"Nak ke mana lagi hari ni?" Azim seolah telah perasan akan niat hati ayahnya.
"Azim nampaknya terpaksa temankan ayah; sebab ayah tak berapa sihat,
dah dua malam tak cukup tidur. Kita ke UPM kan semalam staf Kedai Buku
Koperasi UPM telefon ayah majalah Dewan Sastera (DS) telah sampai"
Azim mengeluh sebab UPM tu jauh; dia pasti penat lepas sekolah. Dia
membebel meluah rasa hatinya tak suka keluar dengan pakaian sekolah
berjalan jauh begitu.
"Cer
Azim simpan beg tu ke belakang; tolak bangku ke belakang dan rebah
sikit kerusi tu... pandang pada pandangan luar ; lihat orang seluar
pendek ke hulu ke hilir; tu orang kerja kontrak kat panas tu lagi tak
terurus comotnya pakaian. Rasa bosan resah & tak tenang tu cuma di
fikiran Azim.." aku mula memujuk Azim. Laguan di radio Avanza adalah
lagu rimba dari Asyik FM. Dia tak suka lagu rimba mungkin tambah dia
stres.
Azim dapat dipujuk, bau bam sakit kepalaku bergelumang
dengan sejuk penghawa dingin. Lemas. Sakit kepalaku agak reda setelah
aku mandi basah rambut dan tak berlap. Terlewat 20 minit menjemput Azim.
DS bulan Februari ada puisi rakan penyairku Ustaz Mohd Adid Ab Rahman.
Sasaran Ustaz mahu terbit karya sekitar tiga buah setahun; di DS
nampaknya mula berbunga. Aku pun sama agar dapat sekitar tiga buah puisi
terbit di DS dalam setahun sudah cukup bahagia. Yang pasti di DS memang
amat ramai karya penulis mapan terbit tiap tahun aku dapat mencelah
dua tiga buah setahun sudah begitu baik.
Adik staf yang jaga
kaunter telah kenal awajahku; masuk saja pintu kedai buku dia menyapaku
dengan ramah. Dia juga rajin menulis, aku pernah kasi e-melku jika mahu
alamat e-mel semua penerbit: jika mahu menghantar karya. Pastinya dia
terlalu sibuk dengan kerja & urusan rumah tangga; minat menulis dia
terbatas. Sampai kini tak sampai e-melnya kepadaku.
"Elaun
pencen tak terbit lagilah dik; dah habis korek tabung nampaknya bulan ni
tak dapat nak beli buku sastera" aku bersungut sebab selalunya aku akan
capai paling tidak satu buku sastera untuk koleksiku selain DS jika ke
UPM. Bajet bulan ni tersasar.
Teringat akan Husna yang suka
sardin 1Malaysia. Aku singgah kejap di kedai 1Malaysia sebelah Kedai
Buku Koperasi UPM membeli2 tin sardin dan beberapa barangan lain.
Yang PASTI sejak dari rumah aku telah mengidam nak makan gulai Asam
Pedas di Restoran D Ateh Taman Seri Serdang (SS). Sedap amat... 89%
markah & aku teringat akan arwah Ana Tajul yang suka amat dengan
resipi asam pedas di sini. Azim pula teringin nak makan Soto; dah
habis... terpaksa makan Laksa. Sedap katanya cuma kuahnya hanya suam.
Sempat aku BELEK akhbar Media Terkini di kedai mamak sebaris dengan
Restoran D Ateh; tiada karyaku di keluaran 15 Februari. Di Taman Delima
Kajang semalam aku perhati masih ada keluar 1 Februari di mana karyaku
yang amat kusukai masih terjual.
— bersama R Hamzah Dua dan 5 yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan