Begini rupanya orang sakit kronik; nak bangun semua sendi ditarik.
Kepala sengal. Tekak kering. Nak berbaring terlentang pinggang rasa
sakit mengering bahu & tangan rasa kebas.
2. Tekak terasa
amat kering; pandangan mata tak jelas. Dah sapu ubat angin sendi
pinggang tengkuk & mana-mana yang sengal-sengal. Tak juga rasa
selesa.
3. Selera makan terbatas
teringin nak makan bebenda pelik. Tak boleh telan telur atau roti. Nak
minum air suam tersa pahit nak minum air kelapa tak siapa mahu belikan.
Tekak teringin bebenda masam. Kahak mula memekat badan tak pijar mana
tapi lemah amat rasa tak bermaya.
4. Tadi dah boleh bangun tapi
badan rasa melayang. Nak melangkah sembahyang Jumaat
terkengkang-kengkang. Surau Jenaris sentiasa penuh. Nanti awal pergi
jemaah ramai yang kena jangkit demam ni. Terpaksa solat di tengah panas.
Nak rukuk tak lepas cuma separuh badan boleh tunduk; nak bagun dari
sujud rasa bagaikan nak tumbang.
5. Untunglah awak tu sihat; sentiasa gumbira dan lincah diri. Aku letak saja kepala di bantal. Tidur. Tak ingat lagi dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan