Ada
ketika kita silap memilih; sebab kita tak ARIF amat mana intan mana
permata mana pula kaca semata. Dalam hidup ini jika hati kita berniat
mahu gembira akan gembiralah kita jika tanpa kemalangan. Jika rasa mahu
damai di mana jua kita akan rasa damai. Biarpun sekeliling kita meraban.
2. Begitu juga bila kita rasakan diri kita tak selesa apa yang ada
sampai kiamatlah kita tak selesa terus; lari PINDAH dan mencari jajahan
lain. Sedangkan masalah yang baru pasti akan muncul biar di mana jua
kita berada.
3. Sedangkan ikan pun boleh mati LEMAS dalam air
jika tak pandai membawa diri ini kan pula kita manusia. Sebab itu Islam
menyuruh kita sentiasa bersyukur; ketika solat cuba damaikan hati
mengadu kepada Yang Esa tentang kegundahan hati. Insya-Allah kita akan
mendapat pertunjuk. Tidak stres dan termakan pujukan iblis.
4. Jika terus kita yang memang bersikap degil tak mahu muhasabah diri;
tak pernah mahu ingat SEJARAH semalam; tak pernah mahu ambil suri
teladan akan musibah masa lalu... maka jadilah diri itu manusia ego
& tak kenal erti berterima kasih jauh sekali menjadi seorang yang
bersyukur pun mengenang jasa.
Ibarat memakai selipar jepun main
redah saja becak, semak & sampah. Awas jika terpijak paku karat tak
mungkin ada doktor prihatin akan dapat membantu sebab dalam hati awak
tu telah ada diabetes yang kronik sejak dilahirkan lagi. Bukan ugutan
atau doa tapi ini memang karma & hukum alam. Berubahlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan