak menuju ke arah Agama kita Islam yg syumur.

Biar sejahat manapun Sang Suami cubalah menghormati suami, cuba menjalinkan kemesraan nan tulus dlm keluarga; jangan marakkan api pengsengketaan; ianya akan membakar dir & keluarga. Jauh sekali cuba menuju ke arah isteri yang curang; Kecurangan hanya akan menyampak diri ke neraka; Perbalahan dalam rumah tangga memang sudah lumrah; cubalah selesaikan mengikut ajaran agama; orang ketiga selalunya pasti tak akan menyelesaikan sebarang permasalahan. Suami isteri berdualah seharus menyelesaikan kusut di hati.

Kenapa terlalu banyak sangat perceraikan berlaku di Mesia? Kajilah dalam keluarga kita sendiri pun ianya kerap berlaku!...Bukankah perceraian amat takut untuk disebut atau dibahaskan. Maka itu Allah Azzawajalla menyampak perempuan ke neraka kerana menuntut cerai tanpa alasan yg kukuh di sisi agama. Memang perceraian itu meskipun halal tapi amat dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, kerana akibatnya amatlah besar, terutama sekali terhadap anak-anak yang menjadi korban perceraian. Jauhilah..
- bersambung

Isnin, 23 Januari 2006

3 isteri Abg Ali Meninggal


- Saya memang bernasib malang, tak tahu nak pergi mana!

Itulah ayat yg pertama lahir dari mulut Abg Ali. Waktu itu mentari tegak di atas kepala. Menurut kata Ila anak angkatnya yg berdarah Siam, memang macam itulah sabanhari. Seawal pagi sampai ler ke waktu Zuhur, ayahnya akan berjalan-jalan sekitar Taman Setiawangsa. Sebelah petang dia akan menolong makcik jual nasi lemak.

Hari ini memang pertama kali aku jumpa Abg Ali. Melihat dari keadaan fizikalnya memang tak sapa sangka Abg Ali dah berumur 75 tahun. Sekitar tahun 1994 memang aku selalu berhubung telefon dengan Kak Kiah isteri Abg Ali. Kira-kira 3 tahun lalu memang aku ada bertandang ke rumah panjang Kak Kiah, masa itu tak jumpa Abg Ali sebab dia berkerja sebagai Pegawai Keselamatan, Aku Cuma kenal Abg Ali melalui gambarnya saja.

- Mana rumah Kak Kiah?
- Yang ada dua orang anak angkat tu ke??
- Haa ahh betul lerr tu.
- Dia kat Blok E

Tiga tahun tak berkunjung, memang rasa samar2 saja keadaan di sana.. Lama jugak aku memberi salam, daun pintu rumah terbuka luas. Jadi aku begitu yakin mesti ada Kak Kiah di rumah. Lagipun dah jam 12:00 lebih takkan Kak Kiah berjual nasi lemak tengahhari begini, lagipun aku yakin pasti anak angkatnya dua-dua yang diambil dari Siam pasti ada di rumah.

- Emaknya ada tak kat rumah?
- Ini siapa... emak dah 2 tahun meninggal!

Huh... Memang aku amat terkejut dengan berita itu, aku terduduk di anak tangga rumah panjang itu. Menung aku terlalu jauh, terbayang wajah Kak Kiah....Ila petah bercerita; katanya lama jugak emaknya di hospital, asalnya sakit kencing manis. Kemudian merebak sakit jantung; sebelum meninggal dia sibuk nak balik ke kampungnya Slim River. Dua malam saja dia di kampung; meninggal dan dikebumikan di sana.

Akak dah kawin, tinggal Ila & ayah saja kat rumah ini; cerita Ila.

Bertambah aku beriya-iya benar nak jumpa Abg Ali. Aku yg mendesak Ila agar pergi sama-sama mencari ayahnya.

Dalam Avanza, Aziq duduk sebelahku, Ila di belakang, dua kali pusing sekitar Taman Setiawangsa, jumpa jugak akhirnya Abg Ali ditengah panas terik. Aku ajak Abg Ali ke rumahnya; teringin amat nak berbual dengan Abg Ali. Sayangnya aku tak dapat bercerita panjang, sebab masa untuk jemput Kak Mila yg membuat rawatan kecantikan hampir tiba. Tapi dari bualan Abg Ali. Kak Kiah adalah isterinya yg ke 3. Semuanya berpisah sebab meninggal dunia. Abg Ali ada tujuh org anak kandung dan dua anak angkat Ila & kakaknya.

Dalam berbual Ila sempat menyampuk. Ila mengadu tak seorangpun anak-anak Abg Ali datang menyenguk, biarpun Hari Raya. Tiada seorangpun datang memohon maaf, jauh sekali membantu atau memberi wang untuk perbelanjaan Abg Ali. Anak-anak Abg Ali; semuanya ada di sekitar Kuala Lumpur.

Ntahlah; dalam perjalanan pulang, aku terfikir-fikir kenapa jadi begitu keadaan Abg Ali, kenapa anak-anak tidak mengambil tahu tentang diri beliau. Adakah kerana tidak dapat menerima Arwah Kak Kiah, adakah tidak dapat menerima Ila & kakaknya. Adakah tak setuju ayah mereka kawin lain; Terlalu longgarkah ikatan talian anak & bapa. Sampaikan Abg Ali terbiar begitu!

Aku & Kak Mila pernah berbual kes perpisahan suami isteri; bagaimana pandangan dia tentang perkahwinan kali kedua. Bagaimana pandangan anak terhadap ibu atau bapa tiri. Aku nak tahu sangat pandangan Kak Mila.

- Anak-anak patutnya faham yang emak ayah mereka ada dunia perkahwinan mereka sendiri, bila terjadi perpisahan atau perceraian seharusnya anak-anak kena faham yg ibu & ayah mereka ada dunia yg lain, biarlah mereka mendapatkan cinta yg lain. Kena terima dgn baik jika ayah & ibu mereka kawin lain.

Itu pandangan Kak Mila, tapi aku sedar semasa arwah Pak Mertuaku kawin lagi sorang, rata-rata adik beradik Kak Mila tak setuju; masih teringat bagaimana Kak Mila sendiri meyoal siasat Pak Selaman abg arwah Pak Mertuaku; nampak sangat mereka tak dapat terima. Cari mereka soal siasatpun memang membuatkan Pak Selaman gabra gilerr!

Aku sama-sekali menolak perceraian; Apatah lagi bercerai lantaran ada org ke tiga & jauh sekali terfikir ke arah seperti Kak Mila fikirkan.Suami & isteri mencari cinta lain; Lantaran bukan satu dua keluarga yg bercerai sekitar kehidupanku, keadaan anak-anak memang terbiar & malahan ada yang bertindak nekad menghalau ayah & ibu tiri dari rumah pusaka. Tidak dapat menerima kenyataan ayah boleh nikah lagi. Itu berpisah lantaran meninggal dunia! Bukan berpisah lantaran mengejar cinta yg lain; Aku tak nampak baiknya perceraian terutama pada anak-anak!.

Poligami itu cerita lain; arwah apak berpoligami, tapi caranya adil, sampai ke akhir hayat isteri-isteri arwah apak tetap sayang terhadap apak. Keterbiaran dlm kasih sayang itu memang boleh dipersoalkan tapi memang Islam tidak menolak poligami, maka aku pasrah ketentuan Ilahi. Kalau ditanya apakah aku mahu berpoligami; emmm belum terfikirkan lagi; apatah anak-anak dah ramai; itu yg lebih difikirkan!

Kes Abg Ali; bagaimana pula… kenapa iyer anak-anak seolah-olah membuang ayahnya.

Ishh…Abg Ali; memang dari bualan dgnnya, minat sangat Abg Ali tu nak nikah lagi, semua janda-janda di kampungnya Kuala Pilah disebutnya. Tapi dia risau pula takut meninggal lagi! Cukuplah tiga isterinya meninggal; Aku cuma sempat berpesan dgn Abg Ali, biarlah Ila berumahtangga dulu Abg Ali, barulah fikirkan soal jodoh Abg Ali.

