Selasa, 9 Oktober 2012

Ana masuk ICU

Pagi ini aku dikejutkan panggilan Fairus dari Balai Bomba Seri Kembangan; Rakan Kerjaku Ana Tajul...Ana SB khabarnya masuk ICU Tingkat 4 Hospital Serdang. Sekitar dua hari lalu Tajul ada telefonku kasi tahu Ana ada masalah luka di kakinya.

2. Sakit kronik Ana macam aku juga, diabetes darah tinggi dan lain-lain. Ana antara rakan kerja yang begitu lama aku kenali; sejak tahun 80an lagi. Sedari dia kerja di kilang gula-gula Seri Kembangan tetiba kerja satu fakulti denganku.

3. Rezeki Ana macam aku juga tak dikurniakan anak perempuan; semua cahaya mata Ana lelaki; tak pasti tujuh ke lapan orang. Tujuh kut. Ramai anaknya mengenali aku sebab selalunya Ana buat rumah terbuka aku jarang tak datang. Cahaya mata Ana yang bungsu memang rapat denganku. Ana & Tajul Belum lagi terima menantu.

4. Pagi tadi aku cuba dail nombor telefon bimbit Tajul; tiada jawapan. Pastinya dalam dilema berbincang dengan doktor. Aku tahu sangat doktor ni akan ambil jalan pintas. Akan potong saja kaki yang luka. Sejarah lama memang pernah berlaku. Hospital Putrajaya telah buat keputusan nak potong kaki Ana dari aras buku lali masalah yang sama tapak kaki luka.

5. Tajul TAK setuju & berubat di klinik swasta; Syukur hanya satu jari kaki sahaja yang tak dapat diselamatkan. Jika ikut cadangan doktor di Hospital Putrajaya memang telah lama Ana kudung kakinya. Kekinian berulang lagi masalah yang sama. Aku mendoakan agar luka di kaki Ana akan pulih. Janganlah sampai merebak ke lain. Agar keluarga Ana bersabar & tabah dengan ujian ini.

Jika tak silap waktu melawat di ICU jam 4:00 petang hingga 6:00 petang. Jumpa di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan