Translate

Asal kejadian jurnal@blog ini...

Asal kejadian isipati jurnal@blog ini adalah dari http://idanradzi.easyjournal.com tetapi nak jadi ceritera server sana asyik terhalang untuk diakses. Kini 2012 telah padam server Easyjournal ini.

Aku hanya sempat memindahkan sedikit sahaja data ke situs cermin ini. Alahai sedih amat.

Situs ini lebih kepada keterbukaan dalam soal Politik, usah dilabelkan situs haluan kiri atau pro parti mana pun. Pemilik asalnya adalah seorang Penyair nan lebih suka mendalami jiwa rakyat marhaen.

Bantu

Isnin, 7 November 2011

Fakta menarik tentang haiwan



Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga. Kali ni fakta menarik tentang haiwan pula :

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang. Semut juga berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya dan mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan.

Ratu anai-anai
boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Najis seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

Cacing gergasi Australia adalah cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.

Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi dengan memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.


Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Sebagai contoh, kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio. Kesian sama haiwan2 ini..Tapi bukankah untuk penyelidikan yang mana memberi kebaikan kepada manusia jugak kan?

Wanita Mudah Masuk Syurga jika...




Alangkah mudahnya para kaum wanita utk masuk syurga dan lepas dari azab Allah, iaitu dua sahaja :

Mentaati segala perintah Allah dan redha padaNya dan berbakti pada suami, mudah kan&..namun&walaubagaimanapun&semoga apa yg kita akan baca dapat kita amal & sampaikan kepada mereka yang tidak tahu. Fadhilat wanita solehah

1. Seorang wanita soleha adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari 1000 orang lelaki jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

4. Wanita yg berikan susu pada anaknya daripada buah dadanya akan dapat pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

5. Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri layan dgn baik akan dapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Isteri yg melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dgn kasih sayang, Allah s.w.t akan pandang dengan penuh rahmat

8. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar kejalan Allah s.w.t dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan jadi ketua kepada 70,000 malaikat & bidadari. Wanita itu akan dimandikan didalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yg dibuat dari permata Yaqut.

9. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi pahala 12 tahun ibadat.

10. Wanita yg memerah susu binatang dengan bacaan Bismillah didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yg menguli tepung dengan Bismillah Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yg menyapu lantai rumahnya dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah

13. Wanita yg menjaga solatnya, puasa & taat pada suami, Allah s.w.t akan mengizinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yg dikehendaki.

14. Pahala bagi wanita hamil : seperti berpuasa pada siang hari seperti beribadat pada malam hari

15. Wanita bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat & puasa dan setiap kesakitan pada tiap satu uratnya Allah akan beri satu pahala haji yg mabrur.

16. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari dalam masa selepas bersalin ia dikira mati syahid.

17. Apabila wanita menyusukan anaknya yg menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

18. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun malaikat dilangit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.

19. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

20. Wanita yang picit suaminya tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala yg picit suaminya bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

21. Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya dia akan masuk syurga.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. di akhirat tetapi Allah sendiri akan datang pada wanita yg memberati auratnya iaitu memakai purdah dengan sempurna didunia ini dengan istiqamah.

24. Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad.

25. Allah akan berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah s.w.t. melaknati wanita yg sengaja mendedahkan auratnya (termasuk tidak menutup dengan sempurna kepada lelaki yg bukan muhrimnya.

27. Kepada wanita yg tidak tutup aurat Allah s.w.t berfirman "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

28. Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi kepalanya ialah: Seorang hamba yg tidak patuh pada tuannya. Seorang isteri yg tidak taat suaminya.

29. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.

30. Memberi/membuat segelas air untuk suami fadilatnya ibarat mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

31. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah.

32. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

33. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

34. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

35. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.

36. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

39. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Terlalu banyak lagi sifat wanita soleha yang perlu para isteri ikuti; contoh yang baik apalah salah jika mahu cuba dituruti. Kenapa hidup yang sebentar ini ramai kalangan isteri bagaikan mahu memberontak lantaran sentiasa melihat KEKURANGAN suaminya & terus mengaibkan suami malahan tanpa sedar menjatuhkan maruah suaminya di mata masyarakat lantaran egonya yang tinggi.