Jumaat, 2 Jun 2000

Sagu bronok (Harum Aroma)


ciku_hafi@myresipi.com
masakan terenganu dibuat dlm 30 minit...resepi turun temurun...


Bahan-bahan ( 3/4 org )

1 cawan sagu biji

1 cawan gula (suka manis tambah gula)

1/2 biji kelapa parut(ambil putih sahaja)

sedikit garam(gaul bersama garam)

perwarna merah@sirap

daun pandan

3 cawan air

Cara-cara

1. Sagu biji dibersihkan,jirus dgn sedikit air & toskan

2. Masakan gula bersama daun pandan sehingga mendidih, setelah mendidih buang daun pandan...

3. Masukkan sagu biji yg dibersihkan td & perwarna merah, kacau hingga sagu tadi kembang

4. Bila sagu kembang, angkat dan masukan ke dalam loyang, sejukkan...

5. Setelah sejuk, potong & gaulkan bersama kelapa parut yg telah digaul bersama garam.. bolehlah dihidangkan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan