Selasa, 28 Ogos 2012

BELAYAR SEPI



Bila bunga mahu disunting orang
aku yang dulunya sering memuja
terpaksa mencari kuntuman lain
meredah rimba sepi bagai dulu
lantaran aku terpaksa beralah
bunga yang ini tidak lagi sepadan
aku hanyalah bak gagak di rimba
sedangkan awak merak kayangan.

Jika ada jodoh tidak ke mana
pencarian ini amat bermakna
jika dulu aku sempat bermanja
rupanya hanya sekejap cuma
aku akur akan kekurangan diri
bak nakhoda tiada kompas sakti
merentas lautan berombak ngeri
mencari pulau harapan damai sepi.

(Bunga bukan sekuntum kumbang
jua bukan seekor tabahkanlah hati)

iDANRADZi
Jenaris Kajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan