Catatan: Dari group wsapp smi ipoh.
Selamat hari lahir untuk aku.
343 mesej dari sekitar 6 kumpulan wsapp sy tak sempat baca.
Kebelakangan ni memang sy kurang buka internet atau wsapp hati RISAU kut
impian berumur panjang tak kesampaian. Terima kasih lah kamarul meor
wahab joe munawir pun rakan lain yang ingat akan hari lahir sy... 56
usia sy hari ini. Impian nak terbalikkan usia arwah apak 69 jadi 96.
Panjang usia tak nyanyuk... apakah kesampaian atau tak sempat.
Terima kasih pun rasa bersyukur amat ke hadrat Allah SWT akan anugerah usia ini buat kita bersama.
Tapi baru cecah 56 alahai amat risau masalah sakit kronik ni. Baru saja
balik dari Pusat Kesihatan UPM (pkupm) Aziq temankan selalunya perah
kapcai seorang diri jika tak ada kereta Mila... ambil ubat malas mati 6
jenis. Sy tersilap makan maka minggu lalu gula mendadak naik 17.8
mmol/L. Sampai radas sukat gula merah menyala. Jika 16.0 mmol/L dah kira
paras bahaya tak boleh puasa. Jika 20.0 mmol/L ke atas boleh strok.
Pernah gula naik sekitar ini tekanan darah jadi sekitar 180/100 mmHg
doktor tak kasi pulang diarak dengan ambulan ke wad kecemasan. Kini
serangan ini berulang lagi. Hahaha nasib doktor tak dapat trace. Kalau
tak kena naik ambulan lagi. Jika terbang ke bulan mungkin penuh drama.
Naik ambulan dengan siren melalak tak suka bebeno.
Tadi setelah
puasa malam sy sengaja lewat ke pkupm. Gula awal pagi sekitar 8.5 mmol;
sy paksa si Aziq jadi pembantu perubatan. 4 kali cuba buat baru berjaya
emm habislah 4 keping strip skala gula itu terbuang. Huh jika sy buat
sendiri pun lebih kurang. Sy memang takut jarum sama takut dengan darah.
Yang mahir buat ujian darah ni si Azim anak yang bungsu.
Emm
26hb Januari hadiah cemas di usia 56. Baru saja balik dari pkupm kira
bebas selama 2 bulan. 2 bulan lagi akan mengadap doktor biasalah 6 jenis
ubat malas mati dibekalkan. Sekendung ubatan dibawa pulang. Sebenarnya
memang saat paling qurur tatkala nak ngadap doktor. Bila doktor terima
seadanya tanpa banyak bebelan sy pulang dengan gumbira... boleh buka
puasa dengan selera tinggi di restoran d'ateh di seri serdang (ss).
Pekena guka asam pedas sedap amat... dengan air limau ais.
Agar
kita sama sama kembali sihat agar kita sama sama panjang usia. Dengan
semangat baru azam baru. Dunia baru esok yang ceria insya-Allah. Iyer
selamat hari lahir untuk aku.
Terima kasih Dzuan susah susah
telefon sy dari hospital suruh sy buka wsapp ini. Dia ditahan di wad
semula sabtu baru ni. Paru parunya kembali kena jangkitan baru saja buat
pembedahan di tengkuknya. Salur dialisis. Dia suruh rahsiakan kemasukan
dia ke hospital. Maka kena rahsiakan kat wad mana dia dimasukan.
Katanya dia tak mahu ganggu rakan, bila tahu dia di wad kut buat rakan
rasa serba salah tak lawat dia. Hatta kita doakan bersama kesihatan
Dzuan. Agar dia kembali pulih dan dapat segera balik ke rumah. Dia
sentiasa baca wsapp ni... Dia kata rindu amat akan gopeng nak jenguk
rumahnya di sana tapi terhalang sebab demam terasa sejuk seluruh badan.
Kita bersyukurlah tak diuji seberat Dzuan tu...
Macam sy ni dah
masuk tahun ke 9 jadi pesakit kronik masih bebas bergerak. Semalam ada 4
agenda di Meru klang... masih okey boleh makan semua teringin masih
dapat kenal waris Mila... sedap amat teh o cik oni buat... masih boleh
bual dengan Mila sambil memandu 130 km/j kira hebat lagilah tu... ish
biarpun Mila ni tak dengar pun apa sy bualkan... tidur; sampai rumah dah
12:30 mlm... kira bersyukur sangat masih boleh kembara jauh.
Iyer hidup kena diteruskan biarpun kita memang dah tua... hati tetap rasa muda:
26hb Januari... Selamat hari lahir untuk aku.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan