Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Rabu, 1 Januari 2003

Jalan-jalan: Melbourne Sydney indah ( CitraAlam)


Oleh NAOMI LIM

JAUH perjalanan, luas pengalaman. Peribahasa itu sesuai menggambarkan ‘pengembaraan’ penulis ke Sydney dan Melbourne, Australia hampir seminggu bermula 7 hingga 12 Mei lalu.

Mungkin bagi sesetengah orang atau yang biasa ke tempat berkenaan, kunjungan ke dua kawasan terbesar di Australia itu tiada yang baru, namun bagi penulis, banyak boleh diterokai meskipun sudah menjejakkan kaki ke Sydney buat kali pertama pada 2002.

Dalam perjalanan penulis bersama rakan, kami mengembara ke pelbagai tempat menarik, terutama yang tidak pernah penulis berpeluang lawati ketika kunjungan pertama.

Antaranya Circular Quay yang terkenal sebagai terminal pengangkutan, termasuk bas dan kereta api, selain pelabuhan feri utama. Ia terletak di bahagian utara Sydney dan berdekatan Sydney Cove, Bennelong Point dan The Rocks.

Kawasan ini menjadi tumpuan, selain sebagai pusat pengangkutan ia dilengkapi restoran, taman untuk istirehat, laluan pejalan kaki dan pusat beli-belah.

The Cahill Expressway adalah stesen kereta api yang menjadi identiti utama Circular Quay. Ia menghubungkan bahagian timur dan barat Sydney dengan merentasi jambatan Sydney Harbour.

Landasan kereta api itu satu-satunya laluan yang terletak di atas permukaan daratan, sekali gus menawarkan pemandangan indah kepada pengguna untuk melihat sekitar bandar raya Sydney.

Selain menjadi tumpuan ramai, Circular Quay menjadi tempat sambutan sesuatu perayaan seperti sambutan tahun baru dan pertunjukan bunga api. Ia juga menempatkan Sydney Museum of Contemporary Art.

Stesen kereta api di Circular Quay dibuka pada 20 Januari 1956, manakala Cahill Expressway pula beroperasi pada 14 Mac 1958. Keadaan di sini yang sentiasa sibuk dengan orang ramai menghidup dan menceriakan suasana.

Selain Circular Quay, penulis mengunjungi jambatan Sydney Harbour dan jika ke Sydney, ia antara tempat yang seharusnya dikunjungi.

Seni binanya menarik kerana ia melengkung, malah turut direkodkan dalam Guinness World Records sebagai jambatan besi lengkung terpanjang dan tertinggi di dunia dengan ketinggian 429.6 kaki atau 134 meter.

Jambatan yang dibuka pada 19 Mac 1932 itu menghubungkan Dawes Point di Sydney Rocks dan Milsons Point, utara Sydney. Panjang keseluruhan ialah 3,770 kaki atau 1,149 meter dengan kelebaran 161 kaki atau 49 meter.

Penulis turut mengunjungi Sydney Opera House yang terkenal sebagai tempat kesenian dan kebudayaan. Ia antara tempat paling ramai dilawati pengunjung, terutama luar negara, sehingga ada papan tanda ditulis dalam tulisan Jepun dan China.

Dari Circular Quay dan Sydney Harbour yang terletak di selatan Sydney, penulis turut mengunjungi kawasan utara Sydney dikenali Cremorne Point yang menawarkan pemandangan indah dan eksklusif.

Penulis menaiki feri untuk ke sana yang mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan tambang AUS$2 atau RM5.60. Jika melalui jalan darat, ia mengambil masa atau tempoh panjang untuk sampai, malah penduduk di dua kawasan ini menjadikan feri sebagai pengangkutan utama.

Kawasan di Cremorne Point ini bernilai tinggi, sekali gus menjadikan ia tempat tumpuan golongan elit untuk membeli atau membina kediaman. Misalnya, di pantai Bondi atau Bondi Beach, perumahan dibina di tebing atau pesisir pantai yang turut dilengkapi pelabuhan kapal layar mewah.

Pantainya landai dan cantik dengan pasir putih bersih dan ia menjadi tumpuan pengunjung melakukan aktiviti menyelam atau snorkeling. Penulis sempat menyelam di pantai, meskipun air lautnya sejuk.

Namun sepanjang di sini, meskipun peralihan cuaca dari musim luruh ke dingin, namun ia tidak menghalang penulis melakukan pelbagai aktiviti, malah ada masanya cuaca seperti di Kuala Lumpur.

Penulis turut mengunjungi Botanical Garden iaitu taman mengandungi pelbagai pokok, termasuk buah-buahan. Kawasannya dijaga dengan baik, tersusun, sunyi malah mendamaikan.

Ketika di sini, penulis sempat bergambar di depan sebatang pokok berwarna kuning keemasan, satu-satunya pokok berbeza berbanding pokok lain yang mekar menghijau.

Beberapa hari di Sydney, penulis meneruskan perjalanan ke Melbourne menaiki pesawat yang mengambil masa satu jam 15 minit dan jika menggunakan bas, ia memerlukan lapan jam untuk sampai.

Di bandar raya metropolitan ini, penulis hanya bersiar-siar dan melepaskan kerinduan kerana di sinilah penulis menuntut ilmu beberapa tahun lalu di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) dalam jurusan Profesional Communications (PR).

Sama ada di Sydney atau Melbourne, tidak sukar mencari makanan kerana pelbagai restoran boleh didapati di mana-mana. Bukan saja restoran tempatan, ada juga restoran menjual makanan Asia seperti Korea, Vietnam, Jepun dan China.

Antara restoran yang penulis gemari ialah restoran Jerman, Lowenbrau Keller. Selain menunya lazat, pengunjung dihiburkan dengan tarian, permainan serta nyanyian kumpulan muzik.

Di samping itu, bukan mahu membanggakan negara lain, namun yang dapat diperhatikan, persekitaran kedua-dua bandar raya ini bersih, malah penulis berkaki ayam apabila berjalan di laluan pejalan kaki.

Pengangkutan awam di sini juga sistematik. Selain menepati masa, tidak sukar mencari papan tanda atau penunjuk arah, malah jika perlukan bantuan, masyarakat di sini tidak sukar membantu.

Pengalaman bercuti di Sydney dan Melbourne satu kenangan indah kepada penulis kerana ia bukan saja memberi peluang untuk mengenali negara luar, malah memberi ilmu yang sukar dicari di mana-mana.

Harian Metro

Anjuran berzikir dalam tiga masa ( Agama )


MEMBACA al-Quran dan berzikir dapat mententeramkan hati.

Syeikh al-Maghari berkata: Selepas Allah memerintahkan untuk berzikir dengannya di Masy’aril Haram, mereka tidaklah berzikir kepadanya di sana dan memerintahkan dengan zikirnya ketika sempurna menunaikan ibadat haji selepas hari-hari Mina. Dengan mereka banyak menyebut kelebihan nenek moyang mereka. Lantas Allah menyuruh mereka berzikir pada hari-hari Mina.

Allah berfirman, Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Al-Baqarah: 203)

Firman Allah s.w.t: Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Ibn al-Jauzi berkata:

i. Iaitu takbir di sisi Jamarat dan selesai solat, begitu juga waktu-waktu lain dari waktu haji.

ii. Takbir selepas solat fardu. Berhubung dengan pendapat ini mereka telah khilaf waktu dimulakan takbir dan disudahinya dengan enam pendapat:

* Dimulakan takbir dari solat fajar hari Arafah hingga selepas solat Asar pada akhir hari tasyrik. Inilah pendapat Ali, Abu Yusuf dan Muhammad.

* Dari solat fajar hari Arafah hingga solat Asar hari raya. Inilah pendapat Ibn Mas’ud dan Abu Hanifah.

* Dari selepas solat Zuhur hari korban hingga selepas Asar pada akhir hari Tasyrik. Inilah pendapat Ibn Umar, Zaid bin Thabit, Ibn Abbas dan ‘Ata’.

* Bahawa dimulakan takbir dari solat Zuhur hari korban hingga selepas solat Zuhur hari nafar, iaitu hari kedua dari hari tasyrik seperti kata al-Hasan.

* Dimulakan takbir dari waktu zuhur hari korban hingga solat Subuh pada akhir hari tasyrik. Inilah pendapat Malik bin Anas dan satu pendapat dari Imam Syafie.

* Dimulakan takbir pada waktu solat Maghrib malam raya korban sehingga solat subuh pada akhir hari-hari tasyrik. Inilah pendapat Imam Syafie dan juga Imam Ahmad.

Berkenaan maksud hari yang dikira (ma’dudat) dengan tiga pendapat:

* Hari-hari tasyrik seperti pendapat Ibn Umar, Ibn Abbas, al-Hasan, ‘Ata’, Mujahid dan Qatadah.

* Hari korban dan dua hari selepasnya seperti riwayat Ali dan Ibn Umar.

* Hari 10 Zulhijjah seperti riwayat Sa’id bin Jubair dan al-Nakha’ie.

Hari-hari berzikir dan menyebut nama Allah (dengan bertakbir dan bertahmid) mengikut pendapat yang rajih ialah hari Arafah, hari korban dan hari tasyrik selepasnya. Ujar Ibn Abbas yang dimaksudkan dengan hari-hari tertentu ialah hari-hari tasyrik. Ujar Ikrimah: maksud berzikir pada Allah pada hari-hari tertentu itu ialah bertakbir pada hari-hari tasyrik selepas menunaikan sembahyang fardu iaitu ucapan Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Di dalam hadis yang telah lepas daripada Abdul Rahman Ibn Ma’mar al-Dailami, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Dan hari-hari tinggal di Mina itu tiga hari dan sesiapa yang bertolak segera meninggalkan Mina pada yang kedua, maka tidak ada apa-apa dosa ke atasnya dan sesiapa yang lewat meninggalkan Mina, maka tidak ada apa-apa dosa ke atasnya.

Hari-hari Arafah, korban, tasyrik merupakan hari-hari yang wajar untuk berzikir kepada Allah iaitu dua hari yang pertama darinya atau dua hari yang akhir darinya. Semuanya itu dengan syarat takwa.

Firman Allah: (Ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa. Kemudian ayat yang berikut mengingatkan mereka dengan pemandangan mahsyar sesuai dengan pemandangan haji. Ia merangsangkan perasaan takwa di dalam hati mereka di hadapan pemandangan mahsyar yang ngeri itu.

Jika ditanya; sesungguhnya ditakuti dosa yang segera maka bagaimana pula yang mentakhirkan diikuti dengannya dan yang datang dengannya lebih afdal? Ada empat jawapan berkenaan persoalan di atas:

i. Maknanya tiada dosa bagi yang segera dan bagi yang takhir mendapat pahala.

ii. Tiada dosa bagi yang terakhir dalam meninggalkan rukhsah.

iii. Telah hilang segala dosa yang segera dan takhir sebelum haji kedua-duanya.

iv. Dibuang dosa dari yang segera dan takhir dengan syarat takwa.

Firman Allah s.w.t: Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah. Maksud bagi siapa yang bertakwa dengan tiga pendapat:

* Bagi siapa yang bertakwa untuk membunuh binatang buruan seperti pendapat Ibn Abbas.

* Bagi siapa yang bertakwa dari maksiat ketika melaksanakan ibadat haji seperti kata Qatadah. Ibn Mas’ud berkata: Sesungguhnya keampunan Allah bagi siapa yang bertakwa dalam hajinya.

* Bagi siapa yang bertakwa daripada usianya yang berbaki seperti kata Abu al-‘Aliyah dan Ibrahim.

Al-Alusi berkata: Pada segala urusanmu yang berkaitan dengan keazaman untuk kamu susun dan atur mengikut perjalanan mereka yang berkemenangan dengan segala hukum yang tersebut atau hendaklah kamu mengawasi daripada berlaku kecacatan dengan apa yang disebut berkenaan dengan urusan haji.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah kita dapati di dalam ayat-ayat ini bagaimana al-Quran menjadikan haji sebagai satu ibadat Islam yang wajib, dan bagaimana ia mencabut darinya segla akar umbi jahiliah dan mengikatkannya dengan tali ikatan Islam dan menambatkannya pada tiang paksi Islam serta menaunginya dengan kefahaman-kefahaman dan kepercayaan-kepercayaan Islam dan membersihkannya daripada segala noda dan kelodak jahiliah.

Inilah cara yang dilakukan oleh Islam dalam mana-mana adat dan upacara ibadat yang mahu dikekalkannya. Ia tidak lagi berada dalam bentuk lamanya yang wujud di zaman jahiliah, malah ia kembali dalam bentuk yang baru sesuai dengan pakaiannya yang baru. Ia bukan lagi merupakan satu tradisi orang arab, malah ia kembali menjadi ibadat Islamiah. Hanya Islam sahaja yang kekal dan terpelihara.

Firman Allah s.w.t: Dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. Ini kerana balasan yang akan dikenakan atas segala amalanmu selepas dihidupkan dan dibangkitkan. Ayat ini ditutup supaya manusia beriman seterusnya melakukan amalan yang soleh yang boleh melazimi sifat ketaqwaan kerana yakin kepada hari balasan.

Hal ini menunjukkan bahawa segala tindakan manusia akan dikira di hadapan Allah pada hari yang tidak boleh memberi manfaat oleh harta benda dan anak pinak kecuali yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera dan juga amalan yang soleh. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang beriman dengan segala rukun iman dan beramal dengan amalan yang soleh.

Iktibar dan pengajaran ayat:

*Kelebihan zikrullah.

*Rukhsah dalam melakukan ibadat haji.

*Sifat takwa merupakan tuntutan untuk kebahagiaan.

- DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Khamis, 4 April 2002

Petua HusnulKhatimah(Delima Merkah)


Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian:-
1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
bilikair.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
sehingga ke atas kepala

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

Sakit kepala
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit
kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

Membersihkan perut
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

Hilangkan bau badan
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

Tegang kulit
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

Jerawat
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering
dan bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

Selamat mencuba.....

husnulkhatimah

Petua HusnulKhatimah(Delima Merkah)


Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30
adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur.
Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah.

Kemudian:-
1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk
bilikair.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan
sehingga ke atas kepala

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum
menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang
sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua
rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat
kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting
untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut
ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran.
Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika
hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

Sakit kepala
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan
membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit
kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

Membersihkan perut
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya
makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa
kali hingga hilang sakit tekak. Hilangkan kesan campak muka. Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa har i. Insyaallah ia akan hilang.

Hilangkan bau badan
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

Tegang kulit
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

Jerawat
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan
dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering
dan bersihkan. Amalkan semasa nak tidur dan bersihkan apabila bangun tidur.

Selamat mencuba.....

husnulkhatimah

Rabu, 3 April 2002

Wanita solehah.


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah
bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya
dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Wanita solehah.

Selasa, 2 April 2002

Madah Effendy (Delima Merkah)


Madah 1
Wajudkan matlamat dan berusahalah merealisasikannya,
Jangan mengalah biarpun kalian tersungkur di pertengahan,
Jangan kerana semua itu ujian sebelum kita mengecapi kejayaan.

Madah 2
Hidup ini bagaikan sebuah roda,ada kalanya kita dibawah,
Hadapailah semua itu dengan hati yang terbuka.

Madah 3
Bila kita bersikap jujur dan ikhlas,orang di sekeliling dan kawan-kawan senang untuk mendekati diri kita.tapi kalau kita menipu untuk kepentingan diri sendiri dan memperlekehkan tugas orang lain,ia membawa kerugian dan kebahagian tidak akan kekal dikecapi buat selama-lamanya.FIKIRKANLAH!!!!!

Madah 4
Sayangilah diri anda walau di mana jua anda berada.ini kerana anda merupakan harta keluarga yang paling berharga dan bernilai.RENUNGILAH…..!

Madah 5
Filatropi tercetus kala bersatu,
ilmaiah bicara kemajuan ummah,
pedoman hidup berpendirian jitu,
tunggak bahagia pasti diterjah.
Bertapa lucunya kehidupan ini….

Isnin, 1 April 2002

Sajak...DEBUR OMBAK ( Delima Merkah )


DEBUR OMBAK
(Mengenang Tragedi 26 Disember 2004)

Debur ombak yang menghempas pantai
mencarik kenangan hitam
tragedi Disember 26.

Debur ombak yang menghempas pantai
menghanyutkan cinta seorang isteri
menenggelamkan kasih seorang bapa
melemaskan rezeki para nelayan di kuala
melakar pantai duka di hati sebuah keluarga.

Namun sebenarnya
debur ombak yang menghempas pantai
memercikkan ribuan hikmah
rahsia Pencipta Maha Kuasa
kekerdilan seorang hamba.

MUHD NORIZAM JAMAIN
Skudai, Johor.

MELAKA SENTRAL

Sejak berdiri
kau menambah seri
wajah bandaraya bersejarah
merakam pelbagai kisah.

Kau kini sebahagian mercu tanda
lambang pembangunan dibangga
daripada ilham berwawasan
pemimpin luas pandangan.

Sejak berdiri
kau turut menenggelamkan punca
mereka yang dulu kerap mencari rezeki
di celah lorong dan jalan
kini semakin sunyi dan sepi.

MARHAN SR
Taman Seri Duyung 2, Melaka.

AKU TIDAK MAHU

Aku tidak mahu
menyemarak kembali
api yang terpadam.

Aku menjadi bosan dan hairan
lantaran setiap kali
benih api yang kupasang
selalu kuncup diraba angin
atau terkadang basah direnjis hujan.

Aku harus melupakan
merahnya baru
dan putih jelaga.

Walaupun nanti
aku seperti dedaun
muram di ranting hidup
resah menanti sinar.

SALMIE SAID
Kota Bharu, Kelantan.

SEORANG TUA DAN SEBUAH BELANTARA

Seorang tua tiga suku abad usia
uban putih menghias kepala
rotan semambu bertongkat ia
masih meredah belantara.

Seorang tua terketar-ketar tangan
harimau, gajah, ular dan beruang tidaklah dihairankan
baginya mereka semua hanya haiwan
sepertinya hanya makhluk Tuhan.

Seorang tua tetap ke belantara
demi kesinambungan hidupnya
dia rela mati di sana
kerana itulah dunianya.

AS-SYRAMY
Pasir Mas,16 1221H Dis 2006

ANAK BANGSAKU

Lalu kusiramkan salju itu
pada anak bangsaku yang terlena
di atas pembaringan itu
tilamnya api
bantalnya bara.

Bangunlah anak bangsaku
usah terlena lagi
di pembaringan itu
ayuhlah berlari
kejarlah adicita
demi maruah negara bangsa.

Anak bangsaku
andainya melewati daerah sejarah ini
ayuhlah bersama Sang Adi Putra
kita julang kembali maruah bangsa
kita gilap kembali
warisan Za’ba itu
di Universiti ini yang bitara.

ISMAIL MAN
UPSI

NANAR

Engkaukah itu wajah semalam
yang kutemui tanpa suara tanpa bicara
terperangkap pengap
antara puing-puing rindu
antara jingga warna
antara hiba rasa.

Engkaukah itu
yang menyisir baris-baris ayat
lalu kukutip makna seloka
antara lena dalam jaga
dan aku pun malu
menutup wajah
mencuba untuk ketawa
lewat senyuman yang lama hilang.

Engkaukah
atau akukah
menenun kisah melakar hikayat
dalam mimpi di siang hari
walau cuma sebuah dongengan
dalam rindu yang masih panjang.

SITI NOOR SYUHADA M SANI
Masai, Johor

BALAI KETIBAAN

Sore ini
Balai Ketibaan KLIA
berbondong-bondong warga luar
Bangla, Nepal, Indon, Myanmar, Vietnam
mencecah kaki rentak gagah
setia mengekori petugas ejen
menatang segugus harapan
menangguk rezeki bakal dikirim pulang
agar bisa tegak megah banglo impian
di tanah kelahiran
lalu hati berbunga.

Sayang sedang warga luar memonopoli
segenap peluang ladang-ladang terbentang
rumah-rumah kota juga desa pingitan
restoran, stesen minyak, pasar raya
sentiasa menadah percikan keringat tenaga asing
sedang anak-anak setempat hanya mampu
menonjol lagak orang senang
lunak dihayun buai fatamorgana
hanyut lemas pukulan badai samudera madat
sesat lara belantara black metal
aksi tayang sia-sia mat rempit
lalu tenaga asing terus berbondong-bondong
menjejak kaki rentak semangat
Balai Ketibaan penuh keramat.

HAMDAN KAMARUDIN
Taman Desa Permai Repah, NS.

Berita Minggu