Ila nya pula bagaimana? Dari bualan dengannya memang dia rindukan emak kandungnya di Siam, Tanpa Abg Ali nanti dia cuma ada kakak; itu pun bukan kakak kandung. Dua-dua anak angkat; siapa yg akan menjaga Ila; memang amar samar masa depan Ila. Dia tamat sekolah tingkatan 3 sahaja. Hingga kini dia tak berkerja; Aku lihat dia merokok, badan Ila kurus amat & aku tak tahu siapa kawan dia melepak; siapa kawannya di kamar; tak keluar-keluar! sepanjang aku berada di rumahnya. Ila ada memberi no telefon bimbit kawannya itu; Berat jari jemari ku nak dail ke talian yg Ila kasi; beratnya aku nak fikir semua ini; permasalah keluarga Abg Ali ini... memang amat membelenggu hati.

Tadi Ila telefon ; nanti Ila akan kasi no hp Ila sendiri...

Selasa, 10 Januari 2006

Permergian Allahyarham Hamdan


Alfatihah...Takziah ! buat Kak iZAN... serangan jantung kehadrat suamimu memang amat mengejutkan aku, Bilamana Sahak telefonku, bagaikan tak percaya. Sebak di dada memang tak dapat ditahan; terbayang Azreen yg memang dah bagaikan keluarga makmal ini, telah jadi anak yatim.

Teringat akan kenangan bersama arwah semasa lampu black out; kami terkurung dalam desah lebatnya hujan. Teringat semasa aku membaiki pc untuk anak2nya; dia beriya-iya memberi upah sedangkan aku memang tak selesa menerima upah. Kak iZAN dan arwah tidak pernah bertandang ke rumahku sebelum ini; ntah bagaimana terbuka hati arwah membawa keluarganya bertandang semasa majlis kesyukuran berkhatan anak2ku di Jenaris semasa cuti sekolah baru ini.

Allahyarham adalah seorang ayah nan intim dgn keluarga. Waktu cuti memang selalu berlima sekeluarga bersandai. Allahyarham juga memang dikenali dengan staf yg tekun berkerja. Pemergian Hamdan memang amat terasa kehilangannya... terutama buat Kak iZAN sekeluarga.

Pemergian Hamdan satu amaran, betapa usia kita memang bukan milik kita. Bila-bila masa kita akan menempuh kematian; 44 tahun memang terlalu awal menerima panggilan Ilahi, tapi DIA lebih sayangkan Hamdan maka memang terlalu awal menyahut panggilan beliau, semoga roh Allahyarham Hamdan akan tetap aman pun di sisi mereka nan beriman.

Kak iZAN bersabarlah! semoga tetap tabah untuk meneruskan hidup bersama 3 orang cahayamata. Alam akhirat insyAllah kita berkumpul lagi mengisi kenangan pun ukhwah sejati.

Ahad, 1 Januari 2006

Alamanda Putrajaya ( Famili )


Sabtu, 2 Julai 2005

sajak aminah qutb buat suaminya... (Delima Merkah)


« pada: 01 April, 2008, 02:42:37 PM »

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA
KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA
ALLAH

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA
PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG
MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI¡

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA
ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG
MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH
YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA
CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA
KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN
CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA
KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG
DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH
DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU
BERIKAN KEPADAKU.

¨ YA ALLAH,JIKA AKU JATUH
CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG
YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR
BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-
MU. ¨ª YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK
MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

¨ª YA RABBANA,JIKA AKU JATUH
HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK
BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG
MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU. YA
ALLAH,JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU
PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI
SYURGA-MU. ¨ª

YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA
KEKASIH-MU,JANGANLA H KENIKMATAN ITU
MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA
BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-
MU ¨

YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA
KEKASIH-MU,JANGANLA H BIARKAN AKU
TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN
PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU. ¨

YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU
MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU
MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU
PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI
HANYA KEPADA Mati hanya sekali
jadikannya pada jalan Allah,
Mati hanya sekali jadikannya pada
jalan Allah,

ii

untuk kaum Hawa :

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG
pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...
kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(",)

iii

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan “huh” kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat
pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

shahril

Jumaat, 1 Julai 2005

Wajah (Fatamorgana)


Emmm!